Showing posts with label Cherating. Show all posts
Showing posts with label Cherating. Show all posts

April 30, 2024

Kisah balik Raya 2024 @ Erya, Cherating

Assalamualaikum w.b.t 

Simpan sini untuk kenangan. 
Cerita pulang beraya untuk menyambut Eid Mubarak 1445H. Gerak balik ke Dungun pada petang Ahad, 7 April pukol 5.30 petang dari KD. Sebelum tu siap masak untuk bekalan berbuka di mana2 dan persediaan untuk mengadap jem. Dah sedia mental dan fizikal...hahaha. Bila tengok Waze KL-Karak nampak trafik clear, Alhamdulillah happy masa ni, mungkin semua dah gerak balik awal pada Jumaat dan Sabtu yang jem gile2 tu. 
Dan berkemungkinan juga ada yang plan untuk toll free pada esoknya 8 dan 9 April.

Seperti dijangka traffic smooth sepanjang perjalanan hinggalah stop untuk berbuka puasa dia R&R Temerloh. Syukur. Usai berbuka puasa mengenangkan perjalanan yang masih jauh untuk ke Dungun dan estimated time untuk sampai jam 11 ke atas, siibu mengusulkan utk mencari hotel sebagai persinggahan untuk rehat dan bermalam. Esoknya boleh sambung perjalanan ke Dungun.

Wah macam jauh beno Dungun tu kan. Takper la trip santai2, laju2 kalut nak p mana? hahaha

Kami decide nak cari hotel murah2 je, untuk 3 bed. Browse thru Agoda nampak la Erya, By Suria, Cherating ni. Call them dan Alhamdulilah rezeki kami untuk dapat bed malam tu tapi tak booking direct dengan mereka bcos harga jauh lebih mahal berbanding dengan Agoda. Boleh save banyak book dengan Agoda. Paid and done! so lets jom. 
Bila tengok review2 pun ok je, lagipun  tujuan bukan nak berholiday sakan sekadar nak rehat, tidur janji bilik dan tandas bersih sudah memadai. Selamat sampai ke sini pada jam 10.30pm. Kalau terus ke Dungun tak tahu sampai pukul berapa. Alhamdulillah.

Source-Agoda. Triple sea view room. 
Free breakfast/Sahur. Alhamdulillah berselera makan nasi dengan sup ayam dan sayur kobis. Ada juga mee goreng, cereal dan fruits. Cukup untuk mengalas perut.
Morning view. Lepas sahur tak tidur dah semangat nak tengok Sunrise
Pantai depan Erya macam tak sesuai la kot untuk mandi manda, dah ditambak dengan batu, mungkin sebagai wave breaker, kalau musim tengkujuh ombak mesti kuat, mau ombak masuk ke swimming pool...(teori saya sahaja...hahaha)

Mentari pagi baru nak memunculkan diri...Subhanallah





Check out 10.20am dan terus gerak balik ke Dungun. Kenangan raya 2024.
Sempat lagi dengan panas lit lit, kat Jetty Awana Kijal
Ada orang mancing di hujung sana, dengan panas terik matahari, gigih betul dia

Sekian coretan preEid 2024. 







 

February 18, 2022

JJCM Pata Timur - Nov 2021

Assalamualaikum

Cerita tahun 2021. Somewhere in November before banjir teruk melanda. Baru berkesempatan nak update kat Blogku ini
Balik kampung dan JJCM

First stop ke Bentong for Breakfast Lemang Tokki. Terbaik, sedap tak berubah sejak dulu, lemang yang lemak2 dan ayam bakar dengan sos yang sedap 


Siap tapau untuk mok di kampung

Dah sampai kampung halaman, sebelah petang biasa la time to cari kopi. Pusing2 bandar Dungun, terjumpa Kopi Kuala Dungun ni. Time ni diorang jual kopi aje, sekarang nampak kat Tiktok kan main happening dah sekarang. Dengan dine in dan macam2 dah diorang jual. Tahniah Kopi Kuala Dungun. Tunggu balik kampung, kita pegi lagi, InsyaAllah

Menu dan harga, sila pilih apa yang berkenan



Terjumpa pulak mural budak main buaian ni, nekbu pun nak join la sekali...kahkah

Sebelah pagi esoknya sarapan Mee Champa Mok wan yang famous giler kat Dungun ni. Jangan pelik pagi2 makan mee champa sup daging. Sedap tak cukup semangkuk, lagi sedap bila rezeki orang yang belanja

Accessories yang wajib bila makan mihun, mee atau mi champa kat sini, sambal tu terbaik. 

