Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

August 8, 2018

Seri Muka Durian

Assalamualaikum....

Jarang jarang, kadang2 jer buat kuih muih ni tapi bila buat sedapnya tak tergambar dengan kata2. haha..tak beragak masuk bakul angkat sendiri kan? Cuma camtu lah nak makan banyak sedo la pulak diri bukan muda sangat. Makan seadanya, namun syukur alhamdulillah.

Siempunya resepi kata dapat satu loyang bulat tu jer, tapi bila sy buat banyak la pulak yang dapat. Menggelabah jap sapa lah nak makan ni, kat rumah pada masa ni hanya ada 2 ketul manusia.

Alhamdulillah, dapat la kawan2 merasa sikit sorang. Rezeki sama2 kita kongsikan..





Resepi malas pulak nak taip...

December 15, 2016

Kuih Keria Gula Melaka (antarakami jer bukan antarabangsa)

Assalamualaikum

Viral betul kuih keria Antarabangsa ni sekarang kan, tahun lepas masa kitaorang gi Melaka time tu takde la viral sangat kot, masa kitaorang beli pun Q tidak lah seteruk sekarang. Dengar cite sampai 2,3 jam beratur nak beli keria...humang aiii...

Pendapat ikhlas saya, kalau sesapa yang belum pernah makan mungkin keterujaan tu tersangat melampau di situ tapi once dah makan, rasa untuk repeat dan menempuh seksaan beratur tu tidak la sama sekali kot. Balik rumah beli keledek buat sendiri, InsyaAllah kalau kena gaya dan percaturannya, rasa kurang lebih sama aje...InsyaAllah...lagipun makan banyak2 pun banyak mudarat daripada khasiat...tak gitu? #jangankecamsaya

#Flashback gambar Nov 2015 lepas



Ini keria gula melaka versi saya, adjust sana sini. Malam selasa lepas ada majlis Maulid Rasul kat blok kediaman kami tuh, so jiran2 digalakkan bawak satu hidangan kuih. Memula tu konon nak buat creampuff tapi 'terbuat' lak kuih keria ni untuk minum petang. So 'terbawak' la kuih ini sekali ke majlis tersebut....ok la kan, janji habis lincing..haha..

First batch buat dapat la dalam 40 ketul, so duk pikir takkan nk bawak 30 ketul jer kalau ditolak 10 ketul untuk kami ber3...mana nak cukup kan, lagipun alang2 buat lebih lagi bagus...so siibu ni mengarah lah sibujang pergi beli keledek lagi, bagi duit 10 hinggit. Sekali anak bertuah bawak balik 3 kilo lebih keledek bapok besor dengan harga rm17!!...ermmm...speechless kejap ibu ni...anak aku ni mengamok ke ape..ke nak suruh aku buat banyak2? Jangan buak bijok bak kata mat dang...

Ni la rupa keledek putih yang beso2 tu. Ini balance yang masih ada kat rumah yang tak sempat nak habiskan hari tu. Biasa untuk kuih keria kita guna keledek putih, kalau takde belasah jer la keledek oren ke ungu ker, merah ker..
yang sempat berfoto, dah last2 batch


Selepas digoreng

Selepas disira, time ni baru keluar dari gula panas tu. Bila dah sejuk baru nmpak kerak2 tu sikit

Resepi Azlita ni boleh la dijadikan panduan, tang tepung tu pandai2 la ejas sendiri, kot terlebih kang keras lak, terkurang kang kecut lak jadinya..

