June 25, 2020

Selera Ganu kita- Nasi dagang dan Laksam

Assalamualaikum 

Dah namanya orang Ganu, maka wajiblah reti masak 2 hidangan negeri Terangganu Darul Iman ni. Kalau tak reti pun idok la menjadi masalah, boleh ajer beli, bersepah dah boleh dapat kat sini, tak perlu jauh2 gi Ganu pun...hehe...

Masak ni pun sekadar nak test aje boleh ke tidak membuatnya. Alhamdulillah, anak bujang kata boleh meniaga dah ibu.  Biar la gambar berbicara. Amacam terliur ke tidak?
Gulai ikan ayer...guna rempah cap bunga rose. 

Siap la hidangan nasi dagang 

Laksam 










June 23, 2020

Setahun sudah cucuku, Noah - 20 June 2020


Assalamualaikum

Rasa cam baru lagi cucuku ini hadir ke dunia ini dan ke dalam family kecilku...Syukur Alhamdulillah, hari ni dah setahun umurnya...20 Jun 2020. Cerita ke Kedah last year masa melawat menantu beranakkan Noah masih lagi dalam draft format. Hahaha...
Syukur dapat buat majlis kecil-kecilan meraikan birthday Noah. Jemput family terdekat aje makan2 tapi takde la sampai melebihi 20 orang. Untuk kenangan Noah bila dah besar nanti. InsyaAllah

Ke sini dulu nak cari ballons

Colourful ballons untuk menceriakan suasana
Nekbu buat burnt cheese cake ni, deko dengan buah-buahan atas tu boleh la Noah makan buah tu, orang dewasa boleh makan kek...2 in 1 gitu..


Brownies tapi resepinya bukan resepi brownies, guna jer apa stok yang ada kat rumah. Resepi asal kek coklat kukus tapi letak dalam Loyang ni dan bakar, maka jadilah brownies. Lembut dan gebu dan deko2 sikit atas tu kasi mengancam. Laku keras, Alhamdulillah

Ni kek birthday Noah, kek buah-buahan. Sihat lagi menyihatkan

Popia carbonara cheese, nekbu buat gak ni...hehe
Menu - Nasi daging, rendang ayam, nasi impit, satay, chicken wings dan serawa durian. Alhamdulillah tetamu kekenyangan siap dapat tapau lagi, syukur.
Noah and Nekbu (nekbu pakai mask, warga emas kena ikut SOP..haha)
Nekbu nak posing ngan ballons la pulak...

Harapan semoga Noah membesar dengan sihat, cerdik dan cergas. Jadi anak yang baik dan disukai semua. Taat pada suruhan Allah dan Rasul, pada mummy dan Daddy. Anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Aamiin ya Allah

June 19, 2020

Marble Cake tak jelita

Assalamualaikum

Sekarang tengah viral kek marble yang cantik2 dan jelita. Kreatif dan berseni jer tangan orang yang buat kek2 cantik ni, jeles la tengok...haha...nak try gak satu hari kek marble yang cantik tu. Sekarang tengah dalam pencarian redai kek tu, belum jumpa lagi...haha...

Kek marble atau kek mentega biasa je ni….rasa tetap sedap kalau nak dibandingkan dengan kek2 moden yang lain. Kek kampung jugak jadi pilihan hati. Alhamdulillah, time PKP semua resepi kita try buat. 











Ketupat raya PKPB

Assalamualaikum

Lamanya tak bersiaran. Dari musim PKP dah bertukar kepada PKPP. Beraya pulak di musim PKPB dan sekarang dah PKPP boleh lah pulang ke kampung untuk beraya dengan family di sana. Alhamdulillah

Aidilfitri kali ini kami berlima beranak aje beraya di KD. Memang tak de beraya ke mana-mana. Satu rumah pun tak pergi. Takde istilah beraya 20 orang pada hari raya pertama, cuma kami berlima sahaja. hahaha..sejarah betul...
Yang menarik bagi aku raya kali ni adalah pencapaian terbesar berjaya menganyam ketupat  (walaupun hanya ketupat sate) dah title nenek baru nak belajar anyam ketupat, buat malu kat cucu jer...hehe..Tengoklah tu QC tengah cek anyaman lulus ke tidak. Zaman teknologi serba serbi ni nak buat apa susah2 anyam ketupat kan, beli je nasi impit segera.  Ni pun nasib cikgu tak berbayar, cikgu utiub aje, actually takde la payah sangat, nak dengan tidak aje...haha..

Ok la tahun ni dapat merasa makan ketupat daun kelapa. 











February 28, 2020

JJCM- Salai Master Damansara.

Assalamualaikum

Salam Jumaat

Tempat favourite aku dan anak bujang untuk lunch pada hari Sabtu. Tapi bukan la setiap sabtu datang sini, sekali sebulan je. Kalau tiap sabtu botak gak kepala 2 orang makan 30-40 ringgit.

Kita save gambar2 yang diambik tiap kali mai sini. Enjoy!! biar gambar yang melelehkan air liur anda!















Alhamdulillah

February 27, 2020

Mangga Asam Boi - Charity Sale 2020


Assalamualaikum

Kita mulakan tahun baru 2020 dengan sesuatu yang bermanfaat, gituee...akhirnya terhasil la mangga asam boi untuk charity sale kat office. Para Committee seramai 7 orang  bergotong royong di Pantry office pada petang sehari sebelum event. Resepi asam boi ku,...hahaha...
Dapat 54 botol dan laku keras, sekejap aje habis...happy sangat2 berbaloi dengan segala penat lelah di petang itu.

Mangga yang muda2 ranggup giler tu ku kirimkan pada kakak jual buah yang pagi2 pergi ke Chow Kit. Serius terbaik mangga Falan ni fresh from kebun...hehe








Selain daripada mangga asam boi, perkenalkan juga menu2 kami yang lain. Oh yer, customers adalah dikalangan staffs office sahaja dan booth dalam 10 booth. Semua makanan terlajak licin dan laku keras

 My mangga asam boi

Roti jala ni yang win, event belum start lagi dah tinggal 10 je, itupun pasal hold dulu untuk hiasan dalam bakul...hahaha
 Kuih ros/kuih goyang
 Mixed nuts
Banana cup cake

Semua duit hasil jualan disalurkan kepada Pusat Jagaan Kanak2 Istimewa Cerdik. Semoga usaha sekecil ini dirahmati Allah.

**simpan sini untuk kenangan anak cucu cicit* haha

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...