April 25, 2019

JJcm lagi - Bentong and Janda Baik - 20 April 2019

Assalamualaikum


OTW balik ke KL dari JJCM Kuantan, mulut gatal cakap  kat anak bujang jom kita stop kat Bentong, makan Lemang Toki tapi bila mengenangkan perut yang masih penuh dan hari pun dah petang, lagipun ada lagi ke lemangnya nanti so terpaksa la batalkan niat nak menyinggah tu. Kita KIV la dulu, ada rezeki InsyaAllah kita ke sini.

Sabtu lepas bagai orang mengantuk di sorong bantal bila sianak ajak ke Lemang Toki. Wahhh...kalah orang mengidam lagak siibu ni...dah macam hari raya pulak keinginan pada lemang tu. So awal pagi kami dah gerak ke Bentong, kes nak elak jem dan lagipun perut masih kosong untuk diisikan lemang nanti. 


Jam 9.30 pagi dah sampai ke destinasi dituju. Humaakk aii ramainya ummah manusia. Dah macam pesta Jom Heboh dah, ingat aku orang yang terawal, rupanya ada lagi lepas suboh dari rumah...hahaha...Puas gak melilau cari tempat duduk dapat la duduk depan toilet perempuan. Bertabah lah...nasib takde bau yang kurang enak. Tak tahu nak datang pukol berapa ke sini yang suasana aman sikit...hehee...
 Tudia watak utamanya. Lemang tu yang terbaik. Rendang masak sendiri pun boleh jer...beshe2 jer..

Ayam bakar ni pun sedap, air asam dia tu perghh….alamak dah meleleh pulak air liur ni...nak kena gi lagi ker...haha
Dari Bentong kami ke sini, sianak ajak panjat Genting tapi siibu tak nak. Nak buat per ke situ tengah2 bulan ni nak oiii, nanti kang dah tengok nak kena beli, tak beli kang balik terbayang2 pulak...hehe...next time la pulak tunggu kocek tengah kepok. Kita gi kat tempat free je la, sedut udara segar kat Kg Janda Baik, jalan2 melawat kawasan. saja la nak tinjau2 Sugeh Resort Dato Alif Syukri tu.  
Sungai di tepi Sugeh Resort. Ramai jer orang mandi manda. Nampak air cam jernih jer, bersih ke idok tak tahu la pulak..
Salah satu Resort kat sini. Belum siap sepenuhnya lagi, tanah merah masih bertimbun depan tu. Ada la nampk 2,3 Resort yang dah ada penghuni dan ada sorang pakcik tu cakap sekarang harga tengah murah kalua nak menginap tapi rasa cam tak berbaloi la pulak, murah tapi takde apa2 pun, masih banyak yang belum siap. Kalau dah siap nanti sure happening giler tempat ni. Boleh la pasang angan2 untuk satu malam di sini

Lepas tu kami gerak ke Kopi Ladang, kedai makan yang famous gak kat Janda Baik ni. Saja la nak try kopi dia, orang kata kopinya di tanam sendiri. So alang2 dah sampai jom la terjah. Serius kopi ais dia sedap giler, tak manis sangat dan rasa kopi tu umpphhh….nyesal order segelas je dan share ngan anak...hehe...biasa segelas air tak pernah habis tu malas nak order lebih2...no hal next time ada rezeki kita datang lagi, InsyaAllah.

Tujuan utama ke sini selain kopi, nak makan mihun sup dia jugak tapi time kami sampai sup belum ready. So fikir takper la belum ada rezeki. Waktu tu belum tengahari lagi. So order la roti goyang ni satu sambil lepak2 santai. tetiba tukang masak cakap sup dah ready awal dari dijangka….Ahamdulillah...dah memang rezeki kami la tu ...at least balik KL tak la pulang dengan hampa….
Menggoda tak mihun sup dia...Sedap boleh la pada anak tekak ku...RM6 semangkuk.  Settle makan moh la pulang ke pangkal jalan. Sambung JJCM kat IKEA pulak...haha..


