Assalamualaikum
Jelajah utara habiskan Annual Leave, Ke Penang and Perlis kali ini, tak malu nak cakap, pertama kali jejakkan kaki ke negeri Indera Kayangan. Stay pulak kat Kuala Perlis dengan hiruk pikuk orang nak ke Langkawi. Meriah dan ramainya ummah. Seronok semua nak berholiday .
Aktiviti petang di sini, momen menyaksikan sunset yang super indah. Subhanallah, indah dan mempesona kejadian alam ciptaan yang maha Agung.
Makan malam di Kuala Perlis. Warung2 area sini aje, jalan2 santai sambil menyedut udara laut...haha....dinner yang tamak sangat, makan berdua aje, sudahnya tak dapat nak dihabiskan
Flea Market di depan Hotel Brasmana. Meriah dengan bermacam jualan. Singgah tengok2 apa yang berkenan di hati. Takde yang berkenan jom la balik ke Hotel tidur. haha...itu je la aktiviti kat sini