Assalamualaikum
Jalan2 Muar dan Melaka - November 2024.
Ternampak post ni masih kat draft. Dah dekat setahun, lepak je dia dalam draft betul-betul lupa nak publish. Haiyooo...
Time ni upload sini bcos nak delete gambar2 semua dari handphone. Phone storage dah kritikal waktu tu tapi tu la, boleh pulak lupa. Faktor usia๐๐
Kedai asam pedas Pakcik Daud ni recommendation dari Syed Saddiq, so anak pun bawak la ke sini, nak try sedap ke idok katanya. Apakah sesedap seperti yang digembar gemburkan?
Tepi sungai dengan boat2 nelayan yang berlabuh. Nice view kat sini. Nekbu tak lepas peluang, apalagi berposing la.
Makcik pun tak reti nak beza asam pedas Johor, asam pedas Melaka atau asam pedas makcik masak, yang pastinya asam pedas makcik masak lagi sedap. Hahaha...yela kita masak dengan teliti sekali, cukup segala bahan-bahan, ni rasa cam banyak jer bahan2 yang missing...eh ntah la, saya bukan pakar asam pedas, ampun. Ikut selera dan anak tekak masing2 la kan.
Tak perlu rating la, pergi sana dan rasai lah sendiri.
Kedainya tepi sungai aje, bot2 dan perahu berlabuh
Dua ketol Nekbu. Muka dah kemerahan dengan cuaca yang panas berdenting. Tinggal rangka dah ikan tu sedap la tu, kalau tak kerana sedap, mesti kerana lapar...haha
Selesai jalan-jalan kat Muar, jom la kita masuk ke Melaka. Benda first yang dicari Cendol Kampung Hulu ni, ok la sekadar nak lepaskan hajat. Beli satu aje pakat share la ramai2, sedut sikit sorang...hahaha...lagipun manis nauzubillah
Tempat penginapan untuk satu malam. The Shore Hotels & Residence
View Sungai Melaka
Yang kami stay ni bukan Hotel tapi Residence. Tersilap book so no breakfast la ya. Tapi overall Ok la, selesa je, banyak pulak extra bed dia bagi. Yang tersandar tepi tu tak guna pun.
Waktu sore di Melaka
Suasana malam dari view Hotel
Sebelah malam kita keluar makan ke Pak Putra Restaurant ni. North Indian and Pakistan Cuisine. Kalau datang Melaka memang suka beno makan kat sini. Apa yang menarik ntah lah...haha...orang kat sini pun penuh sesaja.
Nah nasi beriani. Nan cheese tu sedap, I likee
Usai mengisi perut, jom la ronda2 Bandaraya Melaka Bersejarah, tengok2 beca yang colourful dan bermacam watak cartoon, kreatif betul diorang menghias beca masing2 untuk menarik pelanggan. Area sini memang selalu pack dengan ummah manusia. Touristy place yang paling menjadi tumpuan.
Saya nak perah susu lembu kejap..kata Noah..
Keesokan paginya kita jalan2 ke sini pula. Tempat wajib la kan kalau datang Melaka, walau berpuluh kali pun tetap jugak nak posing depan tugu AFamosa ni...haha...sabo aje la. Tak lengkap la kalau tak ambik gambar kat sini.
Coconut shake
Selesai kat Banda Hilir ni, kami gerak ke Alor Gajah untuk ke Afamosa Safari Wonderland. Plan kali ni tak nak masuk Waterpark punya. Nak ke Safari dan bahagian2 kering yang lain. 2 ketol Nekbu ni minat sangat dengan National Geographic sekarang so kita bagi expose sikit diorang kat animals and nature.
Tungguuu Part 2 (InsyaAllah bila Vit. R datang)