Assalamualaikum w.r.t
Perjalanan melawat wira tersayang di Kem PLKN Paya Indah, Dengki Dengkil...macam mana Dengkil mendapat namanya? Itu kena bukak buku sejarah Dengkil la...jangan banyak tanya...hehe...lawatan sambil belajar sebanyak 3 buah kereta, dah cam rombongan meminang nih...hehe...Seronok bergather bersama adik beradik, ipar, anak saudara dan juga bakal adik ipar...in shaa Allah....
Driver of the day, aku kat sebelah jadi mem...lama tak merasa nikmat menjadi penumpang. Asyik jadi driver jer....bila dah jadi penumpang ni, luas la sikit pemandangan tu...pandang sana, pandang sini,
Sebelum masuk jumpa wira atau wirawati, ahli keluarga kena register dulu kat kaunter. Bagi mykad baru dapat pas ni, dan baru lah di'paging' anak kita tu. Baru seminggu kat kem dah lain pulak rupa anak bujang aku nih, dengan kepala botaknya...dah cam pelakun botak juvana lak..kulit pun dah gelap....
Inilah barisan kita. Yang ikhlas melawat anak bujangku pada hari itu...thanks a lot my dear adik beradik yang sporting giler....meriah sakan menjamu selera nasi dengan lauk yang simple tapi sedap...hehe...puji masakan sendiri, sandwich telur, karipap, nugget, tak lupa coklat dan kacang dari Langkawi, dan juga siap potong buah mangga cicah colek lagi...haha....
Kalau ke Kem ni tak sah kalau tak ke sini, Paya Indah Wetlands. Jalan2 cuci mata, sedut udara segar, angin sepoi2 bahasa...nyaman sekali...lepaking...boraking...tengok crocodile bujang senang yang dah cam kayu dalam paya tu.....tengok totis, landak...haha....macam national geographic la lebih kurang....
Hero of the day....keletah dan senyuman yang menawan sesiapa saje yang memandang....gitew..dah cam pelatih PLKN yang paling kecik...pasai kepala botak...hehe
Sign board kat Simpang masuk dari Dengkil. Dari sini terus masuk kanan, teruskan perjalanan ke Banting. Misi untuk memanjat Bukit Jugra dan tengok aktiviti paragliding atau paralayang....
Dah sampai kita. Perjalanan naik ke sini agak mencabar juga. Cam nak naik Cameron pun ade, jalan berliku dan curam dan tak ade penghadang jalan lak tu. Silap haribulan kalau terbabas terus jatuh ke bawah. Nauzubillah...semasa tengah suspen memanjat bukit ni, terhidang pulak di depan mata Jirat Cina....hahaha...terkesima kejap....dah la suspen memanjat cenuram, jumpa pulak yang tak sepatutnya...kusss semangat....
Rumah api Bukit Jugra. (Copy info dari Wikipedia)
Rumah Api Bukit
Jugra terletak di Bukit
Jugra, Jugra, muara Sungai Langat, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Koordinatnya ialah pada latitud 02° 50.1' Utara dan longitud 101° 25.1' Timur. Rumah
api ini dibina oleh Jabatan
Marin Malaysia pada 1976 bagi mengawal
dan membantu pelayaran dan pergerakan kapal
dagang dan nelayan yang melalui Selat Melaka terutama yang
akan berlabuh di Pelabuhan Klang.
Rumah api ini dibina
berbentuk menara batu konkrit setinggi 146 meter pada permukaan 25 meter dari
aras laut. Lampu limpah yang digunakan ialah FI.W.10s.[1]
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jugra terletak di
daerah Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Antara lokasi berhampiran ialah Pulau Carey, Kampung
Chodoi, Banting, Jenjarom dan Sungai Buaya dan Bandar. Jugra menghadap ke Selat Melaka dan berdekatan muara Sungai Langat. Jugra meliputi kawasan Bukit
Jugra, pantai Kelanang, Kampung
Sungai Arak dan Kampung
Chodoi.
Pada zaman pemerintahan
Sultan Abdul
Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859-1898 Bukit
Jugra telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor. Rumah api Bukit
Jugra dibina di puncak Bukit
Jugra. Sampan, perahu dan tongkang
yang membawa bijih timah dari Kajang, Balakong, Hulu Langat, Semenyih dan lain-lain dibawa keluar melalui Sungai Langat dan membayar
cukai di Jugra.
Bukit
Jugra merupakan tempat strategik kerana berhampiran dengan laut, menghadap
perairan Selat Melaka dan
ingin dimajukan sebagai kota
maritim. Bukit Jugra berasal dari sebuah perkampungan kecil Melayu yang bernama Tanjung
Kera. Terdapat banyak kera di sini iaitu
dari jenis primate hutan pantai. Kera tidak begitu sesuai dengan status baru
kawasan istana lalu ditukar nama kepada Bandar Temasya.
Bukit
Jugra ada 3 puncak bukit yang menempatkan:
- Makam-makan diraja Selangor.
- Bangunan lama untuk para pembesar dan kerabat diraja Selangor.
- Rumah api Bukit Jugra setinggi 146 meter dibina pada 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Marin Malaysia.[1]
- 1976 pembinaan istana oleh Sultan Abdul Samad.
- 1898 Istana Jugra menjadi tempat pertabalan Sultan Selangor ke-5 iaitu Sultan Alauddin Sulaiman Shah
Pemandangan menghadap Selat Melaka yang bercantum dengan Sungai Langat. Cantik kan....? Nice view...Indahnya bumi ciptaan Allah yang masih banyak belum diteroka...tapi sayang hari tu tiada acara paragliding...menurut kata sorang pakcik ni, lepas pilihanraya baru start balik berparagliding....
JUGRA....
Abadikan kenangan di Bukit Jugra. In shaa Allah, panjang umur murah rezeki, kita berjalan-jalan lagi....bukan senang untuk berkumpul bersama begini....anugerah terindah yang Allah berikan dikurniakan adik beradik yang baik, sporting dan memahami. Love u guys....













