Assalamualaikum w.r.t
Lama tak berblog. Kemalasan yang melanda begitu sukar untuk kubendung...chewahh...
Tak lama lagi, bulan Ramadhan akan kembali bertamu. Seronok rasa nak mengadap bulan yang mulia, penghulu segala bulan. InsyaAllah...
Marble Cheese Cake request dari anak bujang sebelum balik ke Kedah. Alhamdulillah...letak 2 natural yogurt, so rasanya a bit masam2 gitu, tak la manis sangat.
Buat pavlova kerana nak test power buat meringue. Kes tengok Masterchef la ni...bila putih telur tu dah kental, telangkupkan bekas tu, elok jer tak jatuh...senyum sorang...(padahal ni bkn 1st time buat meringue). Pukul pakai mixer takde la guna tangan cam Chef Adu buat tu. Mau tertanggal bahu ni...haha...
So untuk buah kat atas tu, belasah aje la buah apa yang ada dalam fridge. Buah mangga dengan anggur. Meringue yang manis, buah-buahan yang masam, bila bergabung, masuk dalam mulut meletup2...;)
Resepi dari blog Kak Ita masam manis...
Selamat Mencuba...
PAVLOVA
4 biji putih
telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung
jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan
Sediakan
loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan
berdiameter 8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga
gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova
turunkan suhu kepada 120-100C
Pukul putih telur dengan kelajuan maksima
hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga
kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau
rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata
dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik
Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi -
didadu
blueberry
Markisa
Whiping Cream di pukul dgn kelajuan
maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan


