Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

June 28, 2024

Soft chocolate chips cookies cicah susu ais viral

 Assalamualaikum

Selingan sekejap yer..kita cuba buat Soft choc chips cookies ni. Viral sangat sekarang eh...makcik pun terjebak la jugak untuk mencuba. Follow sebijik resepi Che Nom ni, Alhamdullillah elok menjadi. Kredit to Che Nom, mintak halalkan. Resepi letak sini untuk rujukan kemudian hari.





Bahan-bahan:

  • 1/2 cwn / 113g mentega unsalted
  • 1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis)
  • 1/4 cwn / 50g gula putih
  • 1/4 tsp garam
  • 1 telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 1/4 cwn / 160g tepung gandum
  • 3/4 tsp baking soda
  • 200g campuran coklat coins dan cip
  1. Panaskan butter dalam atas api perlahan sampai cair.
  2. Gaul tepung gandum dan baking soda.
  3. Cincang kasar dark chocolate coin.
  4. Gaul sebati gula perang, gula putih, garam dan mentega cair, telur dan esen vanilla.
  5. Ayak bahan kering dan masuk dalam adunan cair.
  6. Gaul sebati sampai dapat doh yang pekat bertali.
  7. Masukkan semua coklat coin dan coklat chip. Kemudian kacau sebati.
  8. Tutup dan rehat dalam freezer 20-30 minit atau 1 jam dalam chiller.
  9. Gris Loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  10. Bentukkan doh dengan cookies scoop (saiz 5cm) atau bahagi kepada 10-12 biji.
  11. Susun atas baking tray. Kalau suka cookies yang leper boleh tunggu doh hilang sejuk atas soft dan tekan sikit biar rendah.
  12. Susun coklat chip atas cookies dan tekan biar melekat.
  13. Bakar suhu 190C selama 13-15 minit.
Second time buat dah jadi hard cookies...haha


June 11, 2018

Cookies Raya 2018

 Assalamualaikum...

Setakat hari ni, ni jer yang mampu buat. Hahahaha...dah malas sangat walaupun masih banyak lagi bahan2

#Green Peas 
#Red Pearl cookies
#Golden Pineapple tart
#Almond London

Alhamdulillah...ada jugak ole2 untuk dibawa pulang ke kampung halaman rindu. InsyaAllah...

Tak ketinggalan kuih lapis Sarawak Padu dari Kainas.co. Special kek lapis ni dan begitu bermakna. Sedap dan fresh from the oven. Nak order, jengok la instagram kainas.co

#Strawberry Cheese
#Blueberry Cheese
#Mocha Cheese
#Chocolate Cheese

Takde dalam gambar Masam Manis dan 3 Rasa.

Meriah dan berwarna warni meja di Aidil Fitri tahun ini. InsyaAllah...














November 24, 2016

Green Peas Cookies

Assalamualaikum...

Tetiba buat cookies, ni dah kes nak makan 'sangat'. Bila orang bagi pastu rasa macam tak cukup, so solutionnya adalah dengan membuat sendiri. Senang dan mudah sangat nak buat ni, rajin ngan idok sahaja. 

Total kos: Ground green peas, 1 kg - RM11.50
Mazola Oil-RM11.30
Gula aising dan tepung dah ada kat rumah.
tapi adunan yang dibuat 2 adunan sahaja. Balancenya masih banyak lagi, Resepi kat bawah:-


Biskut Kacang Peas

Bahan-Bahan

·                     1 cwn Tepung Kcg Peas
·                     1 cwn Tepung Gandum
·                     1/2 cwn Gula Aising
·                     1/2 st Baking Powder
·                     1/2 st Garam
·                     1/2 cwn Minyak Mazola atau secukupnya..(tuang sikit2 ya masa menguli doh)
·                     1 biji Telur Kuning-tambah sedikit warna kuning
Cara-Cara

1.            Gaulkan kesemua bhn2 kering sehingga sebati.
2.            Tuangkan minyak Mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
3.            Bentukkan bulat2 seperti guli. Sapukan atasnya dgn telur kuning.
4.            Bakar dgn suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
5.            Sejukkan & Simpan dlm bekas kedap udara.





July 28, 2015

Biskut Kacang Mazola

Assalamualaikum..



