Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

February 3, 2016

Mango Panna Cota

Assalamualaikum, Selamat pagi yang nyaman

Alhamdulillah, setiap kali menikmati panna cota ni pasti akan terpana seketika. Sedapnyerrr... nyamannya anak tekak, dengan rasa manis, masam dan manis mashmellow tu...ermmm...tak terkata. 

Menggoda tak? Puree tu anak bujang yang sediakan. Tak sabar tunggu ibu lambat sangat.

MANGO PANNA COTTA 

Bahan2:
2 cawan susu fresh milk
1 cawan whipping cream
2 1/2  sudu besar gelatin + 1/2 cawan air panas
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
2 bj mangga masak
4 sudu kecil gula
sedikit perahan lemon (tak letak pun tkper)

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan dia sebati
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam bekas acuan yang sesuai
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon.
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.

Hiaskan dengan hirisan mangga atau ape2 shj mengikut citarasa sendiri


October 13, 2015

Pie chocolate with strawberry yummyy...

Assalamualaikum...

Ni pie bulan 5 lepas, lepas balik CH biasa lah, tak sah kalau tak bawak balik buah merah ni...hihi...resepi jangan ditanya, udah lupa. Tapi kalau sesapa pernah tgk video buat pie ni kt FB, ha tu la resepinya. Dari situ lah idea buat pie yang sangat sedap dan mudah ni. Tak perlu bake, sejukkan dalam peti ais sahaja.





August 29, 2014

Belanja Resepi Aglio Olio dan Bread Butter puding.

Assalamualaikum...
 
Maka tersebut la kisah, memakan Aglio Olio sehari sebelum Ramadan yang lalu di The Manhattan Fish Market. Biasa ambe ni kurang gemar spagheti kering2 camni, ambe tersangat la suka carbonara spaghetti tu...tapi pas makan Aglio kat situ rasa sedap la pulak pada anak tekak ambe yang cukup terlatih makan Italian food nih....cehhhh....pasal makan pree pun yer gamaknya...
 
So 2 hari lepas bila keinginan untuk memakannya tiba2 datang, ambe pun dengan rela hati turun ke gelanggang dapur sekangkang kucingku itu. Alhamdulillah...lahir la Aglio ini yang rasa nya lagi terangkat dari TMFM tu...(dah terangkat diri sendiri la pulak)...sesiapa yang nak mencuba persilakanlah...resepi jengok2 meminta pertolongan pakcik gugel tapi banyak resepi yang mcm2 bahannya, so ambe olah dan campak mencampak aje apa yang ada.
 
 Terliur tak...?
Mula-mula rebus spagheti, sejat dan ketepikan. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, crush kan jer, cili api (potong kecik2-tekak melayu haruslah pedas). Dah berbau wangi, masukkan udang dan sotong, garam gula pak aji.  Pastu masukkan la spagethi yang dah direbuskan tadi, cili flakes dan jugak serbuk lada hitam. Kacau sebati dan siap untuk dimakan. Walla...alhamdulillah...Mudah sangat kan..?
Ini pulak bread butter puding yang akan terhasil bila roti kat umah tu dah expired, 1,2 hari expired camtu...tapi bukanlah expired dah berkulat dik oi...lagipun roti letak dalam fridge kan...masih elok dan selamat dimakan. InsyaAllah. Resepi dia main campak ikut kepala ambe jugak. Dah save dalam kepala untuk resepi ni. Yang perlu dicari hanyalah fresh milk.
 
6 keping roti, susu segar sebotol kecik tu (not sure berapa ml), 2 biji telor, 2 sudu besar gula, 1 sudu teh esen vanila, butter sikit, kismis, badam slice, choc chips. Ini semua lebihan buat cookies untuk hari raya tu.
untuk sos - 1/2 tin susu cair, 4 sudu besar gula dan 1/2 sudu besar tepung kastad. Campurkan semua bahan dan masak hingga agak pekat. Sos kastad ni agak kekuningan, tak tahu naper, mungkin bergantung kepada jenama tepung kot...
 
Koyakkan roti dan susun dalam loyang. Ambe guna mangkuk kaca 4 segi tepat IKEA tu..pastu tuangkan susu dan rendamkan roti ni. Sesekali tekan2 kan dia supaya dia lembut dan bergaul sebati dengan susu.
 