Kuih Keria Gula Melaka - Azlita Masam Manis (TQ)

500 gm keledek putih ~ kupas kulit, potong sederhana besar dan rebus bersama air dan sedikit garam
1 cawan tepung gandum
Minyak untuk mengoreng

Bahan Sira

3/4 cawan gula Melaka ~ dihiris
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air

Keledek di rebus bersama garam hingga empuk
Setelah empuk, di lenyek hingga halus
Capurkan tepung gandum dan uli hingga menjadi doh
Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan bentukkan doh seperti roda bulat
Buat hingga habis adunan
Susun keria atas loyang yang di sapukan sedikit tepung supaya tidak melekat

Panaskan minyak dalam kuali
Gorengkan keria hingga keperangan
Angkat dan biarkan sejuk

Dalam kuali yang bersih
Satukan bahan sira
Masak hingga gula pekat
Masukkan keria dan kacau hingga bersalut sempurna dan gula melekat pada keria


April 29, 2014

Karipap gergasi rangup

Assalamualaikum..
 
Nama karipap cam takut lak nak makan...marah dek gergasi nanti...lama takde edisi masak memasak ni...dapur 2 hari berasap, 2 hari tak berasap...konsep dia sama dengan catuan air la...2 hari ada, 2 hari takde...haruslah bertabah kan....

Karipap gergasi aka karipap orang malas biasa la kan....makan nak, ikut citarasa sendiri, inti tu kalau boleh nak ikut selera sendiri bukan selera tahap kat gerai2 tu, tapi nak buatnya banyak la pulak vitamin M dalam badan...haiyohh...rindu karipap inti yang sedap......karipap Ikea sekarang dah rasa kurang menyengat lak...kulit dia tu dah tak ranggup cam dulu...naper ek...?



Cakap banyak pun tak guna, resepi karipap rangup ni kat bawah yer...tuan2...puan2..
Resepi kulit yang ranggup tu digugel sahaja. Terima kasih kepada empunya resepi.

Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Karipap Rangup
Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
 
2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.
 
Untuk inti, karipap ni pakai inti ikan Ganu stail. Resepi main campak2 edisi mok di kampung...
 
**tata**
 

March 29, 2013

Kuey Cek Mek Molek la sangat...


Assalamualaikum w.r.t

Salam penghulu segala hari, Jumaat yang mulia.

Nama jer kuey cek mek molek tapi indah nama dari rupa...haha...ni lah rupa kalau dah vitamin malas campur rajin menguasai diri...malas nak buat tapi rajin nak makan...haaa...camane tu...tapi walaupun rupanya kecik beso rasanya tetap menten gitu...bukan payoh noo...resepi yang bab kata orang pejam mata pun boleh buat....yer tak...?


Untuk resepi ni elok guna keledek (sweet potato) yang warna kuning tu. Isi keledek ni memang sedap sangat. Rebus pun sekejap jer...dah rebus lenyek-lenyekkan, masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat, nanti keras lak, biar lebih keledek daripada tepung, baru la umpphh....pastu bentukkan lah...nak bulat ker, bujur ker....pastu masukkan gula sebagai intinya. Banyak ke sikit terpulang kepada empunya badan. Kalau sayangkan diri, kurangkan gula dalam makanan, lebihkan gula dalam senyuman. Tak gitu....:) Pastu goreng la untuk kesedapan yang lebih nyata.
Yang penting malas-malas pun, masak dari HATI, masak with IMAN...suka tak...?

September 19, 2012

Karipap Kentang

Assalamualaikum..

Projek menghilangkan boring petang semalam. Ditambah dengan semangat nak mencuba resepi daripada bonda Uda...TQ Uda for the recipe, pastri karipap yang sangat rangup dan wallah!. Dah sejuk pun masih lagi rangup sangat dan sedap. Alhamdulillah....pagi ni goreng bawak ke office, semua suka dan ada yang dah order....hahhaha...tapi masih kurang arif dalam bab mencanai, karipap ada yang kecik, ada yang besar dan tak licin bab sutera. Nyway...congrats to myself. 


Intinya pulak, inti kentang biasa daripada idea sendiri jer...main hentam dan lebur jer dalam kuali. 
Rupa kelim karipap yang belum boleh diberi markah 100% lagih..


