Assalamualaikum w.r.t
Lamanya tak membaking....seriously...dah lama tak ade orang order amik order kek....hehehe....cam give up nak ambik order, harga barang-barang baking banyak yang dah naik....pada mereka yang membaking akan tahu dan aware akan harga barang2 yang naik. Dan untuk menaikkan harga sebijik kek bukan suatu yang senang. Customer tak akan faham, nanti macam2 komplain. Mereka sanggup membeli, (hak masing2 tak dinafikan) seslice SR kek dengan harga lebih RM6 tapi tak sanggup nak tambah rm6 untuk harga sebijik kek...contoh...contoh yer...kerana situasi yang agak payah ni, maka terpaksa stopkan dulu bisnes kek sehingga suatu saat mood tu datang kembali. "selamat aku, sorang bakers dah tutup kedai" hahahaha
Marble cheese brownies untuk santapan anak kucing tekak sendiri tapi takde la nak dibelasah semua tu. Rasa boring dan kepingin nak panaskan badan oven. Sesapa nak resepi boleh aje...resepi ni special dari Dungun, Terengganu, so pls bare with me Ganu dialek tu yer... TQ kepada empunya resepi yer...
RESEPI BROWNIE
MARBLE CHEESE CAKEYANG LAZAT DAN
ENAK..EMMMMMMM YAMIEEEEE YAMIEEEETO!!!
BAHAN2 (Lapisan Brownie)
150 gram coklat
60 gm butter
60 gm gula perang
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
50 gm tepung (blue key –
tepung kek)
1 pek kacang cashewnuts tong
GARDEN (hok kecik jer..)
1 kotak kismis LEGO (hok
kecek jer)
BAHAN2 (lapisan cheese)
400 gm cream cheese
100 gm gula
2 biji telor
200 gm yougurt asli
1 sudu besar tepung jagung
BAHAN2 Toping
1 sudu kecik serbuk koko
2 sudu kecik air
KAEDAH2
1.Lapik Loyang (kut panda mg
ar size menda) dgn aluminium foil.Panaskan oven 180c.
2.Untuk buat lapisan brownie
(PERHATIAN!!!!!KACAU DENGAN SENDUK,)
- cairkan coklat dan butter secara double
boil.
- setelah cair angkat dan campur dengan gula
perang.
- kacau sehingga gula perang
hampir cair.
- masukkan telor dan esen
vanilla.kacau sehingga sebati.
- kemudian masukkan tepung,
gajus dan kismis.kacau sehingga sebati.
- masukkan ke dalam Loyang
tadi.
- bakar selama 20
minit.setelah masak sejukkan.
3.Untuk buat lapisan cheese
(GUNAKAN MIXER)
- Pukul cream cheese dan gula
sehingga lembut.
- kemudian masukkan telor 1
per 1.pukul sehingga kembang dan sebati.
- kemudian masukkan yougurt
dan tepung jagung.pukul sehingga sebati.
- asingkan satu sudu besar
adunan cheese selebihnya tuangkan ke dalam lapisan brownies tadi.
4.Untuk buat toping.
- campurkan bahan2 toping
dengan satu sudu besar adunan cheese yang telah diasingkan tadi.
-gaul sebati.
-corakkan sesuka hati diatas
adunan tadi.
-sedia untuk dibakar selama 30
minit. Suhu 180c.
Setelah masak sejukkan
kemudian simpan dalam peti ais.. selamat mencuba!!!
Jgn lupa hulur2 kat I ckit
yer.