Gaul rata gula, esen, telur dan butter. Pukul manja sedikit. Pastu tuangkan ke dalam roti tadi. butter tu kalau berketul...its ok, bila bakar nanti dia akan cair. Pastu taburkan kismis, badam dan chocolate chips. Terpulang pada kehendak masing2 la, kalau nak tabur berlayer2 dalam roti tu pun, no hal. Ok jerkk....Selamat mencuba...
Ini 2nd time buat biskut lidah kucing Lebaran hari tu...suka dengan kombinasi kaler kali ini...
 
Have a nice Weekend.
 
Bai..

June 20, 2013

Yang manisss....

Assalamualaikum w.r.t

Lama tak berblog. Kemalasan yang melanda begitu sukar untuk kubendung...chewahh...
Tak lama lagi, bulan Ramadhan akan kembali bertamu. Seronok rasa nak mengadap bulan yang mulia, penghulu segala bulan. InsyaAllah...

Marble Cheese Cake request dari anak bujang sebelum balik ke Kedah. Alhamdulillah...letak 2 natural yogurt, so rasanya a bit masam2 gitu, tak la manis sangat.
Buat pavlova kerana nak test power buat meringue. Kes tengok Masterchef la ni...bila putih telur tu dah kental, telangkupkan bekas tu, elok jer tak jatuh...senyum sorang...(padahal ni bkn 1st time buat meringue). Pukul pakai mixer takde la guna tangan cam Chef Adu buat tu. Mau tertanggal bahu ni...haha...
So untuk buah kat atas tu, belasah aje la buah apa yang ada dalam fridge. Buah mangga dengan anggur. Meringue yang manis, buah-buahan yang masam, bila bergabung, masuk dalam mulut meletup2...;)

Resepi dari blog Kak Ita masam manis...

Selamat Mencuba...

PAVLOVA

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik

Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan


January 18, 2013

Simanis Pavlova

Assalamualaikum w.r.t

Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ini, hari yang indah dan membahagiakan. In sha Allah...
Pagi-pagi dah tayang dessert. Takkan breakfast nak makan pavlova kan...? Haissh...dah katanya lama tak bersiaran so semua ni kejadian tahun lepas ni...Sedar tak sedar...rupanya dah lama tak update blog. So semalam adalah entry pertamaku di tahun 2013 nih....selamat tahun baru semua...Semoga tahun 2013 ini ada sesuatu yang terbaik untuk kita. Sebagai hambaNya hendaklah kita redha atas segala sesuatu....

Ok la...semalam ada seorang adik ni bertanya, akak boleh buat pavlova tak? So saya pun tunjuk lah gambar ni kat dia...reaksi dia cam...wahhhh...akak...semua akak boleh buat erkk...sedap ker? ape rasa dia? Secara jujurnya, pavlova ni tiada yang istimewa pun....manis aje rasanya, cuma yang membantu pavlova ni untuk sedap adalah buah-buahan di atasnya. Kalau letak buah yang sedap, sedap la dia...meringue manis, cream tu pun manis, so letaklah buah-buahan yang masam sedikit, so bila manis dan masam tu bergabung, terus meletup-letup bila masuk dalam mulut...hehe...
Hidangan dessert ni sesuai untuk majlis2 yang ada tetamu. Kalau setakat buat untuk 2 atau 3 mulut sahaja, jawabnya tersadai la dia dalam peti ais untuk seminggu dan kemudian mendarat la pulak dia dalam mulut cik tong. 


Resepi Pavlova.

Bahan-bahan :

4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor 
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh cream tartar

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) non dairy whipping cream
1/2 sudu teh esen vanilla
Buah-buahan kegemaran - strawberry, kiwi, blueberry, aprikot, anggur...terpulang pada cita rasa masing2...

Cara-cara..

Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan esen, cuka dan juga cream of tartar. Pukul sampai putih telur betul2 kental dan bertanduk...haha..

Masukkan putih telur ke dalam piping bag. Lepas itu, bentukkan bulat di atas baking paper...terpulang nak bentukkan kecik atau besar. Bakar pada suhu 170, sehingga meringue berwarna keemasan dan sedikit merekah. Pastu biarkan sejuk seketika baru dikeluarkan dari oven.