April 23, 2019

jjCM Kuantan- 7 April 2019

Assalamualaikum

Pada 5 April lalu balik Ganu kita sempena walimatulurus anak sedara, cucu sulong mok tercinta. Cucu kedua yang berkahwin selepas anak bujangku August tahun lepas. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah swt. InsyaAllah raya ke 4 nanti majlis menyambut menantu di rumah kakakku pula. 

Gerak balik ke KL pada 7 April, gerak dari Dungun agak awal pagi cos kalau boleh nak sampai rumah awal, maklum lah Ahad petang biasa kat KARAK hiway tak jem tak sah. 

Around lunch time sampai Kuantan so apalagi panjang la akal si ibu. Teringat2 pulak Mango Cheese Cake, Kula Cakes ni. Jom kita terjah
Boleh tahan panjang beratur sampai luar jugak lah.
Kek2 lain kurang menambat selera. Tujuan Mango cheese cake so kita beli yang itu aje...alhamdulillah iman masih kuat lagi. Hahaha..
Nindia 2 ketoi 16 ringgit lebih. Ok la, sejuk anak tekak

Lepas tu ajak anak bujang cari kedai makan Jaman Tory ni untuk ikan patin. Anak2 gemar sangat ikan patin, kebetulan pagi tu tertengok kat FB sorang ustaz ni. So gugel la kami mencari Restoren Jaman Tory. Sampai aje kat sini tengok takde sorang manusia pun tengah makan, rupanya diorang start beroperasi pada jam 3.30 petang. Kami yang silap ke Semambu, yang dah bukak kat IM - Indera Mahkota. Oooo haha...tu la excited punya pasal.

Ha ni baru betul. Nampak BUKA tu kan main besar lagi. Haha...
Musolah di Jaman Tory.
 Ni untuk ibu masak lemak daging salai.
Ikan patin tempoyak apa entah la nama dia. Berapi lagi bila sampai.
Itu je la gambar yang ada. Bukan JJCM pun, ni terus gi dan ngapp jer ni.
Resit buat kenangan...hahaha..


April 19, 2019

Bandung lagi (7 April - 10 April 2018) - Part 4

Assalamualaikum

Salam Jumaat. 
Trip ke Bandung ni dah berlalu setahun lepas dah weihh, baru perasan part last masih dalam draft. Hahaa..so publish jugak la kat sini untuk kenangan di hari tua.
Ni kisah last day sebelum terbang balik ke KL, flight sebelah petang tapi delay sampai ke malam.

Key chain ni beli kat Farmhouse Lembang pada semalamnya. Teringat first trip ke Bandung kami tak singgah ke Farmhouse kerana masing2 dah kepenatan. So bila dapat jejak kaki ke sini untuk trip kali kedua tiba2 teringat kawan2 seangkatan pada first trip tu. SO beli la cenderamata ini untuk diorang.
Last breakfast di Hotel Premier Best Western Bandung. Semua makanan di sini terbaik.

Pastu memulakan pagi ambik grab ke Pasar Baru, projek shopping lace untuk Bid Day anak bujang. Excited nak perabih segala Rupiah yang ada.
Baju sulam ni semua kedai pun RM50 sepasang. Pandai2 pilih sulam yang cantic dan colour yang menarik. Trip kali ni dah tak beli kain sulam cukup lah yang dah sedia ada
  Kain batik buat basahan. Rembat jugak 3 helai kerana coraknya yang menarik hati.
Lace yang ku idamkan
  Nak cari Rose Gold katanya. Tema untuk big day anak bujang
Yang mana satu pilihan hati? Harga boleh tahan jugak mahalnya. Idok la murah bebeno cam orang cakap tu atau aku kah yang kena kencing atau tak pandai tawar menawar?
Luggageku beshe2 jer tiada yang luar biasa. Beranak satu jer pun...hahaha...Back pack tu sianak bujang punya. Balik ke Hotel dahulu untuk Check Out sebelum merayau JJCM. Luggage takde masalah simpan dulu di bilik sebelah reception. 
Cross the road ke Bandung Indah Plaza (BIP). Jalan dekat2 aje sementara ke Airport. Makan di kedai Baso, dah nama kedai Baso kita makan la BAKSO. Sedapppp…
Selesai makan otak berfikir nak kemana lagi. Jangan sia2 kan waktu yang masih ada, takkan nak melangut jer kan. So kami decided ambik grab ke Cihampelas Walk. 
Pick up grab kat depan BIP. Hotel kami depan tu jer...recommended untuk sesiapa yang nak ke Bandung. 
 AMARAN KERAS
Jalan2 Cihampelas Walk. Tak banyak yang menarik pun. Beli pisang salai dan Makuta Bandung ni. Boleh tahan gak harga tapi dah nak rasa, kekonon kek must buy kalau ke Bandung kan? So beli jugak la seketul.
Selesai semua gerak ke Airport. Sementara menunggu masuk ke Departure Hall, kita isi perut dulu. Lagi dan lagi


