Showing posts with label Happy hour. Show all posts
Showing posts with label Happy hour. Show all posts

July 5, 2013

Hari bahagia mereka...

Assalamualaikum w.r.t

Salam Jumaat penuh barakah. Alhamdulillah untuk segala rahmat dan kurniaan Allah. Pagi-pagi ini dijamu dengan potluck breakfast. Macam2 makanan yang terhidang, perut kenyang, mula lah mata memainkan peranan..kerja berlambak ni nak dibereskan...

Agak sepi blogku ini sekarang. Hurmm...mood berblogging ke laut dalam. Sekejap timbul sekejap tenggelam. Tapi takper la, janji blog ini tidak terus karam...hahaha
Nak share hari bahagia adik ipar dan anak buahku baru-baru ini. Semoga bahagia ke akhir hayat dan Allah memberkati kalian sentiasa. 

 Adik ipar.
 Sweet couple.
Hari bahagia bila terlepas dari 'sangkar' PLKN. Ibu happy anak berganda happy. 'Seksaan' 3 bulan di PLKN, akhirnya berakhir dengan jayanya. 3 sijil yang dibawa pulang dan duit rm10 dari En Facilitator....elaun dalam bank belum dicek lagi tu...Alhamdulillah, semoga segala pengalaman yang dikutip di sini akan mematangkan kamu Adam dan menjadikan kamu anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah....amin...
 Kem PLKN Paya Indah dalam kenangan. Kalau tak berulang alik ke sini dah macam 2nd hometown..
 Laluan ke sini yang mendamaikan.
Hari bahagia anak buahku, abang Is. Kenduri menyambut menantu di rumah adik ipar pada 30 Jun yang lalu. Meriah dengan kehadiran para jemputan, saudara mara jauh dan dekat dan juga jiran tetangga yang sama2 bergotong royong.
 Tembikai untuk makan bersuap.
 Udang panjat nenas.
Russian Black and White Cake from SH. Simple janji kek habis dalam masa tak sampai sejam. Alhamdulillah...

 Pulut kuning yang menarik mata dan selera tapi sayang tiada sahabatnya rendang atau kari ayam.
 Pengantin bagai pinang dibelah 2. Semoga bahagia ke akhir hayat.

April 5, 2013

Belon-belon berterbangan....

Assalamualaikum w.r.t

Orang duk sibuk berbelon udara panas, aku pun nak menempel gak...walaupun ni hot air ballon yang beberapa tahun sudah, tak silap tahun 2009 kot...hahaha...tempek sini untuk kenangan ape salahnya.....jangan tipah tertipu yer...ni bukan yang baru2 ini kat Putrajaya tu....kalau tak silap ni la first time aku gi tengok benda alah ni kat Putrajaya tu....Baru2 ni memang nak pergi tapi mengenangkan waktu pertunjukan iaitu awal pagi dan petang, jadi tidak dapat lah aku nak mengosongkan waktu itu untuk ke Putrajaya. Ada halangan dan aktiviti lain yang tak dapat dielakkan...

Ape kata, jamu mata aje lah yer....janji namanya belon Udara Panas sudah...lama atau baru...ade aku kesahh...;)








Senyummm....
Ala nape masam plak...?




March 28, 2013

Majlis Sambut menantu

Assalamualaikum w.r.t

Dah bersawang, berkusam dan berhabuk dah blog aku nih...lamanya tak 'touch up' dengan cerita-cerita baru dan terkini...haihhh...kes kurang mood, malas, tawar hati dan macam2 lagi perasaan negatif...sedangkan hakikat hati tu masih sayang pada blog yang tak seberapa ni...tak seberapa namun tetap memberi impak yang besar pada aku...hahaha...

Kali ni bukan nak cerita pasal makanan, nak bercerita kesah sambut menantu adik ipar pada 24 Mar baru2 ni....majlis sederhana tetapi meriah dengan kedatangan saudara mara. Jom layan gambo....

 Meja makan beradab

 Bunga pahar
 Marhaban group
 Door gift, monster cookies
 Pulut kuning 3 tier
 Pengantin, tak sempat snap gambar dekat...

 Hidangan kenduri
 Congrats on your marriage!
Bunga rose biru...