Bila nak makan, baru la dipaipkan cream ke atasnya dan dihiasi dengan buah-buahan yang digemari.

Selamat mencuba.
 

November 26, 2012

Durian Crepe


Assalamualaikum w.r.t

My 1st attempt of durian crepe. Alhamdulillah menjadi la kot...bila dicomparekan rasanya dengan durian crepe yang dibeli (4pcs, rm10,) akibat keinginan untuk memakannya yang melampau. So 2 thumbs up untuk diri sendiri. 1st attempt dah tentu lah buat pun tak banyak so tak dapat lah nak disharekan dan ditanya pendapat sesapa. Sendiri buat sendiri makan, sibujang berdua nampak gaya cam kurang berminat jer ngan makanan2 camni. So siibu yang membalun sesorang...
Hari tu masa beli crepe ni, kecik bebeno, rasa makan pun tak puas. So aku bantai la buat betul2 cam bantal tidur tu...besar gedabak...ha kau...makan la puas2...boleh?




Ni nak tunjukkan rupa inti di dalamnya. Untuk resepi durian crepe ni, TQVM untuk tuan empunya resepi. Tercapai la gak hasrat hati nak buat durian crepe yang tengah meleTOP dan hot giler ni....tapi bila dah buat sendiri tu, satu pertanyaan gak yang bermain di fikiran, berapa banyak la sangat boleh diterima oleh anak tekak? Kalau untuk berbisnes mungkin berbaloi la, tapi kalau untuk makan, sekali cuba mungkin bulan depan baru rasa nak makan lagi...hehehe....

Ok...untuk my sis di Ganu. Here u are...the resepi as per requested. Kalau google, terlampau banyak resepi durian crepe sampai tak tahu nak pilih, nak buat yang mana. Kali ni SH pilih jer resepi kak Fiza Nordin untuk crepe dia. Tang inti tu semua pun dah tahu nak buat camane kan? Tapi untuk pencipta resepi durian crepe ni, sumbangan resepi ikhlas daripada anda semoga mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Ada yang langsung tak kedekut ilmu nak share resepi dan step by step. 

DURIAN CREPE

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe. Sudukan isi durian di atas fresh cream kemudian paipkan cream di atas durian. Kemudian lipat lah crepe tersebut. 




June 30, 2012

Bubur Jagung

Assalamualaikum... Happy weekend peeps. Hari ni kesihatan masih lagi tidak berapa baik...selsema dan batuk...selsema yang tak tahan tu, asyik haccum...haccum..ok la...tak de idea...berbalik kepada bubur jagung di atas, tak tahu nak buat apa dengan jagung yang banyak dari Cameron Highlands. Kalau kat sana jagung rebus dia sedap sangat...manis tapi ni bila dah dimasak rasa macam kurang sikit. Rupa jagung pun tak berapa cantik bulat, kemek2 jer isinya...Layan aje la...alhamdulillah...

June 20, 2012

Puding Sagu Pelangi

Assalamualaikum.... Rasa nak nyorok kan muka jer tengok rupa puding ni...eeee...malu sendiri...kerja tangan yang tak berseni langsung. Tu la kan...biasa orang berseni ni orang yang sabar, kalau dah kurang kesabaran, camtu la jadinya. Terpandang puding ni kat http://nurniezza.blogspot.com/ semalam, so teringin nak buat. Tapi hasilnya tak lah sebeautiful cik Nieza buat;)Nasib baik buat sikit aje, kalau tak jenuh gak nak melapis, nak tunggu keras dulu, pastu melapis lagi...oooo cannot...cannot...SH ni tak sabar orangnya...:P Apa kena mengena orange dalam resepi ni erkk...? hahaha...belasah aje la... ~~~~~Puding Sagu Pelangi~~~~~~ Resepi asal: Gert Sumber: Kak Lina PG, Kak Yatie, Nieza ***Bahan-bahan*** • 1 cawan biji sagu putih • 1 liter air • 20 gm serbuk agar-agar • 11/2 cawan gula pasir • 3 helai daun pandan • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan) • 3 jenis pewarna kegemaran Cara Membuatnya 1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat. 2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal. 3. Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih. 4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api 5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau. 6. Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau. 7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais.

