June 19, 2020

Ketupat raya PKPB

Assalamualaikum

Lamanya tak bersiaran. Dari musim PKP dah bertukar kepada PKPP. Beraya pulak di musim PKPB dan sekarang dah PKPP boleh lah pulang ke kampung untuk beraya dengan family di sana. Alhamdulillah

Aidilfitri kali ini kami berlima beranak aje beraya di KD. Memang tak de beraya ke mana-mana. Satu rumah pun tak pergi. Takde istilah beraya 20 orang pada hari raya pertama, cuma kami berlima sahaja. hahaha..sejarah betul...
Yang menarik bagi aku raya kali ni adalah pencapaian terbesar berjaya menganyam ketupat  (walaupun hanya ketupat sate) dah title nenek baru nak belajar anyam ketupat, buat malu kat cucu jer...hehe..Tengoklah tu QC tengah cek anyaman lulus ke tidak. Zaman teknologi serba serbi ni nak buat apa susah2 anyam ketupat kan, beli je nasi impit segera.  Ni pun nasib cikgu tak berbayar, cikgu utiub aje, actually takde la payah sangat, nak dengan tidak aje...haha..

Ok la tahun ni dapat merasa makan ketupat daun kelapa. 











No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...