Biskut Kacang Mazola

1 cwn kacang tanah (sangai dan bersihkan kulit - blend - sederhana)
1 cwn tepung gandum
sedikit tepung jagung (ni pepandai sendiri letak)
1/2 cwn gula kastor (atau gula halus)
Minyak mazola secukupnya (sehingga adunan boleh digentel)
Secubit garam
Kuning telur untuk sapuan
kacang tanah cincang utk hiasan

Cara2

Gaul sebati tepung, tepung jagung, kacang dan gula garam
sebatikan dengan minyak jagung mazola
Gentel2 kan ikut kemahuan hati sendiri
sapukan kuning telur
taburkan kacang tadi
bakar suhu 160 darjah selama 20 min

Mudah bukan? Biskut nostalgia yang hanya sedap bila dibuat sendiri..







July 13, 2015

Kukis Raya 2015 (as at today)

Assalamualaikum...

Projek bermula Sabtu lepas, so setakat hari ini, ini aje la yang termampu. Takde dalam gambar Popia Neslick dan popia simpul. Cukup la untuk buah tangan balik kg..insyaAllah..

 Tart Nenas Gulung
 Lidah kucing pelangi

 Biskut dahlia susu
Florentine cookies

May 7, 2014

Biskut lidah Pelangi

Assalamualaikum...
 
Camane la leh terjebak dalam membuat kukis ini, walhal kalau food yang banyak colouring ni kurang sedikit mengundang minat..tapi inilah penangan biskut lidah kucing pelangi...asal namanya lidah kucing tapi why kucing? Aku tengok lidah kucing kecik jer....cam lidah manusia ada la...jangan marah ehh, memandai lak....
 
Top betul kukis ni sekarang...for me bila dah buat sendiri ni baru lah boleh review apa yang patut. Overall tiada yang menarik pun, cuma tang kaler2 tu bagi budak2 memang boleh menarik tertarik la tapi bagi aku...kenapa lah nak menambahkan lagi mudarat kepada makanan yang akan masuk perut kita? Opss Sorry...kang tak pasal aku kena bambu lak kang...tak pun kena hentam cam Jamie Oliver. Kihkih...
Loyang khas untuk kukis ni boleh dibeli di mana-mana kedai Bakery. Haritu siap suruh sorang staf Bagus reservekan untuk aku...dia kata tak ada stok pasal bila masuk aje laku cam goreng pisang panas. Berebut2 orang beli...aku pulak tengah semangat berkobar-kobar nak mencuba nih...bukankah penantian itu suatu penyiksaan...so dengan gigih dan semangat membaranya kuterjahi jua Bake With Yen kat SS2 pada Sabtu lepas. Sebelum terjah tu harus lah call dulu kan..."amoi ada tak loyang lidah kucing?" "hah...ape? loyang ape tu?"...hampehh...kikiki...kerja kedai Bakery tapi tak tahu loyang lidah kucing tu ape.....pastu dengar dia bertanya kat staff2 kat situ..."loyang lidah kucing tu apa? Ada tak?" Dengar suara sorang budak ni menyahut, "ada banyak". "Ada..ada...u mari sini.."...ngeh2...akhirnya dapat lah ape yang dihajati, tapi yang buat aku tersenyum harganya murah yang amat...yang 32pcs hanya rm12.50. Sedangkan kedai yang lagi satu tu, rm23 untuk 24pcs punya...so nilaikan sendiri...di zaman yang serba serbi mahal ni, kenalah 'berkira' sedikit..kalau ada tempat yang lebih murah, why not...
So malam tu ape lagi...bahan2 semua dah ada...kita zassss saje la...letih oooo buat menda alah ni rerupanya....nampak dalam piping bag tu cam sikit kan....tapi entah berapa kali aku duk paipkan 6 adunan kaler tu ke dalam loyang...sampai sakit tengkuk aku ni...huhh...bila merungut sakit dan penat, anak bujang aku membebel marah kat aku...nape la ibu gi buat kukis entah pape ni...sape nak makan banyak2 nih...baik ibu buat cheese cake jer,...lagi sedap kita ngapp...huhhh...merengus lagi..tak baik kan??
Dan inilah hasil dan ropernya..mungkin tak secantik dan sekemas the expert but for 1st attempt ok la kot...Nora bagi 3 bintang...yeahyeah..rasa dia, lebih kurang rasa butter kukis tu jer, cam semperit pun ada...cuma dia colourful...my advice...kalau nak buat gak kukis ni tak payah la colourful bagai, takat 2 kaler pun dah cukup tapi terpulang jugak pada selera masing2 kan..? InsyaAllah raya ni kita buat lagi...perisa lain lak...no more rainbow2....
 
