Showing posts with label Chiang Mai. Show all posts
Showing posts with label Chiang Mai. Show all posts

July 19, 2019

Chiang Mai - 29 to 31 Mar - Part 2

Assalamualaikum

Masih lagi xtvt hari pertama. sebelum balik hotel menyinggah ke 2 tempat iaitu tempat jual madu dan beg2 kulit. Tapi ai tak shopping apa pun. Jamu mata jer

Haiiiii…

Dah penat seharian jom kita check in....kalau travel bab masuk bilik hotel ni aku paling excited. Haha...suka sangat nak ambik gambar dan tengok semua benda dalam bilik tu. Idok ler jakun tapi dah satu kesukaan nak buat camana, jangan tipu la uolls pun sure camtu gak kan. Hehehe
Kali ni sebilik dengan office mate sianak, dah cam anak jugak la, lebih kurang sebaya dengan menantuku. Dah tua kurasakan diriku ini...hahaha 





Dah puas golek2 dan betulkan urat belikat, di sebelah malamnya ajomm la kita pergi dinner. Destinasi ke Prikthai Halal Restoren di Halal Street, Hilal Town. Mana diorang dapat Restoren ni pun tak tahu la, ai ngekor aje...Kami ke sini naik grab ajer…


Ni la juara dan watak Utama malam tu, sedap walaupun liat sikit, biasalah sotong besarkan. 
Malangnya Tomyam Chiang Mai bukanlah macam tomyam Thai yang lain, biasa2 aje, sedap lagi aku masak



Alhamdulillah perut dah kenyang jom la kita exercise bakar lemak2 yang sedia ada atau yang tengah sedia nak disimpan menjadi lemak...hehe...kita cross the road, jalan2 kat Night Bazar Chiang Mai..yeay...ini part yang paling best la bagi kaum ibu dan kaum hawa. Nampak tak kedai Bata depan tu, datang Chiang Mai tapi siap beli selipar made in Malaysia lagi...haha...lawaklah. Dah tak tahan sakit kaki pakai kasut the whole day, kena jugak cari selipar. 
Taburan dan himpunan gajah berwarna warni...giteww
Gajah dan Thailand berpisah tiada….kiut dan menarik sangat kraftangan keychain gajah ni, rajin dan kreatif diorang ni
5 pcs 100bht...ini aje gambar yang sempat dirakam untuk malam ni, badan dah lemau dan penat sangat. Balik hotel terus ketiduran kepenatan.

July 9, 2019

Chiang Mai 29 - 31 March 2019


Assalamualaikum

Trip berjalan guna buku merah setelah sekian lama buku merah disimpan rapi. Huhu...Pada awalnya agak keberatan nak follow anak bujang pada kali ni, yer la dah 2 tahun berturut follow office trip dia, takkan tahun ni nak follow lagi. Apa kata kawan2 anak bujang tak memasal chop anak bujang anak mak pulak kan...Lagipun bagi la privacy kat dia sesekali enjoy dgn kekawan kan....hehe... 
Tapi anak bujang is OK, diajak jugak ibunya. Lagipun sepanjang trip bukan berkepit dengan dia jer, dia bebas je dengan kawan2, aku dgn hal aku jer..hehe...
Carpet putih terbentang luas

Cam biasa hidangan yang lazat yang selalu dinanti bila naik kapal merah ni...suka sangatttt….kalori high, who cares! 
Mr boss chartered 2 biji van untuk 24pax. Ok la selesa. Aku satu van dengan otai2 masih berbisa. Yang bujang dan muda remaja satu van lagi
Sampai CNX awal pagi 9.30am. Terus ke Hotel dulu untuk simpan baggage sebelum memulakan aktiviti pada pagi tu. Check in kat Old Town, Hotel Sumittaya.



Hotel Receptionist




Selepas simpan luggage memasing, time untuk meround Chiang Mai. Itinerary aku sendiri pun tak tahu ke mana just follow aje la, dah nama pun trip follow orang kan? Terdengar gak tadi boss2 ni discuss dengan drebar nak kemana tapi takde la jelas sangat. So jangan pelik kalua nama tempat2 yang pergi tu pun aku tak tahu nama apa...haha....lawak betul la...

Gi kat tempat Gajah ni, dah macam satu kemestian bila ke Chiang Mai datang tengok Gajah kan. Malaysia takde gajah ke? hahaha...kat Kuala Gandah tu ha berlambak gajah, siap ada show, boleh bagi makan dan mandikan dia lagi. Cuma kat Pahang tu takleh ride gajah la kot. Kat sini bersilih ganti gajah tu beratur ambik customer untuk ride. Kesian giler aku tengok gajah2 tu, sampai dah senget2 dah badan diorang. Allahu, tersentuh hati tengok. Ride tu pulak bukan dekat yer, dari jalan mendatar siap naik bukit lagi. Aku rasa tak perlu kot nak ride2 binatang ni, kesian gila, berapa trip la dalam sehari, penat dan sakit dia tak tahu nak cakap macamana, manusia yang ada akal je tak nak fikir.  Seriuosly aku protes sungguh2 menganiayai binatang untuk dapat keuntungan.

Time kat sini dah start sakit kepala gila dah. Mungkin cuaca panas dan berjerebu time ni. Panadol pulak tertinggal dalam luggage. Gi kat cashier sini kot2 dia jual paracetamol. Dia kata tak jual tapi dia ada yang dia punya. Paracetamol dia kecik2 je macam dalam bekas chewing Gum tu...haha...suspen gak aku siap nk tengok lagi apa yang tertulis kat bekas tu. Alhamdulillah memang betul paracetamol dan ada cop halal Thailand. Banyak pulak dia nak bagi, siap nk tuang atas tisu lagi. Kucakap, its ok, just give me 2 enough. Hahaha...baik pulak diorang ni kan..
entrance fee not sure berapa, semua boss yang bayarkan.





Dah abis tengok Elephant show semua ke sini untuk lunch. Semua dah dalam package cuma tidak kutahu berapa harganya. Semua boss yang bayarin. Ni halal Zone jangan risau. InsyaAllah makan tanpa was2. Gambar2 buffet tak sempat snap cos duk layan kepala yang toing2 masa ni. 
Dari elephant show tadi kami gerak ke sini. Pun tak tahu nama apa. Yang pasti van stop kat bawah ni, lepas tu beli entrance fee. Sebelah kaunter tiket tu boleh Nampak air terjun ni dan bunyinya yang mendamaikan. Masa ni kepala masih sakit walaupun dah telan Panadol so diorang yang gerak dulu menapak mendaki sikit ke atas datangnya air terjun tu. Aku duduk melayan kepala kat bawah ni. Lepas tu duk borak ngan driver van tu dia kata rugi lah tak naik atas, boleh tengok apa yang diorang jual atas tu. Aku cakap la jap lagi aku naik bila kepala dah ok skit. 

Kepala dah ok skit aku pun menapak lah naik atas ni.


Ada gerai2 dagangan atas ni oleh orang2 long neck tu.

comei kan dia..
Sebelum balik hotel kami gerak ke Temple2 pulak. Tempat tu pun tak tahu nama apa, banyak sangat temple2 di Chiang Mai ni. Rasa cam malas ambik tahu pulak nama dia, hahaa...sekadar tengok dan posing sekeping 2.






Model green tea yang manis potong kaki
 Dah penat posing letak je la gambo kat sini kan. Tak penting pun nak tunjuk muka tu...hehe
Ok- Nanti sambung lagi. InsyaAllah

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...