July 30, 2025

Travelog Jakarta-Bandung - part 1

Trip Jakarta-Bandung - 29 May to 1 June 2025

Beli flight ticket a month before flight, last minute plan, 
exchange rates waktu ni - rp100k=RM27

- Flight ticket (3 pax) - MYR1550, incl. baggage pergi 20kg and balik 30kg, 
mahal ke murah entah ler, dah cuba cari yang termurah dah ni.

- Ashley Sabang Hotel (3 hari 3 malam), 1 double bed&1 single bed - MYR 1,393.61 
- Supir in Bandung (12 hours) - rp600k.

- Whoosh - Halim to Padalarang, Bandung - rp975k, Padalarang to Halim-Rp1,050 juta - total 3 pax. Tiket return lebih mahal daripada pergi, tak tahu sebab apa, dah masuk dalam train baru perasan harga beda sedikit. 

- expenses untuk makan2 la yang terpaling banyak belanjanya
- entrance fees semasa di Bandung, Lodge Maribaya dan Dusun Bambu, FOC cos guna ticket Whoosh. 

Day One & 2
Kecik je luggage, 4D3N jer

Tempat wajib berphoto

Flight AA pukul 12.30pm. Time ni je harga flight yang 'murah' sedikit. Nak ambil awal pagi, macam mahal sangat, tapi akhirnya kena sidai. Sehari masa terbuang kat Airport. Flight delay sehingga pukul 4.30pm, kat kol 5 lebih jugak baru terbang. 

Bukan nak p Paris, Jakarta jer

Time q nak masuk boarding hall, dapat la sorang satu Nasi lemak Pak Nasser dengan sebotol air mineral kecik tu. Alhamdulillah dapat la alas perut yang belum lunch waktu tu. 

Santan latte ni beli kat dalam flight. Sedapp..not bad la rasa dia



Alhamdulillah around 5.44pm (6.44pm) waktu Malaysia, selamat mendarat di Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta (CGK)


Biasa la ikut template orang Malaysia kalau ke Jakarta. Hahaha...terus ke Pagi Sore, tak sabar nak dinner nasi padang. Dari airport ke PIK ni dekat aje, ambik grab dari Airport ke sini. Jalan boleh tahan jugak macet ye nak ke sini. Supir grab tu kata, kebetulan bermula Khamis 29 May sehingga Ahad adalah hari Libur Indonesia. Dah lupa Public Holiday apa.

Penuh ummah manusia boleh tahan, tapi alang2 dah sampai kan? Beritahu nama dan berapa pax pada staff dia dan tunggu nama dipanggil untuk dapatkan seat. Tak lama sangat pun menunggu, dapat seat boleh la order food dan makan dengan tenang, jangan gelojoh. Overall Ok, food and service.

Dari Pagi Sore terus ke Ashley Hotel Sabang. Hujan turun membasahi bumi Jakarta. Basah juga la turun dari grab. First impression takde lah impress sangat, pasal dah tengok youtube dan info pasal Hotel ni sebelum datang. Reception (lelaki) dia tak friendly and like not welcoming guest sangat, perlu improvement di situ. Murahkan sikit dengan senyuman ye Mas. 

Ashley Sabang di Jalan H. Agus Salim,  jalan yang sama dengan Ashley Tang Menteng , Ashley Tanah Abang pun berdekatan area ni jugak. Cuma harga aje la yang berbeza. Ashely Sabang ni kategori yang murah 'sedikit' la.









The next day, awal pagi dah bangun untuk gerak ke Stasiun Halim untuk whoosh ke Bandung. 


Beli ticket di Kaunter lebih mudah dan cepat. Swipe je Credit Card. Ambik seat ekonomi premium aje, as long sampai dengan selamat ke Bandung.