Resepi main gugel2 sahaja...pastu adjust sana sini apa yang patut, terutama bab kemanisan gula tu. Rasa kalau gugel resepi ni semuanya dari source yang sama...terima kasih berbanyak kepada empunya resepi.

August 15, 2012

Iftar 25 dan Almond London 2012

Assalamualaikum...

Semakin rancak persiapan lebaran nampaknya. Semua tak sabar-sabar nak balik kampung namun pada waktu yang sama, sedih kerana Ramadan akan meninggalkan kita. Semoga segala amal ibadat kita di bulan yang suci ini akan berterusan di bulan2 yang lain juga..semoga Allah menerima segala amalan kita yang disulami dengan hati yang penuh ikhlas. Insya Allah..

Semalam kitaorang Iftar di INTAN, Kiara atas tajaan boss yang baik hati. Semoga boss akan lebih dimurahkan rezeki dan tahun depan mane tahu boleh belanja lagi. Gabungan Melayu Muslim department kami lebih kurang 40 orang hadir semalam. Seronok sesekali berbuka puasa dengan kawan2 dengan berbagai jenis juadah yang enak2 belaka...
Ni aje yang boleh disnap. Nak ambik gambar makanan satu persatu, seganlah pulak. Lagipun sibuk nak mengisi perut jer..
Second cookies yang berjaya dibuat selepas tart nenas. Nak cipta kelainan sikit almond london ni, Sh bagi sentuhan tukar kepada kaler kuning. Biasa warna hitam dah sinonim sangat dengan almond london so tahun ni biar ceria sikit, kaler pink dan kuning. Pink tiada dalam gambar. Tak de masa nak deko-deko bagai, biar je dia berposing dari dalam bekas tu...

 Siapa tak tergoda dengan cookies wajib setiap tahun ni kan...?
Nak rasa, jemputlah beraya ke rumah. 

August 14, 2012

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadan ke 25. Syukur dengan segala rahmat dan rezeki daripada Allah. Lagi 5 hari, InsyaAllah..kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Tentu persiapan raya masing2 dah kawtim kan, nak tunggu pengumuman raya aje kan. Tak kurang ada jugak yang masih bertungkus lumus untuk menyiapkan cookies raya....macam SH, kerana "kesian" terima gak lagi order tart nenas ni, last2 minit...nak buat camane, kalau nak ikut penat, hanya orang yang buat 'kuey raya' saja yang tahu camane penatnya buat cookies cenonet2 ni...orang yang tak biasa buat, ermmm...susah sikit nak cakap....atas permintaan tetamu setia blog aku ni, ni tutorial camane nak buat tat nenas gulung yer...moga pas ni leh la i merasa tart nenas u pulak...pada sape yang berminat nak buat tu, silakanlah, masih banyak masa lagi. Untuk makluman, cara di bawah adalah cara SH buat, orang lain mungkin ada cara atau kaedah tersendiri, terpulang kepada masing2 punya citarasa dan keselesaan la yer...after all, camane cara sekali pun cukup untuk membuatkan pinggang rasa macam nak tercabut dan exercise tengkuk yang agak kerap perlu dilakukan yer.... 

