January 15, 2025

Setahun sudah @ 6 December 2024

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah setahun cucu Nekbu, Nuha Medina.
Semoga Nuha membesar menjadi anak yang baik, patuh pada suruhan Allah, kedua ibu dan bapa, anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Dilimpahi rezeki yang melimpah ruah buat Nuha.

Sihat selalu dan membesar dengan cerdik dan pintar. Aamiin ya Allah.

Small celebration for Nuha. Simpan sini for memories.

Kek ni Nekbu sponsor special untuk Nuha, order dengan Bakey Bites, KD.
Mula2 Nekbu pilih kek ala2 princess warna pink, dengan ribbon pink bagai, no kartun2 tapi 
bila cakap kat Daddy Nuha, ingat ada kartun katanya. Sabor je la, terpaksa la cancel order dan diadakan kartun la pulak. Teringat hari tu Noah suka sangat dengan kartun Kuromi ni maka terhasil la kek macam dalam gambar. Haha...






Nekbu buat sandwich aje, baking2 lama dah gantung oven.



Cucur badak tapi takde badak.

Tiramisu untuk memeriahkan suasana 










 

January 14, 2025

Pusing2 Janda Baik dan makan @ Pineyard Cafe

 Assalamualaikum

30 Dec 2024 - pusing2 Janda Baik, cuaca hujan pagi ni, nak lepak tepi sungai (Riverside), air keruh dan arus kuat sangat so cancel kan hajat. Perut lapar jom la ke Cafe Pineyard yang pernah famous dulu not sure sekarang masih famous lagi tak. Masa pergi tu, orang tak ramai sangat, senang aje dapat table.

Kebetulan juga ada majlis kahwin kat dewan tepi Cafe ni so nampak meriah la sikit.


















Nasi kari

Chicken Chop 



Ambik suasana nature sambil menjamu selera. Food dia ok je, biasa2 sahaja, macam tak memenuhi citarasa anak tekak. Makcik expect dapat chicken chop yang salut bread crumb tu, yang datang dah macam chicken grill. Harga boleh tahan, total semua RM130, untuk 3 foods, 1 latte dan 1 air kosong. Repeat? tak la kot. Cukup la sekali buat raso-raso.




January 10, 2025

Family bonding end of 2024@ VietThai, TTDI

Salam Jumaat penuh barokah, 10 Rejab 1446.

Last gathering bersama family di tahun 2024, Lunch dengan bermacam lauk pauk disponsor oleh insan yang baik hati. Kami standby perut aje. Alhamdulillah.




Daging masak kicap (not sure nama versi VietThai)
Chicken Honey - sedap sangat ni, must order 

Squid Game? haha

Nasi goreng gajus

Telur Dadar 
appetizer ni rasa lebih kurang otak-otak

Salmon skin salted egg - terbaik

Mango salad 

ini lebih kurang mango salad tapi ada jelly fish (obor?)






Apple juice no sugar

happy jumpa fren yang lama tak bersua, last jumpa May lalu masa gathering di Langkawi

Jackfruit ruby

Coconut ice cream

Mango sticky rice - terbaik

The reason kenapa gambo makanan satu2, takde gambar full table kerana makanan tu datangnya satu2, total 7 meja semuanya. Overall foods terbaik - sedap sangat tapi frustrated pasal dalam banyak2 lauk tu takde lauk yang berkuah, so makan pun kurang lancar...hehe...expected dia punya tomyam tapi takde rezeki. InsyaAllah next time.
















Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...