30 minit aje dalam train ni, memang duduk aje merenung jendela, melihat keindahan alam di waktu pagi sepanjang perjalanan ke Bandung. Speed melebihi 300km/hour tapi tak rasa apa pun. Kami duduk je pun, takde la buat tour tengok apa yang ada dalam tu.
Selamat sampai di Stasiun Padalarang, terus berjalan mengikut crowds untuk ambik feeder train ke Stasiun Bandung. Train dah bergerak baru nak whatsapp Pak Supir beritahu dah otw ke Stasiun Bandung. Then Pak Supir jawab, saya dah otw ke Padalarang, takper saya pusing balik ke Stasiun Bandung. Masa tu baru sedar yang dalam itinerary ada cakap pick up dekat Padalarang..hahaha....camana la boleh lupa, tiga orang pun sama, betul2 lupa yang sepatutnya stop kat Padalarang dan terus ambik supir kat situ. tapi Ok je, enjoy je naik train macam KTM tu ke Stasiun Bandung. Sampai aje Pak supir pun dah menunggu, so takde la jauh mana kan. Kereta dan train sama aje sampainya.

Ni la rupa trainnya


Singgah isi perut sebelum memulakan aktiviti sehari di Bandung

Destinasi pertama ke Lodge Maribaya. Walaupun dah pernah ke sini 7 tahun lepas bersama kawan2, kali ni ke sini lagi dengan anak dan menantu. Penuh dengan orang Malaysia...hahaha...Entrance fee free bcos guna tiket whoosh tapi untuk port2 bergambar (wahana-wahana) dalam tu, semua kena spend rupiah la ye. Setakat nak naik buai berapa second tu je pun dah 20k, naik ayunan tu punya la lama menunggu yer, dengan hari Jumaat lagi dan akan stop at 11.30 untuk solat Jumaat, lepas tu menunggu untuk pilih gambar lagi....memang NOT recommended ke sini pada hari Jumaat tambah2 kalau musim cuti. Masa terbuang kerana menunggu,  setengah hari kat sini sahaja...itinerary lain terpaksa la skip. 

Hot air ballon tu tak dapat naik kerana antrian yang panjang bangat. Tak kuasa nak menunggu.

Turun dan naik ni, dulu tak ada, kena menapak mendaki tangga siksa juga. Ni jer la yang happy sikit buat makcik...hahaha

Destinasi ke 2 ke Dusun Bambu. Makcik memang suka tempat ni pasal tu memang nak sangat datang lagi ke sini. Alhamdulillah...
Banyak jugak perbezaan compared 7 tahun lepas. Sampai sini terus jamak Zohor-Asar dan lunch. 

Suka sangat port bergambar ni, nice view at the back.


Mushola ni share lelaki dan perempuan. Pandai2 la jaga aurat dan kalau boleh biar berteman.


Burangrang Restaurant
Selesai makan terus tunggu buggy untuk balik ke parking. Ramai sangat orang, dan lama masa menunggu. Masa ni dah petang sangat dah, terus ke Bandung town dan mintak supir hantarkan ke Chihampelas Walk. Sini pun dah banyak sangat beza dan tak jumpa kedai dicari.

Selesai di sini, terus mintak dihantar ke Padalarang Stasiun untuk ambik whoosh ke Jakarta. Overall, one day trip sangat la penat dan tak cukup masa nak ke semua tempat yang diplan. Frust jugak, ingat nak check in je hotel semalam then esok sambung berjalan tapi rasa macam membazir jugak cos Ashley dah dibook 3 malam tu. Shopping2 di Pasar Baru memang tiada dalam itinerary mengenangkan nak spend rupiah kat Jakarta sahaja. 


Kartika Sari di Padalarang Stasiun. Kecik je kedainya tapi dapat lah jugak apa yang dihajati.




20:23 naik train ke Jakarta Pusat. Alhamdulilah for today. Overall one day trip ni ok cuma tak banyak tempat boleh cover, rushing sangat kejar masa. Apakah ini reason to repeat Bandung again? haha

~to be continue~
























































Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...