Pertama sekali, pamkan adunan dengan arah bercorak tu mengadap ke bawah. Yang rata tu mengadap ke atas. Pas tu letakkan jem yang telah digentel bujur, bulat atau camane rupa sekalipun kat hujung adunan tu...
Dengan menggunakan hujung2 jari anda, gulungkan adunan tersebut dengan teliti dan penuh dedikasi serta bersemangat waja. Kalau nak rupanya kemas dan cantik, gulung tu kena la perlahan-lahan. Takyah nak terkocoh2 sangat...(buat perlahan-lahan ni untuk mereka yang buat untuk makan sahaja la yer, kalau untuk bisnes, tiada istilah perlahan...hehehe ;)p
Dah gulung tu pastu potongkan dia untuk membentuk sebiji tart nenas gulung. Cam gambarajah di atas. Buat la sampai habis adunan anda.
Ni la rupanya tart nenas yang belum masuk oven lagi, yang siap digulung dengan jayanya. Makanya jadilah tart nenas gulung yang rupanya tidak la cantik, kemas atau outstanding sangat...ada yang kecik, ada yang besar tu standard la...dah nama pun handmade, bukan machine made or factory made...tak gitu..?
 Ok...ni rupa dia lepas dibakar. Bakar selama 20 minit, suhu 170. 
Alhamdulillah, SH ni bukanlah bisnes cookies besar-besaran. Banyak gak order tapi terpaksa ditolak, takut tak mampu nak buat sensorang. Tahun ni pun dalam 1000pcs jer SH terima order. Sebahagian dah dicollect oleh customer. Misi tart nenas dah berjaya....syukur...

*Selamat mencuba*

June 9, 2012

Chocolate Chips Famous Cookies

Assalamualaikum w.b.t Syukur Alhamdulillah. Dapat meng'update' blog adalah sesuatu yang mengembirakan hati. Kadang2 bila dapur tidak berasap, atau bila tiada aktiviti yang 'sihat' blogku ini akan bersawang tanpa kunjungan. Tiada modal nak berkata-kata, walaupun kadang kala hendak sekali menjadikan blog ini medan luahan rasa, hati dan perasaan tapi takut blogku jadi muram dan suram kerana semestinya luahan hatiku sesuatu yang tidak mengembirakan.. Minggu ini penuh dengan drama kekalutan dan keresahan hati. Bercuti pada hari khamis kerana membawa sibujang untuk medical check up, ke JPN untuk mencari pegawai kerajaan kelas A, untuk mengesahkan sijil2 dan mengambil surat beranak, ke kedai gambar untuk mengambil gambar dan juga ke pejabat pos. Semuanya berjalan lancar dan syukur Allah mempermudahkan segala urusan. Siap sibujang belanja siibu makan nasi briyani lagi. Namun kusangka panas hingga ke petang, bermula semalam hariku suram dan umpama orang buta kehilangan tongkat apabila keretaku terpaksa tersadai di bengkel atas kerosakan yang aku sendiri tidak tahu ape punca dan sebabnya. Kalau ikutkan umur keretaku, tidak 'logik' dia mengalami kerosakan yang begitu, namun itulah takdir dan dugaan Allah buat diriku.Kuterima dengan penuh sabar dan redha di hati, walaupun jauh di sudut hati ini, hanya Allah yang tahu...kos untuk membaiki sahaja lebih daripada 1000k...hati mana tak rawan, hati mana tak sasau, dengan sibujang yang nak masuk belajar pada 8 july nanti...semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit... Inilah lumrah kehidupan, dugaan yang sedikit sebanyak menginsafkan aku, kadang kita di atas, kadang kita dibawah, senang lawannya susah, dan kalau selama ini aku begitu selesa ke sana kemari, dalam beberapa hari ini, perlu la aku mencari jalan bagaimana untuk ke tempat kerja. Bermacam-macam perasaan sedang berkecamuk dan berlegar-legar di hati dan minda ini...perasaan yang tak mampu untuk kuluahkan dan adukan pada sesiapa, hanya Allah tempat untuk mengadu. Namun akan kucuba untuk terus berlapang dada menerima dugaan dari Allah ini..semoga dugaan-dugaan ini dapat mengkifarahkan dosa2ku sebagai hambaNya yang kadang2 lalai dan lupa. Semoga ada hikmah disebalik setiap ujianNya. ********Ok...panjang pulak sessi luahan hati kali ini. Okey...kita berbalik kepada choc chips famous cookies ni, pepandai lak tukar nama...hehehe... Minggu ni tak dapat keluar membeli barang dapur seperti yang biasa dibuat setiap hari Sabtu. Tadi suruh sibujang ke Speedmart membeli gula dan minyak masak, Oat Krunch tak nak ke bu...tanya sianak...siibu pulak menjawab, tak payah nanti ibu buat. So kena lah tunaikan janji dengan sianak, maka petang tadi, kugodekkan jugak cookies yang senang dan enak ni..yang pasti cookies ni tak manis sangat dan aku hanya gunakan brown sugar untuk resepi ni..kebetulan pulak bahan2nya semua ada dalam simpanan. Resepi seperti berikut yer...200gm butter, 100 gm gula perang, 1 biji telur, kocok dan campurkan 1 camt esen vanila, secubit garam, 200gm tepung gandum, 200gm nestum, choc chips, badam dan walnut. Pukul gula dan mentega sehingga gebu. Masukkan telur yang dah dikocok tadi, gaul sebati. Masukkan tepung dan nestum tadi, kacau menggunakan senduk/spatula. Masukkan choc chips dan badam tadi, saya tambahkan walnut jugak...sudukan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking sheet. Bakar sehingga keperangan dalam 20 minit camtu.. ******selamat mencuba*****

