Showing posts with label Tart. Show all posts
Showing posts with label Tart. Show all posts

March 13, 2025

Blueberry cheese tart and egg tart

Salam

Kerajinan yang kurang untuk buat shell tart sendiri so kita beli aje yang readymade, nak buat apa susah2 kan diri kan. Setakat nak makan seketul dua.

Tart shell BWY ni okay je, sedap dan ranggup.













 

February 15, 2017

HBCT ke tu...

Assalamualaikum

HBCT - Hokkaido Baked Cheese Tart, ermmm enak sungguh tak terkata. Harga boleh tahan mahal, sebijik makan belum tentu puas hati...so jom buat sendiri...hehehe...tapi cam tak jadi jerrk..

Rasa dah ada, tang dia punya cheese leleh tu kurang meleleh lah...selepas di post mortem baru tahu kenapa terjadinya indah nama daripada rasa/rupa sebenar. Semasa adunan cheese dipanaskan atas api dan dikacau tu, adunan itu terlalu lama dimasak sehingga kepekatannya melampaui batasan. 

So next time, ingat, jangan masak lama sangat, masak ala2 jer..

Untuk resepi inti cheese ni, ambik daripada blog http://citarasawan.blogspot.my. Sila google

Untuk kulit tart saya guna resepi kulit tart turun temurun saya. 











Yummy...rasa tetap meletop2 dalam mulut

Yang ni letak filling coklat dan deko atas dengan coklat meleleh


#sesekalibereksperimenmakananviral

July 5, 2013

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum...

Tart nenas gulung kini kembali. 
Order masih lagi dibuka untuk raya, insyaAllah.
Tahun ni SH concentrate buat tart nenas jer...
Belum puasa pun dah berbalang-balang kawan order untuk makan.
Alhamdulillah rezeki Allah, walaupun kadang penat sangattt...cam nak giveup...
tapi untuk order raya ni akan ada sorang assistant untuk membantu...yeah...



October 22, 2012

Tart macam2..


Assalamualaikum w.r.t

Ini lah rupa tart-tart yang telah dibuat sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan sepupu semalam. Syukur alhamdulillah, I've learned a lesson yesterday. Tak perlulah diceritakan di sini...tapi cukup aku katakan "thumbs up" buat diriku...


Mini blueberry cheese tart. 

 Mini Fruit tartlets

 Close-up....
Ini untuk sahabat yang memberi sesuatu kepadaku tempohari. Sebagai balasan, biarpun tidak seberapa tetapi 'ingatan' dia padaku begitu aku hargai.  Thanks a lot!







October 19, 2012

Tart Shell (Crust)

Assalamualaikum w.r.t

Salam pagi Jumaat yang penuh berkat dan rahmat. Syukur dengan segala kurniaan Allah..

Projek malam tadi, tart shell untuk projek esok. Bila dah siap crust ni rasa lega sangat, InsyaAllah esok boleh continue projek untuk piping filling kat dalamnya....kerja jadi mudah dan cepat...


Banyak gak dapat, berbagai saiz dan bentuk. Corak pun lain tapi rasa tetap sama....untuk crust ni, SH stick to 1 resepi dari dulu...kalau sesapa nak buat, resepi kat bawah....TQ kepada empunya resepi.


TART SHELL (Sumber Resipi : Mamafami ( Spice n Splendour )
Ingredients :

(A)
  • 100g icing sugar
  • 200g butter
  • 1/4 teaspoon vanilla essence
(B)
  • 1 egg
(C)
  • 420g flour
  • 1 tablespoon milk powder
Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool. -
kita bakar dgn suhu 140 C

Note : Tart shells must be kept in an airtight container







October 4, 2012

Fruits Tart


Assalamualaikum w.b.t

Wahhhh....'kalerpul' gitu...pilih...pilih...2 singgit...2 singgit...;p...ni la menu tuan rumah untuk potluck kat office hari ni. Selama 3 hari ni kami ber'potluck' dan hari ini tiba giliran tuan rumah untuk buat dessert. Mula-mula plan nak buat dessert dan bawak buah, sekali terpikir why not dessert dan buah tu digabungkan sekali...2 in 1...so terhasil la fruits tart ni....bijak tak...bijak tak...? ngeee....


Yang besar dapat sebijik sorang jer yer...nak menyiapkan crust dengan filling tu ambik masa ok...? Penat menggentel crust tu sambil mata melayan masterchef, camane nak siap dengan cepat..

 Comei tak saya...?
Ni mini tartlets...mereka sangat kiut dan berwarna-warni kan...? (perasaan kejap)...Jual 2 singgit mesti berebut orang beli nih...hahaha...
Dah siap dipacking. Yang besar letak kat dalam casing dia tu...nanti berebut pulak kang...kena siap bahagi-bahagikan....