But someone came here only for the food....hahaha...

February 5, 2013

Pusing-pusing Kuala Selangor

Assalamualaikum w.r.t

Bertemu kembali di episod Kuala Selangor, seronok gak Kuala Selangor ni, aku jer selama ni tak pernah cuba nak explore, jarak dari rumah ke sini tidaklah jauh benor, tak sampai 1 jam perjalanan pun...tang yang paling seronok, hasil2 laut kat Pasar Pasir Penambang yang segar bugar, freshnya segala haiwan laut tu, putih berkilat lagi dan kalau boleh nak borong semua! Murah sikit la daripada harga2 di tempat lain, tapi worth buying kerana ikan semua masih segar2 dan belum dimasukkan bahan pengawet lagi...Gambar2 kat Pasar tak dapat dirakam, kes kamera tinggal dalam kereta.

Cuaca pada hari itu begitu terang benderang dan panas membahang sekali. Dah itu cuaca kat Malaysia kan, panas dan hujan sepanjang tahun, apa nak dinafikan lagi. Redah aje la, walaupun rasa terbakar kulit tapi semangat 'berjalan' tu yang kita mau...haha..posing2 dan gurau senda ngan monyet atau lotong sementara menunggu adik dan family dia sampai. 
Ini Rumah Api di Bukit Malawati. Kedudukan Bukit Malawati ni mengadap Selat Melaka dan juga Sumatra, Indonesia. 
Ni pulak Muzium Sejarah Kuala Selangor tapi tutup la pulak, tak dapat la tengok apa yang ada kat dalam tu. Mungkin hari Jumaat tidak dibuka pada umum.
 Meriam-meriam lama yang masih dijaga elok.
Lotong dengan baby dia warna oren. Takut nak dekat dengan dia ni, pasal dia sibuk duk protect anak dia daripada musuh. kang tak pasai-pasai kena gigit kat lotong kang...
 Baitulhilal, tempat mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal.
Lotong aka monyet bergayutan. Penghuni setia di Bukit Malawati ni yang tak pernah putus menerima kunjugan tetamu. Tetamu datang dapat makan kacang panjang free...hehe...
Haa...kan dah dapat makan free. Seikat kacang tu dijual dengan harga seringgit. Tak sempat nak bagi satu-satu dah dirampasnya daripada tangan orang tu...so hati-hatilah...diorang akan jadi ganas kalau tengok makanan.
Perigi Beracun, sebelah perigi beracun tu ada Laman Budaya tapi cam tak aktif dah tempat ni kot...sunyi tak ade sapa yang singgah sini. Cam seram sikit so kami pun cepat2 cabut ke atas balik, ke tempat lotong2 tadi....

Ni la Laman Budaya tu tapi tempat ni dah macam tak dijaga rapi. Banyak yang dah rosak dan tak lagi dibaik pulih.
 Map of Bukit Malawati.
 3 beradik ni excited sangat tengok monyet2 tu...nak gi dekat takut, tengok aje dari jauh.

Dah abis explore Bukit Malawati, kami gerak ke Pasar Pasir Penambang untuk menyopping lauk2 yang segar bugar. Pastu teruskan perjalanan ke Tanjung Karang dan sampai Sekinchan. Hajat hati pada mulanya nak tengok sawah bendang...orang Kota la sangat...jakunss...sampai aje Sekinchan, sawah bendang dah kering kontang, musim menuai baru aje berlalu. Penanaman padi akan bermula pada bulan March ni pulak yer...so ada alasan nak ke sini lagi nanti...hehe...

Keropok losong kat atas tu kami singgah masa otw balik ke Kuala Selangor daripada Sekinchan. Kalau tak silap, kat Tanjung Karang. Lokasinya selepas hospital Tanjung Karang kot...rasa keropok dia, walaupun namanya Losong of cos lah masih tak dapat menandingi keropok Losong Terangganu yang betul2 best dan pure. Orang Ganu mesti la tahu rasa keropok Ganu camane...betul tak? hehehe...tapi rasanya masih boleh diterima tekak kami orang Ganu ini...bagi penggemar keropok, jemputlah ke mari.

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...