Assalamualaikum w.r.t
Nak habiskan trip ke Utara ni. Last destinasi kami ialah Kuala Sepetang. Ini sedikit panduan untuk sesiapa yang belum tahu dimana gerai Mak Jah ni. Jangan jadi macam kami yang tersesat dan pusing merata mencari kerana mengikut panduan salah dari seseorang.
Ok...kami gerak dari tol Juru la kan...perjalanan ke Kuala Sepetang ni dalam 100km lebih la....ambik exit Taiping (U), pas dah bayar tol, ada traffic lite di depan, ambik lane kanan, bila lampu hijau terus pusing kanan. Kemudian jalan terus je sampai la jumpa signboard Simpang. Lepas signboard ni jalan terus lagi sampai jumpa 1st traffic light. Kami dah silap masuk kanan kat sini, (info daripada seseorang itew)...yang betulnya simpang ke 2, maksudnya traffic light yang ke 2 yang ada sign board Kuala Sepetang. Masuk kanan kat traffic light ni, pastu terus aje perjalanan jangan gatal nak belok2 dah....terus jer sampai la nanti terjumpa signboard buatan sendiri 'mee udang mak jah'. Sign board ni akan maklumkan anda berapa KM lagi yang perlu anda tempuh.
We almost give up tapi alang-alang menyeluk pekasam, biar kudapat makan mee udang. Hahaha...kes pemberi info kata gerai dia dalam kawasan rumah orang, bla bla...rupa-rupanya tepi main road tu jer....senang bebenor rupernyer...lenkali kalau Mak Jah lum pindah, in shaa Allah akan ingat jalan ni...kami sampai sini just nice untuk lunch. Memang simpan perut untuk mee udang. Puas hati...alhamdulillah...jom layan gambar..
Mee Udang special RM11. Memandangkan driver penat pasal sesat barat, hidangan hari ni FOC. Lebiu yang tukang belanja...muahhh...
Udang yang beso2...*sebelum*
Dan selepas...
Itu sahaja untuk trip kali ni. In shaa Allah, ade rezeki lebih boleh kita jalan-jalan lagi. TQVM for my sis yang sponsor accommodation, my mok yang tolong sikit2 tuang petrol dan siceria 611, Nana penghibur sepanjang perjalanan.






10 comments:
Nampak sedap mee udang tu. Terliurrr.
tumpang tanya... dr tol taiping (u) tu lebih kurang brape minit utk smpi ke tmpt mak jah tu.. tq..
15-30 minit, camtu.
Bru balik dr 2nd trip...mabelosssss...hihihi..tumpang wall...sowi...
assalamm.. tq atas perkongsian. Akak pun tgh otw cari mee udang ni.. smoga jumpa.. aminnnn.
InsyaAllah kak mesti jumpa...kalau ada gps lagi senang...
Kami dr langkawi nak balik kl nak singgah mee udang mak jah ni..tutup pukul bape yer
Tak sure pulak...rasa malam pun bukak kot...
TQ for info..baru selesai makan mee udang..
Sama2 azuwa...
Post a Comment