July 5, 2012

Samosa Mini aka kiut

Assalamualaikum...
Angin rajin bertiup kencang. Alhamdulillah, projek melipat samosa lagi, kali ni kerja lebih rumit kerana rupa samosa yang kecik dan kiut miut itu. Ini kes nak menghabiskan kulit popia yang dah hampir keras macam kertas. Berjaya dapat dalam 20pcs.
Macam2 rupa ada, ada yang sememeh, ada yang kemas jer...tapii...dah leh amik order ni...hahahha)p
Ni la rupa anak bujang bershopping. T'shirt, kemeja dan seluar lebih kurang sama jer colournya. Kalau dah itu kesukaan dia, apa nak dikata. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami. Aminn...
Maksudnya: "Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. Amin Yarrabil alamin.

June 26, 2012

Samosa Ayam Kentang

Assalamualaikum... Jangan gelak yer tengok rupa samosaku yang tk berapa nak tigasegi ni. Main lipat aje la, tanganku ini bukanlah kreatif. Tak berseni kata orang...takper la...boleh la...)P Projek melipat samosa ni berlangsung malam tadi dengan keadaan mood yang begitu rajin sekali semasa ketiadaan anak2 bujang di rumah. So bagi mengisi masa lapangku selain daripada mengadap TV yang cerita entah apa2, baiklah kiranya aku membuat sesuatu untuk santapan anak tekak kami. Alhamdulillah, pagi ni baru goreng dan breakfast samosa ni...krup krap krup krap...

May 27, 2012

Tauhu Sumbat dan Kuih Seri Muka

Assalamualaikum... Happy Sunday alls...Alhamdulillah syukur dengan rahmat hari ini. Pagi tadi menghantar siadik ke pejabat Perkeso, PJ. Semua perlu berkumpul di situ untuk menaiki bas ke POLISAS, Tanjung Malim untuk kem motivasi selama 5 hari, 4 mlm...syukur...puas gak memujuk anak bujang yang satu ini untuk ke kem tersebut...kem organize by SOCSO semuanya free, so sayang kalau dilepaskan peluang itu. Tahun lepas siabang tak banyak cerita, mungkin hanya di Politeknik Shah Alam so jarak tidaklah terlampau jauh. Berbeza dengan siadik, macam-macam alasan jauh la, itinerary boring la, clash dengan event sekolah lah...hadoiii...pening kepala ibu ni nak memujuk...menjerit gak la ibu ni, standard la, kalau dah geram tak nak dengar cakap nih...berbuih mulut siibu beri nasihat, pujukan dan termasuk jugak ugutan....baru lah akhirnya sianak akur...rela dalam paksa....bagi aku 'ugutan' tu perlu untuk menyedarkan anak2...apa bentuk ugutan...biar la rahsia....hehehehe...
Ok membebel panjang pulak...berbalik kepada tauhu sumbat di atas, itu side dish untuk dinner semalam. Sedap dimakan begitu sahaja...aku memang suka tauhu ni, kalau tauhu bakar lagi best kan..?
Kuih Seri Muka ni dikukus malam tadi. First time buat, alhamdulillah menjadi gak, walaupun kastad atas tu tak licin cantik...tapi ok la for the first attempt. Dapat la bersarapan seri muka ni pagi ni, nampak berseri sikit muka siadik tu...kalau tak muncung jer tapi bila tahu kawan sama sekolah pun pergi sama, kan main happy lagi...biasa la budak2 ni kalau dah jumpa geng...Resepi kat bawah yer, resepi sumber daripada blog che mat gebu.http://www.tiffinbiru.com. Mintak halal copy paste sini yer...
********KUIH SERI MUKA********* BAHAN LAPISAN BAWAH :-) 300 gram beras pulut 200 ml santan cair 1 helai daun pandan, disimpul (tak letak, letak perasa pandan jer) 1 camca teh garam BAHAN LAPISAN ATAS :-) 300 ml santan 3 biji telur 4 helai daun pandan, potong kecil (daun pandan tkde, so letak perasa pandan dan kaler hijau jer) 180 gram gula pasir 4 camca teh tepung jagung 2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum Beberapa titik pewarna hijau (kaler hijau i lain skit rupanya) CARA MEMBUATNYA :-) Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam. Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan. Kukus selama 25 - 30 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat. Sambung kukus untuk 10 minit lagi. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit. Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!!

