October 31, 2020

Nasi ayam versi apa yang ada WFH

Assalamualaikum. Salam Sabtuday
 
Pagi2 ni kita nak bagi resepi nasi ayam yang sedap. Sumber dari pakcik gugel jer, kepada tuan empunya resepi, TQVM
 
Nasi ayam versi apa yang ada, belasah saja la...jarang sangat masak nasi ayam, tiba2 boleh terlintas nak masak ni pada suatu hari yang indah itu. Indah pasal sekarang WFH alternate week. Syukur lah daripada pergi office je hari2 kan, dengan musim pandemic C19 yang masih belum nampak bila la akan berakhir. Allahuakbar, hanya Allah aje yang maha mengetahui, tiada daya dan upaya kita hanya dengan pertolongan Allah.

WFH bukan bermakna tak buat kerja yer...hello...bahan2 tu dah siap prepare awal2 pagi lagi, Bangun pagi macam wfo jugak takde maknanya nak mentidokan diri lama2...dah tua2 ni tidur bukan lagi keutamaan. Tak gitue?...Lunch time sejam tu settlekan semua macam lipas kudung gaya dan lagaknya. Jangan ingat nak mengular bila dah kat depan laptop, nanti orang skype cari, status asyik away aje, jangan cari pasal...hahaha...sendiri mau ingat lah kalau nak gaji yang berkat .
 
Nah kita belanja 2 gambo yang sama dan serupa...haha



 Nasi Ayam tersedap - kredit kepada yang empunya resepi. Thanks

UNTUK REBUS :

 1 ekor ayam dibelah 4 bahagian

 2 ulas bawang putih

 2cm halia yg diketuk


 UNTUK DIPERAP:

 1 sudu besar kicap pekat

 1 sudu besar sos tiram

 1cm halia

 2 ulas bawang putih

 sedikit kicap cair


UNTUK NASI :

 5 cawan beras

 3 sudu besar mentega

 1cm halia- ditumbuk

 4 ulas bawang putih -ditumbuk

 air rebusan ayam tadi

 sedikit garam.


UNTUK SOS :

 5biji cili merah

 5 ulas bawang putih

 2cm halia

 1 sudu teh cuka, garam, gula

 1/2 cawan air


UNTUK SUP:

 lebihan air rebusan ayam

 1 biji bawang besar kisar

 rempah sup

 garam

 daun sup yg dihiris


UNTUK HIASAN :

 2 batang timun saiz sederhana

 4 biji tomato

 daun salad


UNTUK AYAM :

Ayam dibelah kepada 4 bahagian,bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk..

Toskan ayam dan perap dengan bahan untuk diperap selama 15-20min.

Goreng hingga garing.Ketepikan..


UNTUK NASI :

Basuh beras dengan bersih.

Masukkan mentega dalam periuk….

Tumis halia dan bawang putih hingga garing..

Kemudian,masukkan beras serta air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.


UNTUK SOS :

Kisarkan semua bahan untuk sos..boleh juga dimasak sebentar..


UNTUK SUP

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup , garam dan daun sup tadi..


October 21, 2020

Nasi Dagang Pak Malau dan Paradise 101, Langkawi


Assalamualaikum 

Trip ke Langkawi pada 7-9 Sept lepas. Kita terjah terus ke aktiviti di hari ke 3, last day sebelum flight balik ke KL pada sebelah petangnya. Alhamdulillah kali ni dapat merasa nasi dagang Pak Malau yang cam wajib makan pulak kalau ke Langkawi. Nak gelakkan diri sendiri pun ada, balik Ganu cari nasi dagang, pergi Langkawi pun cari nasi dagang. Alang2 ke sini kan why not cuba kan...

Hari ke 3 ni rasa cam cuak giler masa ni, kalau ikutkan hati memang tak nak ke mana2, masa ni baru tau kes C19 kluster Sungai tu ada ke Langkawi dan pada semalamnya diorg dah buat swab test untuk semua staff HIG. Kami ke HIG Mall tu pada sebelah petang semalamnya tapi waktu tu nampak keadaan ok je cam nothing happened. So i guess diorang buat test tu kat HIG yang kecik tu atau HIG Jetty Wallahualam. Bertambah risau bila dengar diorang stay kat Malibest, tempat kitaorang stay...tapi tawakkal pada Allah, andai ada diorang call suruh test ke apa, kami redha aje la....namun syukur Alhamdulillah tiada apa yang dirisaukan berlaku.

