June 28, 2024

Soft chocolate chips cookies cicah susu ais viral

 Assalamualaikum

Selingan sekejap yer..kita cuba buat Soft choc chips cookies ni. Viral sangat sekarang eh...makcik pun terjebak la jugak untuk mencuba. Follow sebijik resepi Che Nom ni, Alhamdullillah elok menjadi. Kredit to Che Nom, mintak halalkan. Resepi letak sini untuk rujukan kemudian hari.





Bahan-bahan:

  • 1/2 cwn / 113g mentega unsalted
  • 1/4 cwn / 50g gula perang (jadikan 1/2 cawan jika suka lebih manis)
  • 1/4 cwn / 50g gula putih
  • 1/4 tsp garam
  • 1 telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 1/4 cwn / 160g tepung gandum
  • 3/4 tsp baking soda
  • 200g campuran coklat coins dan cip
  1. Panaskan butter dalam atas api perlahan sampai cair.
  2. Gaul tepung gandum dan baking soda.
  3. Cincang kasar dark chocolate coin.
  4. Gaul sebati gula perang, gula putih, garam dan mentega cair, telur dan esen vanilla.
  5. Ayak bahan kering dan masuk dalam adunan cair.
  6. Gaul sebati sampai dapat doh yang pekat bertali.
  7. Masukkan semua coklat coin dan coklat chip. Kemudian kacau sebati.
  8. Tutup dan rehat dalam freezer 20-30 minit atau 1 jam dalam chiller.
  9. Gris Loyang dengan butter dan lapik dengan kertas baking.
  10. Bentukkan doh dengan cookies scoop (saiz 5cm) atau bahagi kepada 10-12 biji.
  11. Susun atas baking tray. Kalau suka cookies yang leper boleh tunggu doh hilang sejuk atas soft dan tekan sikit biar rendah.
  12. Susun coklat chip atas cookies dan tekan biar melekat.
  13. Bakar suhu 190C selama 13-15 minit.
Second time buat dah jadi hard cookies...haha


June 25, 2024

Family trip Langkawi ~ Day 1_Villa Abadi Resort, Gulai Panas Halim Airport dan Dream Forest

 Assalamualaikum...

Langkawi lagi, trip ke berapa kali ni, dah lost count. Baru throwback random photos ke Langkawi and tak plan pun untuk ke Langkawi dalam waktu yang terdekat namun rezeki Allah, Alhamdulillah ada hamba Allah yang fully sponsored ke Langkawi untuk kami anak beranak. Thanks so much, first time dapat berholiday bersama family walaupun seorang anak tidak dapat bersama kerana tuntutan tugas pada negara.

Holiday trip bersama ahli keluarga yang lain seramai lebih kurang 43 orang. Rombongan Cik Nina, meriah sakan. Satu family (8 orang) tertinggal flight gara2 terlupa bawak surat beranak anak2. Dah sampai airport dan patah balik semula ke Rawang to collect, ujian untuk diorang. Tapi mujurlah situkang sponsor sanggup beli tiket lain untuk mereka. Baiknya hati. 

Trip santai2 tapi padat dengan aktiviti yang diatur. 3 biji Van dan sebiji kereta untuk accommodate rombongan kami. 

Itinerary Nina family trip

  • 26 May - flight Batik Air 1.55p.m, reached Villa Abadi Resort (Kriang), rehat2 luruskan kaki
    • 5.30 pm - dinner at Gulai Panas Halim Airport, 
    • Usai dinner terus ke Dream Forest
    • End of day one
  • 27 May - Langkawi Adventure and Extreme Park and SkyATV 
    • Lunch at Kak Yan Nasi Campur
    • 4.30 Pantai Chenang for Parasailing, yang tak parasaling, lepak2 dan healing sedut udara pantai
    • Dinner - tapau dan makan kat Villa kerana semua dah terlalu kepenatan
  • 28 May - Mangrove tour for 4 hours 
    • Lunch Kak Yan Nasi Campur lagi, ramai yang request nak repeat
    • Free and easy - for Group 2 yang nak balik esok, ke HLG shopping coklat
    • Dinner at Rumah Makan Jebat
  • 29 May - Breakfast - kami je (own expense) ke Nasi Dagang Pak Malau
    • Check out
    • Flight to KL 1.55pm, MAS, group 2 seramai 9 orang yang fly balik ke KL dulu (kekangan cuti)
  • Group 1 - stay kat Langkawi sampai 1 June 2024
Jom layan pictures for day 1

Accommodation kali ini kat Villa Abadi Resort. Untuk kami for 4 days, 3 nights with breakfast. Kali ni kita support owner bangsa kita pulak. Alhamdulillah, staff semua baik dan friendly.
Dari Airport ke sini lebih kurang 15 minit. Takde pantai ye, resort nampak biasa2 tapi selesa sangat untuk family besar kami. Nak handle dan pantau budak2 pun senang bcos pool depan bilik aje, tiap kali lompat ke dalam pool, semua boleh tolong tengok-tengok kan. Maklum semua budak2 ni water lover, pantang jumpa pool, nak berendam 24 jam. 










Anak dara Nekbu ni kemain posing ye



Tambah extra bed untuk cenonet berdua tu, RM70 sahaja sekali bayar
Tandas bersih dan air laju giler

Recommended untuk big family datang menginap di sini. Senang untuk berjumpa dan berkumpul sesama ahli keluarga. 
Dinner ke tempat wajib kalau di Langkawi. Sedap gulai dia, boleh pilih segala jenis ikan untuk dimasak gulai dan bermacam pilihan lauk2 lain. 
Ini aje yang sempat disnap. Gulai pun takde dalam gambar. Busy isi perut yang kelaparan kerana tak lunch.
Terbaik la sotong celup tepung dia
Selesai makan kita buat aktiviti membakar kalori dengan menjelajah Dream Forest. Penat boleh tahan berjalan dalam ni, lencun peluh. Penat tapi seronok, suatu kelainan yang ditonjokan oleh owner (rasa dia la) Dream Forest, Datin Tiara Jaquelina. Tak banyak ambik gambar dan video dalam ni pasal takut ada benda lain yang menyelit nanti...haha...(kes ada orang yg takut2 kan tapi takde apa pun, baby2 pun Alhamdulillah balik Resort tidur dengan nyenyaknya). Syukur
Harga ticket masuk

Bila komen di TT tak sangka pulak Tiara Jacquelina sudi reply...haha...simpan sini untuk kenangan 

~end of day 1~















































Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...