Showing posts with label Dungun. Show all posts
Showing posts with label Dungun. Show all posts

September 11, 2025

Balik kampung jer, diet ke Laut China Selatan

Assalamualaikum

Normal la tu kan, kalau dah balik kampung mesti hunting for Ganu food, terutama my favourite nasi dagang. Bukan tak boleh dapat kat sini tapi kesedapan yang kat sana itu tiada bandingannya.

Explore cafe-cafe hipster yang menjadi buah mulut netizen jugak...haha...dah lama wujud Cafe2 ni, tapi tiap kali balik pun tak berpeluang ke sini so kali ni tercapai la jugak hasrat hati bawak adik2 makan. Alhamdulillah.

1- Nasi Dagang Pantai, Paka Dungun, Terengganu
2- Aurora Coffee House, Jalan Pantai Sura
3- BUWA Cafe, Jalan Pantai Teluk Lipat
4- Nasi Dagang Kedai 69, Pasar Besar Dungun
5- Kuih muih segala kat Pasar Besar Dungun

Tujuan utama balik kampung selain nak jengok mok ada lah untuk memeriahkan majlis pertunangan anak buah di Kijal, Kemaman. Semoga Allah mudahkan segala urusan sehingga ke jinjang pelamin. Aamin Yarrab


Gerak balik jam 3 pagi, ngam sampai Paka terus ke sini untuk breakfast. Info tanya Pak Cik Google je. 

Staff2 nya peramah belaka



Di sorenya pula, dating dengan adik2, mok dan anak2 buah



Rezeki nak merasa mee kari kat sini, mula2 katanya dah habis, vendor baru nak hantar lagi setengah jam, tengah2 order vendor tu pun sampai. 3.5 out of 5*




Lompat tikam pun sedap
Mango cheese cake pun sedap, makan share2 sikit sorang. Tak elok manis banyak2 nanti gula melimpah.

Menjelang Maghrib ke sini pulak dengan anak dan menantu. Saje nak lepak2 je sementara menunggu maghrib. Tak order apa2 pun untuk myself, tumpang jamah sikit2 je..

Nice kan gelas senget ni, kalau jumpa gelas ni nak beli la jugak..

Sos putih tu sedap lah...
Kedai kat Pasar Dungun, sedap nasi dagang dia, gulai dia tu terbaik. Compare dengan yang Paka tu rasa rempahnya macam pahit sikit. Tapi tu lidah masing2 la ya, ikut selera masing2.


Nasi minyak pada pagi sebelum gerak balik KL. Portion besar tak dapat habiskan. Sedap dan recommended dalam Pasar Besar Dungun juga. Lupa kedai No berapa. 
Kuih boom terbaik. Beli kat deretan kedai makan kat luar Pasar Besar Dungun. 
Dodol ni beli dan tertinggal kat rumah mok. Elok la, dia tak nak bagi melantak benda manis aje..
Tapaukan frozen karipap dan sardin roll ni balik KD. Sardine roll tu sedap teruk. Tapi nak beli banyak takde stok la pulak..
Last but not least, nasi ayam Gepok Top Global....makan bila kat KD la...haha

Lepas masuk perut segala benda, kita tunjuk la tempat menabung kat Pasar Besar Dungun ni. Toilet baru ni, cantik dan bersih...hehehe...


P/S bila la nak sambung travelog Jakarta-Bandung. ermmm..😐😐😐



Latest update, akhirnya terjumpa gelas senget ni kat The Curve....hahaha...tapi makcik beli satu aje...saje la suka2...


 

February 7, 2025

Cuti CNY 2025, cerita Dungun lagi, jalan2, makan2

Assalamualaikum

Cuti CNY 2025 (29 Jan-1 Feb) dimanfaatkan sepenuhnya dengan pulang ke kampung halaman rindu. Alhamdulillah dapat melepas rindu pada bonda tercinta. Gerak selepas anak2 balik kerja pada hari Selasa, boleh tahan yer jemnya selepas tol Gombak merangkak2 sampai la selepas Bukit Tinggi baru lah lega. 

Mengenangkan anak penat baru balik kerja, makcik volunteer la nak drive dulu pasal WFH takde la penat sangat kan. Sekali hambek kau merasa la sakit lutut makcik, kejap tekan minyak, kejap brek. Aduh, pasrah je la bila nak balik ke Pantai Timur time2 cuti sekolah dan Public Holiday.


Aktiviti wajib kat kampung, pagi2 sepi dah keluar hunting breakfast. Tengok makanan rasa nak borong semua. Sabo2..Hahaa
Tiap kali balik mesti pergi kedai ni, nasi dagangnya sedap. Ada 2 type, satu beras biasa and satu basmathi. Harga sama RM4 sebungkus.


Hasil tangkapan pagi ini. Alhamdulillah

Kayu keramat terbaik lah, bila buat sendiri tak jadi pulak

Kuih Tiram Moktok ni terbaik la! gula tu ikut citarasa selera masing2 nak letak banyak mana. Ranggup dan sedap, habis sebungkus pun tak sedar.

Jalan2 ke Tasik Puteri, Bukit Besi. Esoknya  4 orang jejaka malaya nak upgrade dari kanak2 ke dewasa...hahahaha....nak berkhatan ler, so sebelum berpantang kita bawak jalan2 dulu..


Nak posing jugak 

Air terjun Tasik Puteri Bukit Besi

Tempat cantik tapi sayang nampak macam tak terurus. 





Lepas tu kita ke Bukit Besi Agro Farm. Tiket masuk rm3 dewasa, Rm2 kanak2.
Tak banyak binatang pun dalam tu. Boleh la sekadar bawak budak2 back to nature.



Sian dia kena kurung



Snacking yang wajib bila kat kampung

Sata popia Keropok Sri Sura
Petang lepak2 kat pantai ambik angin petang, Laut China Selatan


Terus dinner di Skymaze Bistro

Fish and chips kurang enak. Batter tu agak keras dan kurang sedap tapi salad tu 2 mangkuk habis makcik makan, siap pow anak punya.

Pizza pun biasa2 sahaja 

Pagi Jumaat, buat pulut semangat untuk acara berkhatan beramai2 anak2 buah seramai 4 orang. Selamat menuju alam dewasa...hahaha...

Pulut kuning bonda memang terbaik

3 orang je dalam pic. Si Noah belum lagi, insyaAllah masanya akan tiba juga

Esok pagi2 ke Pasar Dungun. Singgah sini kita posing2 kejap





Rumah SPNB anak buah. Rezeki dia dapat bina kat tanah sendiri dengan harga yang murah. 

Bila la angan2 dan doa akan termakbul? Semoga ada rezeki untuk bina rumah singgah di tanah ini. InsyaAllah
























 

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...