Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

October 17, 2020

Korean Garlic Cheese Bread (KGCB)

Assalamualaikum

taraaaa….roti viral yang menjadi kegilaan 2 orang kat rumah ni...haha...adoi keje menternak lemak aje kan? Dulu asyik beli jer, bila beli biasa la kadang tak memenuhi selera, ada yang tak sedap...yang sedap dan ok pada anak tekak hanya kat La Boheme OU je tapi sekarang nak gi OU pun dah takut. So kita belajar la buat sendiri...senang sesangat aihh...Alhamdulilah...jom tengok koleksi KGCB hasil tanganku...try and error...

Yang ni beli dari Ajwa Bakery, Kota Damansara - 3 pcs RM21...mahal boleh tahan
Yang ini the best dari One Utama. 2 pcs baru RM10 tapi sedap sangat. Roti tu cam garing2 sikit, i likeee....
Bahan2 untuk KGCB. Cream Cheese very limited, susah sangat nak dapat sekarang ni...




















Amacam boleh bisnes tak? Haha





June 24, 2015

Aneka roti.

Assalamualaikum...
Moh kiter meroti. Just guna resepi basic doh pastu buat la beraneka roti ikut selera sendiri.
Mexican bun paling meletop sekali. Resepi semua hasil carian google sahaja.
 

January 20, 2015

Roti Sarang Lebah (BHB)


Assalamualaikum...

Lama tak dapat update blog. Bila dah dapat ni abis la projek2 masakan 2,3 bulan lepas kena selongkar balik. Niat nak share ilmu jer, bukan nak tayang makanan yang tak seberapa menjadi ni pun..tapi first time buat roti ni, Alhamdulillah menjadi la kot. Entah! tak pernah makan roti ni daripada air tangan orang lain, first time makan daripada air tangan sendiri so tak boleh nak compare rasa camane.

Sebelum di tuang sos. Fresh from the oven

Ermm..sedap sangat. Lembut dan gebu gebas..

Close up sikit

Lagi..

Keratan rentas tak berapa nak elastic, elastic ke plastic ker, janji lembut dan sedap...
 
  • Bahan-Bahan:
  • Bahan untuk doh roti:
    • 2 cawan tepung gandum.
    • 1/2 sudu kecil serbuk yis
    • 1/4 sudu kecil garam halus
    • 1/2 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu besar gula halus atau gula kastor
    • 1/4 cawan plain yogurt
    • 1/4 cawan minyak jagung
    • 1/2 cawan air suam
  • Bahan untuk taburan/hiasan:
    • 1 biji kuning telur dicampur 1 sudu kecil air, untuk disapu
    • sedikit sliced almond
    • bijan hitam
    • biji labu atau biji bunga matahari
  • Bahan untuk sos butterscotch:
    • 25 gram butter
    • 1/2 cawan gula perang atau brown sugar
    • 1/2 cawan whipping cream
    • 1/4 sudu kecil garam
    • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Cara Penyediaan:
  • Cara untuk Roti:
    • Campurkan tepung gandum, serbuk yis, baking powder, gula halus dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan garam. Sebab kenapa garam dimasukkan kemudian adalah kerana yis tidak boleh bersentuhan dengan garam, boleh mengakibatkan yis rosak.
    • Tuang yoghurt, minyak dan air suam, kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati. Doh ini agak lembik, jangan cuba untk menambah tepung. Cukup sekadar sedikit taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan. Uli selama 5-10 minit.
    • Jika anda gunakan breadmaker, sila ikut arahan aturan bahan mengikut breadmaker anda.
    • Rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. Keluarkan doh dan tumbuk2 keluar gelembung udara. Bahagikan doh kepada 12 atau 16 bahagian atau ikut kesukaan anda. Bulatkan doh dan susun di atas baking tray. Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan taburan.
    • Panaskan oven kepada 160 darjah celcius, bakar selama lebih kurang 20-25 minit, atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan. Tuang sos butterscotch di atas roti sebelum dihidang.

  • Cara untuk sos butterscotch:
    • Di atas api yang perlahan, panaskan mentega dan gula perang, kacau seketika. Masukkan pula whipping cream, garam dan esen vanilla. Kacau sehingga sos pekat sebati. 
    • Credit untuk link bawah ni.. 

January 19, 2015

BHB and CHP

Assalamualaikum

Sejak 2 menjak ni mood rajin ke dapur...Alhamdulillah, perubahan yang positif. Kekadang kalau teringin nak makan sangat, pukol 10 malam sanggup menguli tepung untuk roti sarang lebah ni...roti yang mungkin orang lain dah boring makan, tapi I like it soo much...Sedap pada anak tekak saya lah...kalau gugel resepi mungkin semua sama jer...so sila lah gugel untuk resepi..hehe...

Bee Hives Bun (BHB)  
                   
Sekarang ni anak tekak Itali terover la pulak...tercetus idea nak buat pizza ni pasal ada lebihan parmesan cheese hari tu. So beli la ready made crust pizza ni kat Bagus Bakery, 5pcs kalau tak silap rm5 lebih..so topping tu boleh la diletak sesuka hati. Sumber resepi belasah sahaja nak letak apa.

Chicken Hawaiian Pizza

July 8, 2011

Roti goreng sardin kentang



Assalamualaikum

Hidangan dinner utk siibu yang tk berselera nk makan nasik. Masak smbal sardin dan kentang untuk anak2, siibu amik seketoi dan lenyek2kan sardin itu. Masukkan dalam roti dan dilipat. Celup dalam telur pastu tekapkan kat breadcrumb...pastu goreng....taraaa....ermmm....sedap dan kenyang sangat...anak2 yg dah makan dinner pun join skali makan roti sardin nih...mmng lama betul tk buat roti sardin ni....

Teringat dulu2 kalo buat roti sardin ni ske bawak bekal kat opis, pastu ade sorang kakak tealady tu ske sangat ngan roti sardin aku ni....slalu tnya, sal, arini tk bawak roti sardin ker....mmng ske betul dengan roti sardin goreng ni tapi dulu tk de la aku celup ngan breadcrumb tu...masa tu rupa breadcrumb pun aku tak tahu.....heheheh.....

selamat mencuba....hehe

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...