For me Makuta ni biasa2 sahaja. Terpulang kepada selera individu.

Minum kopi dulu sebelum fly back to KL
Koyok ni anak bujang pernah beli masa kat Jogjakarta. Memang suka sangat tampal ni kalau lenguh2 bahu. Bila ke Bandung ambik peluang borong ni kat Indomaret. Licin rak dikerjakan aku, haha...harga murah dan berbaloi2. Kalau ke Indon, jangan lupa beli ni untuk mereka yang selalu masalah lenguh2 bahu cam ai ni...dah tua almaklum la kan..
Ni jer cenderahati yang kecik2 untuk orang2 terpilih sahaja lah...hehehe...tak shopping banyak pun

END OF Bandung Trip. InsyaAllah ada rezeki lebih nak ke sini lagi. Aamiin...

April 15, 2019

Hard Rock Hotel, Desaru Coast, JDT - Day 1

Assalamualaikum

Kejadian pada tahun lepas baru sekarang nak abadikan di sini.

Office trip ke sini pada 2-4 Nov 2018. Hard Rock Hotel baru sahaja dibuka sebulan sebelum itu.
Berlepas seawal jam 6 pagi dengan 3 buah bas. Dah macam rombongan sekolah, lawatan sambal belajar pun yer..., nak kata rombongan mak cik bawang tak boleh la pulak cos yang makcik2 seramai 6 orang sahaja. Hahaha...

Pit stop pertama lunch di Desaru Fruit Farm. Puas hati makan kat sini, penuh dengan fruits. Namakan aja nak makan buah apa, taraa dah ada depan mata. Alhamdulillah. Bukan setakat buah buahan, hidangan lunch buffetnya meriah dengan pelbagai lauk pauk.




Akhirnya we are here. Hotel baru, semua baru. Seronok tak terkata makcik2 semua. al-maklum lah nak datang sendiri ke sini, nak hulur duit untuk semalaman bukannya sedikit. Pikir 2 kali jugak lah...bukan kedekut tapi berjimat..hehe



Sessi briefing untuk acara explorace keesokan paginya.
Ini lah biliknya tapi kali ni sebilik bertiga so macam kurang seronok sedikit di situ. Compared Hard Rock Penang aritu sebilik 2 orang jer. Tapi takper lah, dah dapat peluang ke sini banyak songeh pulak yer...



No mineral water. Kena gigih sikit berjalan ke mesin air dan refill dengan botol ni yer...Kalau malas haus lah ko kat situ.



Di mana2 ada gitar.


10 kali sehari timbang berat. hahaha...agak2 la
Pandangan di luar yang mengadap taman2. Pokok2 yang baru ditanam

Boleh santai2 duduk sini sambal minum petang. Jangan malu2, buat jer macam rumah sendiri yer..

Bekalan anak tekak dan perut. Kot2 lapar tengah malam ada la jajan nak kunyah2. Kat sini susah nak dapat, kalau ada pun paham2 sendiri la harganya.

Nice kan...haha...





Dari kejauhan kelihatan waterpark tempat untuk berexplorace dan mandi manda esok. Sedikit teruja  di situ. 
Acara malam Gala Dinner dan BBNU performance night. Layankan juga lah walaupun dah tak sabar nak rebahkan kepala kat bantal cap gitar. Hehee...














Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...