February 24, 2023

MAHA Tower, Langkawi

 Assalamualaikum

Trip ke Langkawi lagi. Kali ini 4D3N pada 11 Jan 2023. Kali ke 9 dah ke Langkawi, malas dah update sini, hahaha...

Trip awal tahun ini 'special' sikit kerana sambil menyelam minum air gitu. Selepas 6 bulan latihan di PULAPOL Langkawi, akhirnya pada tarikh 12 Jan siibu dapat menyaksikan sianak di hari Perbarisan Tamat Latihan aka graduation day la...Alhamdulillah

Syukur semuanya berakhir dengan jayanya. Tahniah sianak atas semangat kental dan kesungguhan yang jitu untuk merealisasikan cita2 untuk menjadi keluarga PDRM. 

Trip kali ni lebih santai macam Langkawi aku punya je. Haha, dah tak tahu nak pergi mana dah. 

Terfikir nak ke Sunset Cruise tapi bila survey harga RM200 lebih rasa cam sayang pitih la pula. Akhirnya decided jom la kita naik MAHA Tower, Icon baru Langkawi. 6 bulan lepas masih lagi belum dibuka untuk umum so bila dah dibuka ni why not kan. Cakap kat anak, lagipun entah bila la nak datang Langkawi lagi, kalau tiada hal atau perkara penting rasanya Langkawi dah out of the list dah.

Kami ambik tiket Sunset RM45 for Adult. Ada makan2 (Hi-Tea) sambil layan panorama Langkawi dan Sunset view. Subhanallah, indahnya Alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa. 

Jom layan gambar

MAHA Tower dari Bayview Hotel


Layanan staff terbaik daripada yang di kaunter tiket sehingga la kaki melangkah keluar dari Tower. Ketibaan anda akan disambut mesra dengan senyuman..haha. Bila lif terbuka ada staff yang sedia menunggu dan mula2 staff akan bawa kita ke Skydeck di tingkat 33. Saat matahari tengah nak set tu kan, subhanallah cantik sangat view. Gambar ni guna handphone cap ayam je so takde la nampak woww sangat kan. Posing la sepuas hati. Staff pun akan tolong ambikkan gambar dan tanyalah apa nak tanya dia akan layan bercerita apa yang patut. Dah puas bergambar dan layan view, staff akan bawak turun ke Level 18 untuk menikmati light refreshment yang disediakan. 



Lantai kaca tu boleh tengok view di bawah dari ketinggian 33 tingkat. Pada yang gayat jangan risau, katanya lantai kaca tu boleh menampung berat sehingga 1000kg. So jangan la risau nak berjalan di atasnya and enjoy the view!








Ini pulak Skylounge di tingkat 18. Boleh keluar menikmati view sambil menjamu selera. Ada nasi lemak dan kuih muih dan berbagai jenis asam dan kerepek untuk dikunyah. Berbaloi la dengan fees yang dibayar. Bukan selalu pun dapat me time dan dapat healing2 macam ni kan? Alhamdulillah









Waktu ni tak ramai orang pun, mungkin masih baru dan dengan fees sebanyak tu akan berfikir 2,3 kali juga. Sunset tepi pantai pun boleh layan kan. Terpulang kepada masing2 la. Kalau nak mencuba sesuatu yang baru, sesekali apa salahnya kan. So let's....















February 21, 2023

Happy Birthday to me - 10 Feb 2023


Alhamdulillah untuk segala kurniaan Allah. 
Terimakasih anak2 menantu dan cucu tersayang
Semoga Allah merahmati dan meredhai kita dan memudahkan urusan dunia dan akhirat. Aaamin Yarrabal alamin
















 

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...