Assalamualaikum w.b.t
Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah dengan setiap inci nikmat dan kurniaan Allah, terutama sekali nikmat kesihatan yang baik, hari ni dapat update blog ni, boleh disimpan untuk kenangan anak cucu...hehe..
Ganu ku, my hometown, my village..haha...tempat ku dilahirkan dan dibesarkan. Daerah Dungun tanah tumpah darahku...gitew.
Tahun ni kerap jugak la balik Ganuku. Ini random photos time kat sana. Jalan2 bawak mok, janji mok happy itu sudah cukup membahagiakan.
Rumah adik masih dalam pembinaan. Mudah-mudahan ada rezeki dia transfer ke sana dan tinggal sebelah rumah mok. InsyaAllah niat yang baik akan Allah permudahkan. Aamiin…
Pantai Jambu Bongkok. Ini balik pada Ramadhan yang lepas. Time ni panas lit lit walaupun semua berpuasa gigih betul ke sini untuk posing2...hahaha..dah macam jakun la pulak mung ni
Mok tercinta, siap berpayung tu
Dari tepi jalan dah boleh nampak batuan2 yang menarik tu
Ketupat palas mok best in the world. Takkan ada yang dapat menandinginya. Ni baru lepas bungkus jer, belum direbus lagi
Wajib makan - Nasi dagang
Wajib makan - Mi Champa Mak Wan yang famous itu
Nasi dagang terbaik kakak ku, memang tahu kegemaran adik2 dan tiap kali balik mesti dimasaknya...Alhamdulillah























