February 23, 2012

Donut ke ni...?

Assalamualaikum..

Balik kerja semalam, terus ke Bagus. Tak tahu tujuan sebenarnya, saje suka suki sangat tengok macam2 barang dalam Bagus tu...kalau balik rumah terus pun, tak tahu nak buat ape, budak2 dah tentu tk ada kat rumah so baik jalan2 cuci mata. Kalau dah cuci mata mesti ada yang sangkut, tak gitu...? so terembat la tepung ready made untuk donut ni...nampak cam senang sangat nak buat..

Cuma tambahkan secawan air sejuk dan yis 10gm. Sementara nak tunggu proses pengembangan donut tu, layan la bola dulu kat TV..Harimau muda aummm ngan Jepun...kalah telur ayam toing2...masa tu pun mood nk mendonut ntah kemana dah...

So ni la hasilnya kerja orang malas. Nak terap donut tu, acuan donut lak ntah mana pergi, nk buat donut ball, bila dah kembang, jadi besar la plak ball tu...hahaha...so bila rasa cam ball tu besar sangat, aku leperkanlah sikit...so camni la rupanya....ok kan? Ok la...gebu betul donut tu, rasa cam makan cotton candy pun ada....hehehe

So breakfast pagi ni, donut ngan pulut panggang ni...pulut panggang 5 ketui, 2 hinggit ni beli kat bawah tadi. Tapi tkde la aku rembat semua 5 ketui ni, teringin punya pasal beli je la...leh share ngan kawan-kawan...

-Jom breakfast Jom-

January 19, 2012

che' mek molek, che' mek comei...


Assalamualaikum...

Hi alls...hari ni SH masak bekfast yang special dari negeri Ganu. hehehehe...kuih tradisional yang tak jemu2 untuk dimakan. Kuih che' mek molek, che' mek comei dan yang sewaktu dengannya...janji yang molek2 saje untuk kuih ni...walaupun rupa yang kubuat ni tak berapa nak molek, ada kecik, ada besor...biasalah mood tukang masak di pagi hari...mood yang ngantuk, bila dah ngantuk, tu yang datang mood yang kurang ghajen...kannnn??


Sedap dan senang nak buat...SH main belasah jer sukatan tepung dan keledek tu...tak ikut sangat resepi...main taram jer...bila dah jadi sedapppp...lembut dan rasa keledek dia, tk de la keras kejung rasa tepung jer..

Bahan-bahan
3 biji ubi keledek
2 cawan gandum-tambah atau kurang sekiranya perlu
Inti : gula secukupnya

Cara-cara Ubi direbus hingga lembut dan dikupas. Lenyek hingga betul2 lumat (semasa tengah panas2 lagi) dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan,kalau melekat taburkan sedikit gandum ditangan ataupun minyak masak, kemudian letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.

December 10, 2011

CreaM PuFF

Assalamualaikum

Percubaan kali ke2 membuat creampuff ni, Alhamdulillah...tk malu nak cakap, ok la...rasa pun cam lebih kurang cream puff kedai roti kat Sogo itu...heheheh....happy sangat...




Resepi akan menyusul...

October 10, 2011

Apam colourfull dan dot dot...


Assalamualaikum, gud morning!

Ni project over the weekend, seronok sangat dapat buat apam dotdot ni...dah lama peram resepi ni, nak buat cam tk semangat skit psal takut tk de orang nak makan. Anak bujang kurang skit kuih2 camni, camtu gak ibunya....stakat seketui, dua tu leh la makan, selebihnya takut la dibakul sampahkan...

tapi bila dah terhasilnya apam ni, wowwww!! sedapnyaa...siadik pas satu, satu masuk mulut. Alhamdulillah...kena plak dengan filling blueberry yang masam2 tu....ermmmm....enak sih....

