Showing posts with label Cheese cake. Show all posts
Showing posts with label Cheese cake. Show all posts

April 23, 2021

Burnt Cheese Cake paling tercomel

Assalamualaikum wbt

Selamat Berpuasa, Ramadhan Kareem

Muncul tiba2 selepas lebih 4 bulan tak update blog, seperti biasa la alasannya busy dengan tugasan duniawi yang tak pernah surut. Alhamdulillah syukur, di situasi pandemic yang entah bila akan berakhir ini masih ada pekerjaan untuk menampung kehidupan.

Burnt cheese cake ni dah banyak kali buat dah, kali ni cuba2 google resepi yang lain la pulak. Dan nampaknya ini la BCC ku yang paling tercomel tanpa sengaja. Perasan! Lupa dah resepi sumber mana, credit untuk tuan punya resepinya la yer. Biasa kalau terbekenan sesuatu resepi aku screen shot aje, so bila nak buat senang. 

Resepi seperti di bawah, simpan sini lenkali boleh buat lagi. 

Selamat mencuba!









 

August 25, 2020

Pandan Coklat Cheese Leleh

Assalamualaikum

Alhamdulillah - Selamat Tahun baru 1442H..
Alhamdulillah atas segala kurniaan dan rahmat Allah sepanjang 
1441H, suka dan duka, semuanya ku redha dan panjatkan segala kesyukuran atas segalanya. 

Cuti 1 Muharam tak kemana so kita cuba mengukus kek Pandan Cheese leleh ni. Cheese dan coklat ganache balance aritu masih ada so kita just buat kek aje lar...senang sangat resepinya, adunan tu dapat 6 bekas cos pengukus kat rumah untuk 2 layer tu boleh muat 6 ajer….balance tu kita masuk Loyang dan bakar...jadikk..









June 5, 2017

Manggo chilled cheese cake

Assalamualaikum

Tak tertahan godaan untuk menikmati manggo cheese cake ni. Terbayang2 di mata tak kala terpandang pada dinding FB seseorang. Tak perlu ke Kula cakes bagai, kita buat aje sendiri yer, Alhamdulillah

Senang dan puas la makan. Ini lah juadah berbuka di hari minggu yang lalu.



February 12, 2016

Kek Birthday

Happy Birthday to Us!
Anak bujang 26 Jan, dah 22 tahun dan ibu pulak 10 Feb, 22 x 2. hahaha...dah tua sangat kurasakan diriku ini...namun syukur Alhamdulillah....untuk segala rahmat dan kurniaan Allah...
 Kek sebijik cukup la...
Alhamdulillah...


Semoga Allah meredhai, merahmati dan melindungi kami sentiasa. Aaamin...

October 29, 2014

Kek coklat berlapis cheese, bertopingkan blueberry..

Assalamualaikum...
 


 
Recommended kek segera. Ikut jer arahan kat kotak tu. Rasa dia marvelles dan tak perlu susah nak sukat2 barang bagai. Bancuh sahaja. Kemudian bakar atau kukus. Kek di atas tu kukus. Kemudian lapiskan dengan aduan cream cheese yang telah dipukul sebati dengan gula, telur dan sedikit tepung jagung.
 
Cuba lah..

August 18, 2014

Marble Cheese Cake

 
Assalamualaikum...
 
Lama betul tak jengok dan update sini. Sepanjang Ramadan takde ape2 entry, Syawal pun dah nak ke penghujungnya...biasalah bila penyakit M melanda...ingat nak lupakan terus jer blog ni, tapi sayang pulak...banyak kenangan sejak berkecimpung dalam dunia blogging tahun 2011. Bukan nak buat duit atau kumpul followers pun, untuk kenangan diri sendiri dan anak-anak bujangku jer. Pada yang sudi baca dan bertandang ke sini, kira satu bonus la tu...i appreciate that.
 
Mood raya punya pasal, jom kita mengecis kek. Dah lama tak buat cheese cake, semalam bila ada beberapa kerat kawan2 dan jiran2 yang sudi memerah tenaga dan membakar keringat mendaki tangga menjengok rumah kayanganku itu....ermmm...seronoknya rasa hati. Bertambah seronok bila tengok diorang makan..exspecially budak2...dikutip satu persatu coklat kat atas tu. Dah lama coklat tu kat dalam fridge (tapi tk lah expired - hehe), siabang yang membeli di Candylicious tapi katanya tak sedap, so terbiar tanpa ada yang makan. Al maklum la, pemakan kat umah ni, ai sorang jer...huhu. Ada la 'seorang' lagi, tapi yang tu tak main la coklat2 ni, dia suka Royal Canin jer...maklum lah..keturunan raja2...hahaha....
Resepi kek tu cam biasa jer, cuma ai tambahkan topping coklat cair kat atas tu dan dideko dengan coklat bulat2 tu. Lupa ape nama coklat tu.

k bai..;)

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...