Selepas sarapan ajom la kita ronda2 bandar Kuala Terengganu pulak. Dari pagi sibujang ni tak pekena kopi, dah diserang sakit kepala. Cuba la google2 kafe kat KT ni dan terjumpa la Kafe Kahve ni. Ok lets try the Ice Latte Caramel. Sihantu kopi merangkap barista bertauliah (kat rumah aje) siap ajar lagi barista kat sini kopi camana yang dia nak...hahaha...adoi...sabo je la 


Tak faham bukak kamus ye, kamus dialek Ganu 
Caramel latte 

Selesai urusan penting di KT pada sebelah petangnya otw balik Dungun, singgah di Masjid Gong Balai untuk  solat Asar. Perut pun mintak diisi sama, jom la ke Roti Tempayan Gong Balai yang famous ni. Nampak banyak motor2 besar tu kan, haa ni memang port lepak dan tempat persinggahan si mat2 motor. Penat2 ride dapat pekena roti tempayan terangkat


Ni sis punya, roti tempayan dengan kari ayam. Speciality kat sini roti tempayan la, menu lain apa yang ada pun tak ambik tau dah. Sedap rotinya lembut bila dicicah dengan kari tu terbaik. Alhamdulillah,, TQ family adik yang bawak ke sini


Kari kambing
Masa tengah makan ramai yang berdiri tunggu meja kosong. So tidak lah dapat berlama2, makan pun kunyah sekali dua aje, telan...hahaha...ada orang duk jeling2 je ke meja kami, kami tengah makan kot bukan duk nyembang. Bila dah ramai berdiri tu, naik rimas la jugak kan, dengan musim2 virus, SOP dah ke laut, moh la kita keluar cepat2

Sarapan pagi yang meriah di rumah mok tercinta. This is magic stick (kayu keramat), one of my childhood favourite, balik kampung biasa tak miss beli. Dapat sebatang pun dah kenyang

Nasi dagang, roti paung dan bahulu

Menarik kan tapi makan la secara sederhana takut lain pulak jadinya manis2 tu...hehee

Pusing2 bandar Dungun cari barang keperluan dengan mok, sianak bujang call suruh singgah Kafe ni belikan dia kopi. Jom kita tinjau2 apa yang ada di DGNPOINT Cafe.



Kafe yang cantik, owner pun peramah, siap suruh naik ke atas untuk ambik gambar. Malas pulak nak cari gambar dalam kafe. Ada banyak juga menu yang menarik tapi kerana perut masih kenyang tidak lah nak order apa2. Beli coffee aje 

Lepas Zohor check out rumah mok dan nak sambung holiday ke Cherating. Dari KL lagi memang dah plan nak singgah Pedalhaus Cafe ni. Sejak suka tengok youtube ni, selalu jugak tertengok youtuber Amir Arshad yang baru buka cafe ni dekat IKBN Kemasik, tepi jalan aje. So dah alang2 otw ke Cherating apa lagi, jom la kita. Sis tunggu dalam kereta aje, gambo dari anak bujang


Cookies ni sedap, boleh bagi 5 bintang

Nah kopinya
Alhamdulillah selamat sampai. Satu malam aje kat sini untuk relax2, santai2, dah lama ajak anak bujang ke sini, so kali ni berjaya juga...haha
Sebelah petangnya pusing2 Cherating untuk cari dinner. Malas nak pergi jauh2 dah nama pun datang ke sini nak relax dan santai2 aje kan, so takkan nak keluar jauh lagi cari dinner. So kita ke Intan Seafood Restaurant aje, tak jauh dari Hotel. Mula2 ingat nak makan sini, tetiba tengok cam berduyun pulak orang masuk kedai ni so terus cancel kita tapau aje makan kat bilik..haha

So ini lah juadah pada malam itu. Alhamdulillah


Dan ini bil nya, mahal ke murah? haha..overall puas hati, makanan sedap. Ikan kerapu sweet sour tu pun sedap. Kalau ke Cherating boleh la cari kedai ni yer

Pagi esoknya sarapan di Royale Chulan Chalet, Cherating. Hidangan basic2 aje, nasi lemak, mee goreng, roti bakar, bubur, alhamdulillah


Usai check out jom la kita gerak balik ke KL sambil2 nyinggah cari coffee dan ikan patin. Singgah di 90degreescafe.com. Cam biasa anak bujang nak cari kopi, tak minum kopi nanti sakit kepala pulak, haha..tiada apa yang menarik pasal perut masih lagi penuh



Beli ni jer, takkan keluar dengan tangan kosong aje kan..hehe

Dari situ kami ke Sekilau Bakery, yang best kat sini ialah donuts nya, dah lama nak rasa donut yang gebu gebas ni. Alhamdulillah dapat la jugak, memang tak dinafikan sedap, lembut dan gebunya SEDO ni. Setaraf dengan donut2 kayangan yang lain. Orang Kuantan tak perlu dah gi kedai2 donut mahal tu kot, SEDO ni dah betul2 sedap dan murah

Pilih yang mana berkenan di mata dan selera


Sekilau Donut


Dah beli Donut kita simpan dulu buat dessert lepas makan tengahari, hahaha, sabo je. Kami ke Restoren MABIQ untuk lunch. Kedai ni best, lauk pauk banyak, suasana pun bersih dan kerusi meja pun berjarak. So sangat selesa makan kat sini. Dapat seketoi patin tempoyak tu pun dah memadai. 


Ini je hidangan simple kami untuk lunch. Alhamdulillah dengan segala rahmat dan kurniaan Allah. Rezeki sihat tubuh badan, rezeki wang ringgit dan semuanya. 






















































 

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...