July 3, 2026

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum.

Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengarang. Hakikatnya di sini lah tempat simpan banyak kenangan. Tiap kali nak clearkan phone storage sini tempat terbaik untuk menyimpan semua gambar dan kenangan.

Salah satu antara kenangan terindah, kenangan makan di Rembayung pada January 2026.
Advanced birthday gift untuk Nekbu yang patutnya in February. Pada hari ni jugak la siabang mengajak ke Cameron Highlands tapi Nekbu tak ikut semata-mata kerana Rembayung...hahaha...

Kesian pulak nak turn down hajat siadik, dah la gigih orang tu battle nak dapat slot. Tu lah, kalau dah rezeki tak ke mana kan? Tak sangka dalam masa terdekat itu dapat makan di Rembayung. Alhamdulillah, dapat la merasa makan di Restoren KA tapi takde rezeki nak jumpa KA. 





Cucur udang 


Kopi santan















Overall OK dan mungkin ada juga perkara yang perlukan penambahbaikan tapi ni cerita January lepas, after 6 months mungkin dah Ok.

1- Seat di tingkat atas tak sesuai untuk parents yang bawak dua orang anak kecik, 2 tahun dan baby 6 bulan. Sepatutnya customer yang bawa anak kecik diberi seat di bawah. Dengan stroller yang perlu di bawak ke atas kerana baby tengah tidur pada waktu itu. Staff membantu tapi bila diminta sahaja. 

2- Nightmare tu bila waktu habis makan dan nak turun tangga. Nekbu dengan sakit lutut of cos tak boleh nak dukung baby, takut lain pulak jadinya nanti. Just pimpin yang umur 2 tahun tu turun tangga. Mummy nya dengan baby dan stroller, staff tengok sahaja ya. Diorang bantu bila kami dah terhegeh hegeh kat tangga  cos diorang nak serve foods untuk customer di atas.

3- Food lambat sampai, lebih kurang 45 minit lebih baru sampai. Daddynya  tak sempat makan kerana boss dah panggil untuk fetch boss lunch tapi ni kita faham je, no issue, dah takde rezeki anak nak makan bersama-sama kat situ. 

4- Overall foods okay. Memenuhi selera, tak pedas sangat, banyak yang ditakeaway cos sorang lagi dah balik awal. 

Kalau ada rezeki dapat slot boleh la repeat lagi. Mana tahu rezeki untuk pergi semua ahli keluarga ku seramai 8 orang...Aamiin2..tapi macam mustahil je nak dapat. Hahaha...
 

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...