Assalamualaikum
Kita orang Ganu tapi suka jugak laksa Sarawak ni. Alhamdulillah, first time buat laksa Sarawak, Sibujang rindu nak makan, kalau dulu selalu out station ke Sarawak, sekarang ntah bila nak jejak kaki ke Sarawak lagi. Semoga C19 ini cepat berlalu pergi dan kita akan dapat kemana-mana macam dulu...Aaminn ya Allah
Pes laksa Sarawak tu google je cari info mana nak dapat pes yang sedap, so cuba la cari kat Shopee. Alhamdulillah, ramai yang rekemen pes Haji Manan ni. Recommended betul2 rasa cam berada di bumi Kenyalang. Resepi follow kat packet pes aje. Cuma sambal udang kering tu buat je la sendiri resepi sesuka hati.
Harga pes tu tak sampai 7 ringgit sepeket untuk 200gm. Boleh la sekali masak. Beli 2 paket dengan postage dalam 16 ringgit. Dapat la untuk mengubat rindu pada laksa Sarawak. Alhamdulillah..
#MCO ni sendiri masak, sendiri makan dua beranak, nak ke rumah jiran2 pun fikir dua tiga kali. Duk la diam2 wfh dalam rumah. Keluar bila perlu sahaja, duduk di rumah.




































