Assalamualaikum
Hold dulu pasal Bromo. Takde mood nak memilih gambar yang banyak gilos itu. Bila nak buat pun tak tahu lah...
2 minggu lepas, di hari Ahad yang indah, keboringan melanda la pulak. Terperap jer kat rumah tak boleh jadi ni, so ajak siabang ke sini, Moroccan Pavilion. Lokasinya di Taman Botani, Putrajaya. Senang jer nak cari Taman Botani ni dan parking pun dekat aje, tak perlu menapak jauh2.
Tujuan ke sini sesaje la nak tengok tempat yang TULAR sangat la konon kan. Sambil2 boleh la shoot photo sekeping dua tapi ehhh banyak songeh la pulak pak guard tu. Tak dibaginya bawak masuk kamera. Rasanya takde pulak signboard tulis 'no camera allowed' ke apa ke. Kalau takat handphone ngan kamera kecik boleh lagi sorok dalam handbag, kamera besar obviously la tak boleh nak sorok, kena tahan kat guard house tu, tak boleh bawak ke dalam katanya. Habis kalau kamera tak boleh masuk, apa tujuan ke sini. Adoiiiya...katanya kena pergi office dulu mintak surat kebenaran bagai. Selepas puas bersoal jawab, pujuk memujuk, akhirnya dibenarkan pulak, elok jer pulak...hahaha...aku sendiri tak paham apa motip anne guard nih.
Saje la nak test2 shoot gamba dengan kamera cap ayam aku tu, dah lama kamera tu tersadai tak berguna (ada lagi ke orang guna kamera nih). InsyaAllah bulan January nanti nak travel lagi, tengah duk pikir kamera mana nak bawak untuk ambik gambar. Nak harapkan handphone tak leh jadi kan? Kamera siabang ada la tapi mana lah aku reti nak guna, lagipun tak kuasa la nak mengangkut kamera besar camtu.
Kesimpulannya - kualiti gambar dengan kamera aku tu adalah tidak cantik sekali. Ada yang blur lagi...apakah ini alasan untuk grab kamera baru? hahaha...
Gerbang masuk. Ramai gak student kat dalam tu tengah shoot photo dengan jubah graduation diorang.
Abaikan makcik tu asyik nak posing jer
Cantik sangat ukiran ayat2 suci tu. Memang seni achitecturenya terbaik
Dah macam kain lace pulak kan? Hahaha
Makcik ni lagi, abaikan yer..
Nak masuk ke bahagian dalam ni entrancenya RM3 seorang. Kamera tidak dibenarkan sama sekali. Kamera kena letak kat Akka guard tu. Ambik gambar dengan handphone jer dizinkan. Kena bukak kasut lagi yer. Dalam bilik punya pameran tidak dibenarkan ambik gambar. Tapi serius cantik sangat ukiran2 dia.
Ada ayatul kursi, Al-fatihah pun ada
Sekian sahaja kisah Astaka Morocco. Kalau rasa nak shooting weeding ker, graduation ke, memang sangat sesuai dan cantik bangat. Kalau kena tahan dengan anne guard tak bagi bawak masuk kamera, pandai2 la pujuk dia yer, hehehe.