May 17, 2012

Puding Jagung

Assalamualaikum...******Lamanya tak buat puding jagung, sampai resepi yang paling senang ni dah ingat2 lupa gitu....petang tadi buat kek coklat order, so ada lebih susu cair, apelagi terhasil la puding jagung yang lemak2 manis, tk manis sangat kerana telah dikurangkan gulanya...
Ni resepinya kawan2....*******PUDING JAGUNG*******1 cwn tepung kastad, 1 cwn jagung krim, 3/4 cwn gula (asalnya 1 cwn), 3 cwn air, 1 cwn susu cair, secubit garam....leburkan semuanya dalam kuali dan kacau jer sampai pekat. Bila dah pekat masukkan dalam acuan yang disukai...selamat mencuba...
Resepi tu dah lupa amik dari mana kerana dah lama sangat...mintak halal yer pada empunya resepi...kalau tak silap, jiran dulu pernah ajar camtu gak sukatan dia...tq pada jiranku juga.... ******Gud nite****

April 8, 2012

Puding Cendol

Assalamualaikum wbt Salam pagi minggu yang ceria. Puding cendol ni bukan untuk breakfast yer...ni hidangan dessert yang dibuat semalam.
Resepi daripada kak Hanieliza. Nanti letak resepi...nak masak breakfast jap... -tata- As promised, resepi seperti di bawah.. PUDING CENDOL CHEF HANIELIZA Bahan-bahan:- 1/2 paket agar2 [20 gm] 3 gelas air (akak letak 3 1/2 mug) 1 cawan gula 1 cawan susu cair 2 cawan cendul 1 cawan gula merah Cara-Cara:- Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan. Bahagikan adunan pada 3 bahagian. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah. Kacau rata dn biarkan mendidih dan tapis. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan ekras sangat nanti adunan tidak melekat. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan. Hidangkan. 'Happy cooking'

March 6, 2012

Puding Sayang bertaut..

Assalamualaikum dan salam sejahtera


- Jom menjamu mata dengan buah merah ni dulu, buah yang di tanam di Tesco yang sempat dituai semalam..cam berseri jer kalau ada warna merah di mana-mana-kan?
Alhamdulillah kembali bersiaran di alam maya dalam dunia masakan yang penuh keseronokan. Lambat sikit men'update' hasilan dari dapur SH kali ni. Ini atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. TQ kawan2 (u know who you r)...yang selalu menunggu masakan terkini dari dapurku yang tak seberapa dan tak selalu berasap ini...;-).

Kali ni buat puding kasih bertaut lagi. Tapi versi kali ni sikit berbeza daripada yang sebelumnya. Sebelum ni buat exactly ikut tuan empunya resepi tapi kali ini, adunan yang pertama tu, aku letak serbuk coklat dan kemudian sejukkan ke dalam loyang square. Bila dah keras baru kuterapkan menggunakan Alphabet cutter tu. Mula2 ingat nak terap 'SH'...cari punya cari huruf H, tk jumpa-jumpa. So terhasil la huruf 'S' sahaja...'S' stand for sayang, puding sayang bertaut pun ok gak kan? Mintak maaf yer...tukar nama untuk edisi ini sahaja....

Resepi kat bawah, for my fren Zu...

source: Naz @ Cute Oven, Small Kitchen

Bahan-bahan A
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar-agar (dari sepaket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan (saya pakai susu cair)
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
2 sudu kecil perisa pandan + pewarna hijau
Warna ni boleh ikut selera kita

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!) Setelah mendidih, tutup api.

Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan. Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Bahan-bahan B
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari paket agar2 di atas tadi, dlm 2 sudu kecil juga)
500 ml air
1/4 cawan gula (saya guna 1/2 cwn brown sugar)
50 gm gula melaka 1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara Bahan B
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
Cara Menyediakan Puding
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais


Moist Chocolate cake ni requested by anak bujang untuk di bawa ke studio LOULpop di Kelana Jaya hari Sabtu lepas. Untuk jamu kawan-kawan makan selepas penat berlatih for BN Youth Music @ the Curve. Well done my son, Adam...

- Jom p lunch-

February 26, 2012

Mini PAVLOVA di petang damai


Assalamualaikum...

