Assalamualaikum
Kita mulakan tahun baru 2020 dengan sesuatu yang bermanfaat, gituee...akhirnya terhasil la mangga asam boi untuk charity sale kat office. Para Committee seramai 7 orang bergotong royong di Pantry office pada petang sehari sebelum event. Resepi asam boi ku,...hahaha...
Dapat 54 botol dan laku keras, sekejap aje habis...happy sangat2 berbaloi dengan segala penat lelah di petang itu.
Mangga yang muda2 ranggup giler tu ku kirimkan pada kakak jual buah yang pagi2 pergi ke Chow Kit. Serius terbaik mangga Falan ni fresh from kebun...hehe
Selain daripada mangga asam boi, perkenalkan juga menu2 kami yang lain. Oh yer, customers adalah dikalangan staffs office sahaja dan booth dalam 10 booth. Semua makanan terlajak licin dan laku keras
Roti jala ni yang win, event belum start lagi dah tinggal 10 je, itupun pasal hold dulu untuk hiasan dalam bakul...hahaha
Kuih ros/kuih goyangMixed nuts
Banana cup cake
Semua duit hasil jualan disalurkan kepada Pusat Jagaan Kanak2 Istimewa Cerdik. Semoga usaha sekecil ini dirahmati Allah.
**simpan sini untuk kenangan anak cucu cicit* haha












No comments:
Post a Comment