Assalamualaikum...
Perjalanan ke Kota Batu ni kurang lebih 3 jam dari Bromo. Alhamdulillah perjalanan lancar, walau ada sedikit macet di sana sini. Menjelang petang baru sampai ke sini dan perut pun dah lapar sangat2. Maklum lunch pun tidak selepas turun dari Bromo tadi, so terus kami ke Pasar Apung sebelah Muzium Angkut untuk isi perut terlebih dahulu. Kami makan satay ayam yang sedap gilos ni tapi tak dapat nak abiskan pasal sakit gigi. Tetiba pulak gigi sakit sepanjang trip di Surabaya. Nak enjoy nikmat makanan pun terbantut. Namun redha dan syukur masih lagi dapat menjamah makanan. Alhamdulillah
Satay ayam dan nasi tu. Sedap dan mengenyangkan
Sambil makan mengadap tasik ni memerhati gelagat manusia. Ramai yang que untuk naik sampan. Sampan tu pusing2 area tasik tu jer, takde lah jauh sangat tapi masing2 excited exspecially budak2.
Selesai makan hari pun dah menjelang sore, terus ke The Batu Villas untuk penginapan kami buat semalam di sini. Urusan check in begitu mudah dan tambah extra bed untuk siadik. Dapat tilam, bantal, blanket dan towel hanya perlu bayar 90k extra. Murah pulak aku rasa. Room jenis cottage ni besar kot, boleh muat 5 orang lagi dalam ni...hahaha...
Cottage 002..recommended with reasonable price. Booking thru booking.com tapi you have to pay full directly to the hotel.
Bilik2 deluxe and standard di depan rumah kami. Yang bumbung coklat tu reception area, lobby dan dining area
Bilik besar dan selesa, no air cond or kipas memandangkan cuaca di Batu ni sejuk dan nyaman jer. Tapi bilik air di sini style open concept gitu, bali style, kalau ada orang ngitai percuma jer...hehe...
Tambah extra bed untuk siadik. After check in dah tak keluar dah malam tu, kepenatan seharian di Bromo dan perjalanan yang jauh.
Buku menu
Nampak tak bilik air yang open tu, boleh masuk ikut pintu dalam atau jalan aje atas batu2 kat luar tu. Memang open jer rumah cottage ni, takde pintu belakang untuk ditutup, nganga jer camtu walaupun pada malam hari. No wonder la takde air cond dan kipas, bila malam cuaca dingin macam di Cameron Highland. Siap ada pokok2 hijau lagi, segar dan nyaman sejuk mata memandang.
Plants kat luar ni, tempat ni cam lembab sikit la so jangan terkejut tiba2 terjumpa lintah atas lantai korang...eeeee...menjerit gak la terkejut. Seriously aku geli dan takut dengan makhluk Allah ni, dan rasa cam tobat tak nak book hotel yang jenis camni lagi...hahaha...nasib baik satu makhluk tu jer yang aku jumpa...
Bumbung di sini open, boleh nampak langit tapi ada grill dan design bumbung tu tak mungkin orang boleh sekodeng kot...pada penilaian dan pandangan mata aku la...aku ni bukanlah expect sangat bab2 architecture ni...haha
Rumah jenis cottage ni ada 2 bijik jer kot, sebelah kami tu family dan anak2 kecik yang duduk.
Lobby area
Lobby area
Gazebo untuk santai2 di waktu pagi dan petang. Best....
Jasmine tea Sosro
Complimentary coffee, mungkin pasal kitaorang order breakfast banyak so dapat ni
Club sandwich and omellete cheese tu terbaik, sedapnyaaa....
Order 2 pinggan omelete ni, portion besar boleh 2 orang makan, takut tak dapat abiskan panggil our tour guide breakfast sekali.
Ini pun sedap tapi sakit gigi tak dapat nikmati dengan sepenuhnya.
Yummyyyyy....
Selesai breakfast terus check out untuk explore Kota Wisata Batu. Lets go jalan2! nanti continue kemana destinasi kami di Kota Batu. Tungguuu...
# satu hal yang tak best di The Batu Villas ni, takde iron. Iron ada satu sahaja so bila mintak tak dapat la mereka bagi cos guest lain tengah guna. Such a big hotel tapi iron ada satu? Ini staff dia yang cakap bukan aku yang cakap yer. Nasib baik tudungku tak berkedut sangat cuma ada line2 bekas lipat sahaja. Harap diorang akan tambahkan lagi bilangan iron atau seterika tu yer (bila call reception diorang tak tahu iron tu apa)...ermmmm....