Alhamdulillah...hujan rahmat turun dengan lebatnya...syukur dengan rahmat Allah..dan syukur juga kerana hasrat hati nak buat Pavlova ni tercapai juga. Dah lama simpan resepi ni...lama sangat...nak buat dari sehari ke sehari, keadaan belum mengizinkan tapi bila terpandang Rose Weiss kat TV3 rancangan 'Selera 2012' pagi semalam, makin berkobar-kobar semangat nak buat dessert 'high class' ni...hehehe...

Resepi yang kusimpan selama ni kucampak ke tepi. Aku ikut jer apa yang Rose tu ajar...so ikut jer resepi Rose 100%...syukur menjadi gak kecuali krim putar tu tak mahu pekat sangat...cam cair sikit, pukul cam nak rak pun masih tak mahu gak...tapi bila masukkan dalam fridge,..ok la....so terhasil la rupa pavlova seperti di sini...



PAVLOVA with Strawberry...yummy...
-nak 1 slice, jemput ke rumah-

February 14, 2012

Puding Laici


Assalamualaikum...

Abaikan pudingku yang telah robek itu....ini kes anak bujang tak sabar nak makan sebelum sempat sipuding nk posing....lagipun rupanya tidak la secantik mana pun, tapi rasanya tetap tip top...cara penyediaannya pun very simple dan semua bahan2 main campak jer...tk de sukatan khusus...


Ahamdulillah rezeki se tin laici ni daripada majlis Maulidur rasul aritu...si anak bujang bawak balik sebagai buah tangan selepas majlis.

Resepi tiada cilok daripada mana2...semuanya 'agak2' sendiri sahaja...

Resepi

2sudu besar agar2 serbuk
500ml air
Laici - potong kecik2
Air laici - agak2 jer
susu cair secawan
gula - agak2 tahap kemanisan, ikut selera
Secubit garam

Cara

Agar2 dimasak dengan air. Masukkan gula, masak sampai gula hancur..
masukkan laici dan air laici. Last sekali masukkan susu cair..
masak sebentar dan boleh la disejukkan.

-tata-

December 10, 2011

CreaM PuFF

Assalamualaikum

Percubaan kali ke2 membuat creampuff ni, Alhamdulillah...tk malu nak cakap, ok la...rasa pun cam lebih kurang cream puff kedai roti kat Sogo itu...heheheh....happy sangat...




Resepi akan menyusul...

November 23, 2011

Bubur Chaca Ca..

Assalamualaikum...

Akhirnya chaca menjadi bubur. Alhamdulillah...projek last nite, buat cam terpaksa jerk....tu la hasilnya pun cam tk seberapa...pekat, likat semacam jer...dah la skali rebus chaca tu...so bila kembang, mau tk seperiuk jadi bubur...sape nak makan tu....??? eeee...membazir betul...nama pun bubur, manis...banyak mana la sangat yang leh diterima oleh anak tekak...kannnn??



Resepi bubur ni main campak2 sendiri jer...sesedap rasa dan sesuka hati...cicah ngan roti pun sedapp...makan sejuk lagi marvelless....

p/s Good luck abang for add maths today. U can do it!!

September 22, 2011

Kek Karamel


Assalamualaikum

First of all nk ucapkan tqvm to empunya blog @ http://fromintankitchen.blogspot.com untuk resepi kek and step by step untuk menghasilkan kek karamel yang enak dan sedappppp sangat ni. Seriously, ni la pertama kali aku makan kek karamel ni...kalo puding karamel tu biasa la kan...? Bila tgk kek ni kat blog Puan Azlita, rasa cam berkobar-kobar lak semangat nk membuatnya....siap study dulu cara nak buat dan bahan2dia...so bila dah study dan siap hafal lagi tu, so step2 nak buat tu tk yah tgk resepi lagi dah...huhuhu...camtu skali u....Alhamdulillah...walaupun hasilnya tk seindah tuan empunya blog, namun rasanya tetap meletup...


Kalau dalam resepi tu, ade dimasukkan cream of tartar, tapi kerana tak ade aku abaikan jer bahan tu...pasal tu kot meringue tu tak kental sangat...cam lembik2 sikit dan adunan aku dah jadi cam cair skit....tu yang masa membaking pun agak lama, kat sejam baru betul2 masak. Dan masa nk kuakan dari loyang tu, cam ade 1 part tepi loyang yang melekat...tu yang tak de gambo penuh kek...hehehe....malu nk tunjuk kecacatan kekku...but overall, smua ok...anak2 bujangku kata sedap...arini bawak kt office 3 slices....nk dengar ape komen kekawan lak...kawan2 yang macam aku gak, yang memang silent reader blog Masam Manis ni...Thanks again Puan Azlita.
dan juga sumbernya Puan Munirah.
Mintak izin nak copy paste resepi kat sini....

KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.

July 2, 2011

puding roti karamel



assalamualaikum...

puding untuk juadah berbuka puasa...alhamdulillah minggu ni dpt berpuasa dengan jaya sekali...ni la kekdahnya kalo last minute baru nk ganti puasa....kan? moral of the story, ganti la puasamu SH, bila saje abis beraya sakan....hehehe



resepi sumber yang diolah sendiri daripada puding caramel yg slalu buat.

Bahan-bahan

* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air
* 5 keping roti sandwich
* 1 sb tepung jagung
* 4 biji telur
* setin susu sejat
* 1 st esen vanila

Cara-cara

1. masak gula pasir hingga keperangan,tuangkan air,teruskan kacau sebentar hingga gula larut.tutup api.tuangkan karamel ke dalam acuan.
2. satukan bahan2 yg lain dalam pengisar.kisar halus,kemudian tuang ke dlm acuan yg berisi karamel tadi.
3. kukus sehingga masak
4. enak dimakan sejuk2...

senang aje kan?

April 25, 2011

Mee goreng campak dan Sagu gula melaka



Assalamualaikum...

ha...inilah hidangan untuk dinner malam ni...gara2 terliur sangat tengok mee mamak dalam Jalan2 cari makan semalam....(sesuai ngan harga dia, rm16 sepinggan, tengok pun dah terliur)...tapi mee mamak yang nk dimasak oleh aku dah jadi mee goreng campak...apa taknya...main campak jer ape yg ade.....tengah2 masak, tengok kicapku pulak dah yellek...alamak...ujung2 bulan ni banyak beno benda yang pupus kt umah ni...so inilah jadinya...rupe mee goreng yg tk berkicap nih...hahhaha...si abang jamah la jugak sebelum pergi silat tadi tapi si adik langsung tk dijamahnya....adik bab2 makan ni cerewet sikit...ibunye..layan la jugak sesuap dua....ok la...daripada jadi mangsa cik tong....sedapppp...sapa kata tk sedap....yumyyy...



haaaa...siap aje masak mee goreng, marathon lagi siibu ni nk buat desert permintaan si anak....tk lain tak bukan kes JJCM semalam la kan...kt Melaka...kalau tak de hidangan sagu gula melaka tak sah...si adik pun pe lagi...bila dah tengok sagu gula melaka, melompat la dia suruh aku buat...memang favourite diaorang dari dulu...memang dah lama sangat tak buat....so kat opis tadi, merangka2 la dalam kepala nak buat sagu gula melaka ni....kesian kat anak2 bujang aku...sesekali nk gak ikut selera diorang....buatnya tidak lah payah beno, kata orang pejam mata pun boleh buat, hurmm.....

Dah siap masak, sagu tu aku terus letakkan dalam fridge. Sementara masak gula merah dan santan...bila dah siap semua, keluarkan dari fridge, bila tengok aje, melompat kegembiraan sibujang aku tuh....hahhaha...nk gelak pun ade...seronok kan main lagi dia....hmmm...lazat berkhasiat...alhamdulillah.....

February 20, 2011

versi pink kaler



السلام عليكم versi pink agar2 santan....agar2 premix nona ni mmng sedap..nk sedap lagi, aku tmbahkan santan kotak, kocok2kan ngan telo sebijik. pastu tuang dalam agar2 yg tgh mendidih...tuang dalam mould dan sejukkan...hmmm...sedap dimakan sejuk2....




Versi kek pink roses...Kek ni pada asalnya sicilian orange kek, saje buat utk dibawak ke rumah adik ipar di saujana utama sempena behday anaknya si ateen...pastu ntah camane leh timbul idea nk dekokan dia dgn fondant nih...teringat stok fondant yg masih elok berbalut dalam tupperware, rasa cam nk cuba2 test power....hehehe...so ni la hasilnya...ok la...tk leh komen banyak2...1st attempt for the beginners like me...

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...