Assalamualaikum
Simpan sini pasal suka Kopi Senget ni. Kafe dia lawa, comel je macam tiny house, haha..rasa kopi OK dan kek pun sedap. Kisah last year selepas PKP bila dah boleh rentas Daerah. Kan main lagi follow anak bujang pergi kerja ke Banting.
Lama sangat berkurung dan tak boleh pergi mana, dapat jalan ke Banting pun dah seronok sangat...kahkah
Boleh la bina sebijik kat kampung 😊
Burnt Cheesecake, boleh aje bake sendiri, saja la sesekali nak rasa air tangan orang lain
Asal usul nama kopi senget tidaklah pulak diketahui
So sesapa ke Banting sila lah singgah kalau nak merasa, at the same time dapat membantu anak2 muda
menjana ekonomi.