August 23, 2019

Drone @ sawah padi Sekinchan

Assalamualaikum

Salam Jumaat Saiyiddul Ayyam. Alhamdulillah hari ni masih di sini. Syukur dan segala puji bagi Allah, penguasa seluruh alam. 

Tengok lah tu berdua dengan anak bujang nak mencuba drone di sawah padi, Sekinchan ni. Masa mula2 main drone ni ok la lagi, tak sampai setengah jam ada sebuah Helikopter berlegar-legar di atas kepala. Apakah sawah padi Sekinchan ini kawasan larangan drone? Sampai hari ni tak tahu dan tak ambik tahu pun. So shoot pun tak banyak la cos bila dah Heli atas kepala duk berlegar2 tu paham2 sendiri la yer...Nasib baik tak ditembaknya drone tu. hehehe

Semua tu kenangan, gambar ni bukan baru, kalau tak silap tahun lepas kot, bulan October. First time nak try fly drone so ibu ajak mai sini. Sekarang semua tinggal kenangan, drone pun dah dijual...hahaha...biasa lah orang hangat2 tahi ayam. Ibu redho je la...




Abaikan jer yer model tu, tengok view sawah jer....cam karpet menghijau terbentang luas. Indah sungguh kan
 View sawah padi yang ohsem. Ni view menyenget
 View menegak
 View melintang 
 Video pun ada ntah mana hilangnya. 



Tumpang posing skit😁😁😁

August 20, 2019

Ku dah jadi nenek...20 June 2019

Assalamualaikum

Alhamdulillah kudah bergelar nenek. Nekbu. Hari ni dah 2 bulan dah cinta hati nenek ni melihat dunia. Terima kasih Allah untuk anugerah yang terindah ini. 


Mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah dan si kecil ini membesar sihat, cerdik dan cergas. Menjadi anak yang berguna pada orang tua, agama,  bangsa dan negara. InsyaAllah semoga Noah Adnin cucu nekbu membesar menjadi anak yang soleh dan disayangi semua. Ammin Yarrabal alamin

Hi Uncle Auntie - saya dah 2 bulan

August 19, 2019

1 year ago - hehehe


Lambat pos sehari.  Cerita setahun lepas, reward untuk diri sendiri.
Tahun ni belum tanya sama hati nak apa…hehe

Date cantik tu - 180818









August 16, 2019

Jom pakat maghi Ganu kiter


 Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah dengan setiap inci nikmat dan kurniaan Allah, terutama sekali nikmat kesihatan yang baik, hari ni dapat update blog ni, boleh disimpan untuk kenangan anak cucu...hehe..
Ganu ku, my hometown, my village..haha...tempat ku dilahirkan dan dibesarkan. Daerah Dungun tanah tumpah darahku...gitew.

Tahun ni kerap jugak la balik Ganuku. Ini random photos time kat sana. Jalan2 bawak mok, janji mok happy itu sudah cukup membahagiakan. 

Rumah adik masih dalam pembinaan. Mudah-mudahan ada rezeki dia transfer ke sana dan tinggal sebelah rumah mok. InsyaAllah niat yang baik akan Allah permudahkan. Aamiin…
Pantai Jambu Bongkok. Ini balik pada Ramadhan yang lepas. Time ni panas lit lit walaupun semua berpuasa gigih betul ke sini untuk posing2...hahaha..dah macam jakun la pulak mung ni



 Gigih tak? Awal pagi bulan puasa kita jenjalan la, nak buat apa lagi, nak buka lambat lagi...haha




 Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun. Tepi jalan je, stop jap sedut Udara segar.
Mok tercinta, siap berpayung tu




 Dari tepi jalan dah boleh nampak batuan2 yang menarik tu


Sata
Ketupat palas mok best in the world. Takkan ada yang dapat menandinginya. Ni baru lepas bungkus jer, belum direbus lagi

Wajib makan - Nasi dagang
Wajib makan - Mi Champa Mak Wan yang famous itu

Nasi dagang terbaik kakak ku, memang tahu kegemaran adik2 dan tiap kali balik mesti dimasaknya...Alhamdulillah

August 7, 2019

Korean Food lagi - KFry, 1 Utama

Assalamualaikum

Kalau nak makan KFry seperti menu di bawah silalah bawak rakyat ramai sikit dan dalam waktu yang santai2 tidak rushing. Jangan jadi macam kami. Hehe...

Kisah konon nak sangat makan kat sini tapi berdua aje dengan anak bujang. Order pulak Chicken Bumbuk Cheesy Spicy ni, tak expect banyak ketul kot, sapa nak abiskan? Siap pulak mango bingso yang humak aii beso dan banyak camtu sapa nak ngabiskan? Jawapannya semua tapau bawak balik.


Lempeng (huh!) tu anak bujang order, not sure nama apa...haha
Spicy Cheesy bumbuk, sedap tapi tak mampu nak abiskan.






Mango Bingso….terpaksa tapau bawak balik. Lepas tu takde sapa usik dalam fridge, anak bujang dah selamat fly ke India masa ni. Makan dalam keadaan yang rushing sebab nak naik bas ke KLIA2. Next time ada rezeki ke sini kena plan betul2 dan kosongkan perut dari pagi...haha...baru lah berbaloi dengan wang yang dibayar.
Sedap sangat tapi ni 10 orang makan pun boleh. πŸ˜‚πŸ˜‚
InsyaAllah nanti ke sini lagi bawak konco2 kampung Pinang sebatang...πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...