Assalamualaikum
Simpan sini untuk kenangan manis di Ramadhan 2021.
First time staycation kat KL. Dah nama pun duduk di PJ aje, fikir 2,3 kali jugak la nak staycation kan. hahaha...tapi kali ni demi buffet Ramadhan, makcik sanggup you. Dalam banyak2 list Hotel yang offer buffet Ramadhan hati terberkenan la pulak dengan Royale Chulan Bukit Bintang ni. Awalnya siibu saja la sembang kosong dengan anak bujang, tiap tahun buka puasa sama aje, tahun ni bawak la ibu ke hotel pulak...hehe...sekali terus disuruhnya book. Alhamdulilah rezeki kami dapat slot pada 1 May, Labour Day. Seminggu lepas tu kalau tak silap terus PKP dan tak boleh rentas daerah.
Dah rezeki kan walau pada mulanya hati berbelah bahagi dengan kes C19 yang mencanak gile time ni. Kerisauan tu of cos mesti la ada kan, makan buffet mesti ramai ummah manusia yang datang berbuka puasa. Macam2 la dalam otak, nak Q ambik food, SOP camana, masa makan table masing2 jauh ke, then orang lalu lalang lagi camana. Adoiii makcik camni la, paranoid dan risau yang melampau.
Ni la pakej yang telah diambil. Bilik tu takde free upgrade pun, katanya dah penuh.
Beratur untuk check in pun dah long q. Time ni belum lagi pukul 3pm
Ni la rupa paras bilik ni, takde yang surprise pun, sebelum pergi sini dah siap tengok review kat youtube. Haha..
Dapat la pool view. Penuh jugak pool ni di sebelah petang, tak kira musim pandemik ke apa, belasah aje diorang ni mandi
Masa yang ditunggu sudah tiba. Buka puasa time. Alhamdulillah, dapat tempat duduk yang agak tercorot. Jauh dari crowds dan belakang meja tu dihalang dinding pemisah dengan hall satu lagi. Nak ke station buffet agak jauh sedikit tapi still ok dan dapat makan dengan tenang.
Citarasa Nusantara. Ini baru appetizer nih....haha...
Udang Nestum yang paling famous dan paling laku kat sini. Tapi bagi aku, terlebih garam, agak masin dan ikhlas cakap most of the food sini semua macam terlebih garam. Bukan pada lidah aku sahaja tapi pada lidah anak bujang juga. Overall, makanannya ok ok sahaja...except for teh tarik, air sirap bandung, carrot cake dan dessert2 lain aku bagi 5*
Jaga Jarak melebihi 1meter dah tu. Pujian untuk Royale Chulan KL. Nak ambik food pakai plastic glove dan masing2 pun tahu jarak diri bila beratur. Bila nampak Q panjang, kita pergi ke buffet yang less Q. Nak solat maghrib pun ada surau kat area sini tapi makcik naik aje ke bilik dan turun balik sambung makan.

