Amboi mak cik tak sabar nak gi makan ker, panjang beno langkah tu...haha


Ayuh posing sekejap 
Sepinggan harga RM10, lauk ikan ke ayam ke, sama jer
Lidah orang Ganu kata OK la, 4*of 5...portion pun just nice la untuk alas perut di waktu pagi tapi price tu mahal skit la kalau compare dengan negeri ambe punya...heee

Pagi ini hujan renyai sekadar showerkan bumi Langkawi dengan rahmat 
takde view sawah padi yang cantik tu


ehhh termatching la pulak baju syayerr dengan kerusi...haha


Rumah Pak Malau 

Price list nasi dagang and lauk pauks

Lepas breakfast apa lagi kami teruskan misi ke Paradise 101. Kalau ikutkan itinerary sepatutnya petang semalam, tapi dek kerana hujan lebat plan bertukar kepada shopping coklat. Pagi ni memang doa sangat jangan lah hujan lebat. Alhamdulillah cuaca kembali cerah selepas itu. 
Cuaca yang sedikit muram pada pagi itu. Semoga hujan tak berlarutan 
Kalau air surut agaknya boleh harung je air laut tu untuk ke situ...agaknya la...hehe
Merenung laut yang suram dan sedikit muram

Flash back gamba tahun 2015. Paradise 101 ni terletak di Pantai Kok. Setiap kali ke Langkawi aku memang suka ke Pantai Kok ni, suka tengok view dia. Gambar atas tu kalau tak silap pada tahun 2015, masa tu duck ride tu dari Cable Car akan turun ke laut di Pantai Kok ni, masa ni kami lepak aje kat sini, takde la join ride tu. 


Lepak2 dulu sementara boat sampai. Per head untuk ke sini adalah RM30. Then boleh la redeem makanan dan minuman di dalam sana. Nak join aktiviti air pun boleh, tapi kami sekadar nak masuk santai2 dan bergambo aje, takde plan nak basahkan badan pun.
tak sampai 5 minit pun nak ke sana tu...so layan je la gambo2 kat sini ye..




Nampak tak The Danna di kejauhan sinun. Berangan suatu hari nanti kalau ada rezeki repeat Langkawi nak stay sini pulak...INSYAALLAH







Lepak dalam sejam lebih jer, pastu rushing ke airport untuk catch flight ke KL. Alhamdulillah first trip dengan anak menantu dan cucu dalam fasa PKPP...SOP kena follow, fask mask kena pakai setiap kali keluar, jaga jarak, tempat crowded kami elakkan dan hand sanitizer standby setiap masa..Semoga Malaysia dan dunia ini akan bebas daripada C19. Amiin ya Allah
 

October 17, 2020

Korean Garlic Cheese Bread (KGCB)

Assalamualaikum

taraaaa….roti viral yang menjadi kegilaan 2 orang kat rumah ni...haha...adoi keje menternak lemak aje kan? Dulu asyik beli jer, bila beli biasa la kadang tak memenuhi selera, ada yang tak sedap...yang sedap dan ok pada anak tekak hanya kat La Boheme OU je tapi sekarang nak gi OU pun dah takut. So kita belajar la buat sendiri...senang sesangat aihh...Alhamdulilah...jom tengok koleksi KGCB hasil tanganku...try and error...

Yang ni beli dari Ajwa Bakery, Kota Damansara - 3 pcs RM21...mahal boleh tahan
Yang ini the best dari One Utama. 2 pcs baru RM10 tapi sedap sangat. Roti tu cam garing2 sikit, i likeee....
Bahan2 untuk KGCB. Cream Cheese very limited, susah sangat nak dapat sekarang ni...




















Amacam boleh bisnes tak? Haha





Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...