March 20, 2012

Choc chips cookies with almond



Resepi choc chips cookies ini dapat dari sini....

Walnut choc chips wit almond - HANA

Ingredients
• 1/2 cup butter or margarine, softened
• 1/2 cup packed dark brown sugar
• 1/3 cup sugar
• 1 egg
• 1 teaspoon vanilla extract
• 1 1/8 cups all-purpose flour
• 1/2 teaspoon salt
• 1/4 teaspoon baking soda
• 1 cup milk chocolate chips
• 1 cup sliced almonds
• 1/2 c finely chopped walnut
Directions
• In a mixing bowl, cream butter and sugars. Beat in egg and vanilla. Combine flour, salt and baking soda; gradually add to the creamed mixture. Stir in chocolate chips,almonds and walnuts. Drop 1 rounded teaspoon dough , 2 in. apart on greased baking sheets. Bake at 375 degrees F for 9-11 minutes until edges are firm. Leave cookies to cool 1 minute on the sheets.Remove to wire racks to cool completely.

November 8, 2011

Aidil Adha 2011

Assalamualaikum w.b.t

Salam Aidil Adha untuk semua. Syukur Alhamdulillah dengan segala rahmat dan kurniaan Allah. Aidil Adha kali ni cam tahun2 yang lepas disambut di tanah kediaman sendiri, tak balik kampung mengenangkan cuti yang singkat....penat nak drive, siabang menghitung hari nak exam...SPM...Sijil Paling Mahal bak kata orang....ermmmm...ya Allah...stressnya...aku yang gelabah tahap maksima ni....dupdapdupdap...cam aku lak nk exam...ya Allah...semoga anakku, Kamar Rezuan dapat melakukan yang terbaik dengan izin dan berkatMu, ya Allah...

Ok..cukup pasal exam...tak nak stress pagi2 ni...ceria up ur day...ni projek sepanjang 3 ari cuti...biskut Oreo Black Beauty ni dah lama nak buat...dari hariraya Puasa aritu lagi...tp cam biasa lah...delay...delay...pastu tk buat...dapat resepi ni cam biasa kt blog Puan Azlita, masam manis...sedap..w/pun rasa cam terlebih manis.....

OREO BLACK BEAUTY...sihitam manis dan sedap...

BISKUT OREO BLACK BEAUTY
by: Citarasawan
Sumber: Azlita, Masam manis
Bahan A
280 gm mentega
200 gm gula castor

Bahan B
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Hiasan
Putih telur - ita tak letak
Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan
Croquant - ita tak letak
Pukul bahan A hingga kembang
Semua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.
Tekan atas tray hingga habis.
Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.
Cara ita (Saya ikut jer cara Ita ni)
Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.
Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.
Susun dalam paper cup dan bakar.
Selepas tu boleh lah melorek atasnya.
Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..

Puding Kasih Bertaut...ermmm...sedapnya puding ni...dapat pujian daripada anak2 buahku, syukur...Alhamdulillah...penyediaannya pun tk la serumit mana...rasanya...sedap sangat....

Kasi posing maut skit

Close-up....

Ni yang dibawak kerumah adik ipar kt Saujana Utama...

Nasi briyani ni lak hidangan utama semalam. Pakai rempah briyani iman tu jer...konco2 nasi briyani kali ni, udang sambal ngan dalca sayur dan daging...tak lupa papadom...

Ni lak tat nenas. Kali ni saje letak kaler hijau, boring syik kaler sama jer...boleh??? hahahha...

Tat Nenas gulung....kulihat hijauuuuu.....

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...