Showing posts with label Ramadan 2013. Show all posts
Showing posts with label Ramadan 2013. Show all posts

July 26, 2013

17 Ramadhan

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat penghulu segala hari, Ramadhan penghulu segala bulan.
Semoga sihat dan ceria sentiasa...

Entry masak2 tiada hari ini...

Semoga bermanfaaat...



Amin yarrabal alamin
Source- google search

July 24, 2013

15 Ramadhan (hiba hatiku)

Assalamualaikum...
 
15 Ramadhan...alhamdulillah dengan segala kurniaan dan rahmat Allah s.w.t.
Tak terhitung dengan jari segala kurniaanMu ya Allah...walau terkadang hati meratap hiba atas sesuatu perkara, namun jauh di sudut hati ini, Engkaulah tempat pergantunganku dan hanya padaMu tempatku berserah dan bertawakkal atas segala sesuatu.
 
Airmata yang tumpah kadang bukan kerana menyesali nasib diri, tapi sekadar meluahkan gejolak yang bersarang dalam dada ini. Ampunilah hambamu ini atas kekhilafan diriku.
 
Syukur dengan rezeki dariMu dibulan suci ini.
Dah dekat sangat nak masuk waktu berbuka baru masuk dapur untuk memasak semalam.
Alhamdulillah...terhasil lah butter prawn ni.
 
Resepi main google aje, tang telur tu tak berapa nak jadi pasal main tuang jer camtu. Buat keje nak cepat camtu la...tapi rasanya tetap meletup-letup di dalam mulut....;p

 
Mintak izin cnp sini..

BUTTER PRAWNresipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.


July 23, 2013

2 minggu dah Ramadhan..

Assalamualaikum...
 
Segannya nak jengok blog sendiri, cam nak masuk umah orang lain la plak....
Busy amat di bulan mulia ni, kurang masa dan kesempatan untuk menhapdate blog...office hour pun dah bertukar dari 8am to 4.30pm. Balik umah dah rushing itu ini, singgah kedai la, nak masak la, nak buat itu la, ini la...kadang2 rasa diri cam lipas kudung lak...kalau dapat rebahkan badan sebentar, rasa nikmat yang amat.
 
Banyak hikmah di bulan mulia ni, kadang malu nak jawab soalan anak. Nape ibu leh masak 2,3 lauk masa bulan puasa erk...? bulan lain ibu cam 'susah' sangat nak masak...kalau masak pun simple2 jer, haaa...soalan cepumas yang aku sendiri malas nak jawab. Tengok nak jawab pun malas, masak lagi la malas. hahaha...tapi sebab musabab tu aku rasa anak aku sendiri tahu jawapan dia. Yang pasti kat umah aku ni, hanya 2 mulut untuk disuap. Kadang-kadang dan jarang-jarang la angin rajin nak masak.
 
Syukur bulan Ramadhan ni, angin rajin bertiup kencang. Seharian berlapar dan dahaga, puas hati tengok anak makan masakan kita dengan berselera. Siadik pulak jenis yang tak suka diajak berbuka di luar. Dah 2 minggu, hanya sehari aku berbuka di luar.
 
2 minggu Ramadhan, aktiviti menge'tart' telah bermula. Penat bertambah nak menyiapkan order yang tak seberapa tu. Perlu penuhi amanah mereka yang nak makan tart gulungku. InsyaAllah, semoga dapat siapkan order before balik kampung.
 
Hari Rabu lepas buka puasa di Tropicana Golf Country Resort, PJ. Otw balik umah jer, pasal tu tak lepaskan peluang join.
 
Layan gambar...
 
Ni dadih buat sendiri ni, tak de dalam list kat Tropicana tu. Haha...dadih jagung ni kegemaran seisi keluargaku.





 Desserts..colourfull...
 Ais kacang..

 Cantik dalam surau dia.
Aiskrim potong pun ada.
 
Itu jer gambar yang sempat disnap. Segan la nak over2 sangat. Gambar2 dari hp jer...

July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434 Hijrah


Salam Ramadhan buat semua.

Semoga Allah memberi kita peluang dan ruang untuk menghayati Ramadhan kali ini dengan lebih baik dan perbanyakkan lagi amal ibadat dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Selamat Menunaikan ibadah puasa buat semua.
Maaf zahir dan batin.


Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...