Sesiapa yan berminat nak buat sendiri, resepi di bawah yer...
Dipetik daripada blog mama fami...TQ kepada empunya resepi

FRUIT TARTLET
Souce : Chef Alex Goh

THE SHELL
Ingredients :

(A)
200g butter
100g icing sugar
1/4 teaspoon vanilla essence

(B)
1 egg

(C)
420g flour
1 tablespoon milk powder

Method :

1. Beat (A) till soft. Add in B and continue beating till well mixed.
2. Add in (C) to form a soft and smooth dough.
3. Take a bit of dough and press it onto the tart casing.
4. Poke the base with a fork. Bake for 12 minutes or till golden brown. Remove from oven and let it cool.

Note : Tart shells must be kept in an airtight container.

CUSTARD FILLING
Source : Rinn

Ingredients :

2 tablespoons flour
2 tablespoons custard powder or cornflour (I used cornflour)
8 tablespoons sugar
2 cups (500ml) fresh milk
2 eggs
2 tablespoons butter

Method :

1. Mix flour and custard powder/cornflour in a pot and add 2 tablespoons fresh milk. Stir to mix.
2. Add in egg and mix.
3. Add in balance of the milk.
4. Cook on low fire and stir continuously till the mixture is smooth and not lumpy.
5. Once the mixture thickens and shiny, it's ready. Remove from fire and allow to cool. Ready to use

April 2, 2012

Sweet tooth

Assalamualaikum... Siaran berblogging tergendala selama seminggu. kupostkan jugak la untuk kenangan yer...
Small gathering with family members. Nasi minyak hujan panas, ayam masak merah and dalca sayur not in the picture. Kat sini semua dessert jer yang sempat berposing...
Dadih and fruit tartlets...
Muffin pandan ni buat Jumaat lepas untuk 'take away' ke Melaka....family trip cum family gathering lagi...

February 15, 2012

Tart Peanut Butter Chocolate


Assalamualaikum...
Jom makan tart...tart peanut butter choc...peanut butter choc tu jangan ditanya buat camane....tu ready made jer beli kt 99 speedmart...hahaha...(promosi baik punyer)...
Masukkan dalam piping bag dan paipkan dalam crust tu....yummeehh...

crunchy munchy lemak manis gitu...

Cukuplah untuk kami 3 beranak...hehe

-nite-

February 5, 2012

Fruits Tartlets








Assalamualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul....
Selamat bercuti...cuti panjang lagi kita yer...nanti bulan 3, 4 dah tkde public holiday...
Mini tartlets ni 1st time buat, ini pun last minute request daripada ofismate untuk hantaran. Just take the challenge, alhamdulillah it's turn out well and ok...syukur...

:)

September 21, 2011

RV Cupcake and SCT




Last night project, order by colleague. Hope they will like it for today's farewell party...

September 19, 2011

Strawberry Chees Tart (SCT)


Edisi ari Sabtu lepas....ari Jemaat petang, pas balik dari open house umah jiran, terus pecut kete gi Bagus bakery. Masa tu tawakkal aje la, kot2 Bagus ni tutup, maklum la public holiday kan? Sampai aje tgk Bagus ni bukak....bagus...bagus....sempat la kurembat Strawberry filing dan gak colour hijau tu...hehehe...kes bersemangat nk buat SCT ni.

Malamnya baru projek buat crust tart bermula...kali ni kes ikut resepi lain, crust tu jadi kecut lepas dibakar dan masa gentel2 kat loyang tu, dia boleh melurut jatuh dari loyang....eeee....nk marah betul....tp nak buat camane, dah gatal sangat ikut resepi lain, ni la padahnya...pastu, dah siap bakar, cuba la makan, alamak cam keras skit la...tapi takkan nk buang semua tu kan....still boleh makan cuma kureng skit la....pagi2 Sabtu tu, terus kugodekkan cheese ni, dan ni la rupa crustnya pas dimasukkan strawberry filing tu (refer first pic)


Ni pas dimasukkan cheese. Lorekan kat atas tu kurang skit la seninya. Maklumla...kerastangan u....

Ni close up skit...rupa kurang, rasa pun kurang kot....bukan pada cheese tapi pada crustnya....frust!


Nak hidang pada tetamu pun segan...tapi dah banyak sangat tu, hidang la gak...takkan nk buang pulak kan...tak baik membazir, itu amalan syaitonn....bila dah terhidang, sape tak nak makan kan..? alhamdulillah...ade la balance dalam 10 ketui kot kt fridge...yang letak dalam balang kuih, abis licin...syukur....

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...