Assalamualaikum
Day 3 - nak balik dah arini. Takde aktiviti. Makan, baring2 dan check out, pergi airport, naik katebang, balik ke sarang masing2. Shopping coklat aje, pinggan mangkuk idok ler, cukup la apa yang ada kat rumah Alhamdulillah..
Puding roti ni je abis licin. Yang ni betul2 memikat anak tekakku. Haha...agaknya hari2 dapat makan ni pun tak jemu
Berkenan tengok sink toilet ni
Lepas breakfast ajom la kita jalan2 melawat kawasan Meritus lagi. Takde adegan celup2 kaki kat laut pun. Hehe...
Check out at 12pm. Berkumpul di Lobby dan ambik grab ke LIA. Flight lambat lagi sebenarnya tapi takkan nak lepak jer doing nothing kat hotel kan. Kat LIA boleh gak jalan2 cuci mata, lagipun LIA dah semakin cantik sekarang. Masuk waktu aje terus ke Surau, solat jamak siap2, lengah2 nanti tak sempat pulak kan. Flight berlepas pada jam 4.15pm on time. Flight pertama aje delay, yang ke 2 check in sesame kitaorang dan sampai pun lebih kurang timing yang sama.
Lunch di Food Garden. Gambar dari Google.
Berat begku. Ada lagi ruang 2kg. Hihi
Happy2 ada pulak incident yang tak diingini berlaku. Tunggu punya tunggu luggage kat KLIA2 ianya tidak muncul2. Nak kata orang tersalah ambik, mesti ada 1 luggage yang extra kan? Ni dah licin abis baggage carousel dari Langkawi tapi beg ku tak jugak muncul2. So cepat2 ke Lost and Found Department. Buat report then dia cuba ke luggage handling tengok kot2 ada bag tertinggal tapi takde. Selesai buat report, balik dengan hati kecewa dan penuh harapan moga2 beg aku ditemukan. Maklum lah semua benda dalam tu, hasil dagangan dari Langkawi semua dalam beg tu. Aku lenggang kangkong jer naik atas katebang dengan handbag.
Akhirnya selepas 24 jam ianya kembali ke pangkuanku...haha...selepas diorang bertungkus lumus mencari siasatan mendapati 😊 rupanya dia tak follow aku balik ke KLIA2. Rupanya dia naik Malindo pergi ke Subang, dekat pulak dengan rumah tu...hahaha...careless betul staff Malindo yang ambik ko masuk katebang dia yer...Alhamdulillah dihantar oleh staff AA ke rumah.
Group trip yang paling best so far. Hope next year dipanjangkan usia dan disihatkan tubuh badan boleh join lagi. Kemana pulak agaknya destinasi tahun depan? InsyaAllah
Group trip yang paling best so far. Hope next year dipanjangkan usia dan disihatkan tubuh badan boleh join lagi. Kemana pulak agaknya destinasi tahun depan? InsyaAllah
END OF Langkawi trip 2019











































