Walaupun daya kreativiti ku tak seberapa, tapi takper la...lenkali boleh buat lagih...


Kek RV ni order dari jiran untuk birthday anaknya. Kek dalam oven, apam lak atas dapur tengah dikukus..

Kek moist chocolate ni pun order dari jiran yang sama. Selain daripada majlis harijadi, katanya buat tahlil sekali. Sorry yer kerana tak dapat hadir...kepala sakit sangat malam tu....

August 16, 2011

Bronokku yang enak



kuih beronok manis bergula
enak dimakan ngak terkira
rutin hidup telah bermula
rabok mata dok soh kira..hihihi


Assalamualaikum...hehehe...itulah email pantun yg kuterima dari my sis Jac kat Ganu sinun pada pagi2 arini...

rutin hidup telah bermula
nak buat camane hadap aje ler
kalo tak, nak makan ape
rabok mate, tu dugaan belake...


hehehehe...berpantun lak kiter yer...

tu la rupa bronok ambe
memang sedap anakanda suka
tapi sayang lembik la plak dia
ceduk ngan sudu, kuis2 jer kat kelapa


amacam...?

aritu mintak resepi bronok
dah buat ke belum wahai adinda
buat sendiri leh makan sapa senok
mesti abang bertambah suka...


hehehe...ok la...chow cincau....nk buat kerja lak ni...

Bahan-Bahan:

2 cawan biji sagu
1 1/2 cawan gula
3 sudu besar pewarna merah
2 cawan air
Kelapa parut ambil yang putihnya saja
Secubit garam
Perisa pandan

Cara membuat:

1. Basuh sagu dan sejatkan. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 cawan air.
2. Masukkan gula dan perisa pandan menggunakan api yang perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar. Kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.
3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.
4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa. Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

August 12, 2011

Macam2 ade


Assalamualaikum

Salam pagi Jumaat. Ni onde2 yang tak bulat tak serupa onde2 orang lain buat. hahaha...nway...smuanya dah selamat masuk perut....alhamdulillah...

Kasi posing sikit...


Ni la kerjaku sejak seminggu yg lepas. Masih menyiapkan oder2 sahabat handai dan adik bradik...penat ooooo....



Ni order dari adik2 nurse kt HKL sinun. Lenkali order lagih....


Tak larat nk pokpek banyak sngat pagi ni...have a nice weekend.

April 24, 2011

Kuih Bakar Labu



Assalamualaikum w.b.t

Inilah hidangan minum petang utk ptng Ahad yang damai ini...orng sibuk masak lunch aku sibuk menggodek kuih bakar nih...ini kes nk habiskan labu yg dibuat sayur lemak smlam...ternampak resepi ni kt blog CMG, rasa terliur gak nk merasa, camane ruper kuih bakar labu ni....



Sedap..lemak2 manis gitu...tk manis sangat, kurangkan gula skit dan santan pakai 200ml jer...300ml lagi air...tepung 200gm, gula 150gm, telo 4 biji, labu (pumpkin)- rebus dan lenyek, garam dan esen vanilla....blender semua bahan dan tapiskan ke dalam labu yg telah dilenyek tadi. Kacau sebati dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu butter...kalo suka bijan nk tabur bijan pun leh gak...tk jadi masalah yer..bakar slama 45min...dah siap, tunggu sejuk, pastu leh la potong dan hidangkan...Alhamdulillah...kenyang...



satu loyang ni dapat banyak sangat..tk mampu nak dihabiskan oleh kami bertiga...pasal tu kuih2 camni susah sikit aku nak buat selalu...hehhe...prefer beli aje 40 sen seketoi...tp kuih bakar labu ni lain sikit, mane ade jual kat mana2...susah nak dapat...yer dak...? dah buat tu, makan aje la yer...

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...