Showing posts with label Nasi Dagang Pak Malau. Show all posts
Showing posts with label Nasi Dagang Pak Malau. Show all posts

July 30, 2024

Rumah Makan Jebat dan Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi

Assalamualaikum

Dinner di Rumah Makan Jebat di malam ke 4 di Langkawi. Jarak sangat dekat dengan Resort. Group kami aje yang concur RMJ pada malam tu. Riuh rendah dengan group kami yang pada masa yang sama celebrate birthday untuk May to Sept babies. 

Service tersangatlah slownya. Sampai leader group dah naik angin jugak lah. Almost 10 malam masih belum dapat semua makanan, anak2 dah mengantuk dan kepenatan. Menunggu dalam Van sementara group yang belum dapat makanan selesai makan.

5/10*






Keesokan paginya sebelum check out and fly back to KL, jom kita ke tempat wajib sarapan bila berada di Langkawi. NDPM. Awal pagi dah sampai, pelanggan lain pun belum muncul lagi. Semangat! 








Nasi dagangnya sedap tak pernah menghampakan. Terubat rindu dengan nasi dagang Ganu...hehee



































 

 

October 21, 2020

Nasi Dagang Pak Malau dan Paradise 101, Langkawi


Assalamualaikum 

Trip ke Langkawi pada 7-9 Sept lepas. Kita terjah terus ke aktiviti di hari ke 3, last day sebelum flight balik ke KL pada sebelah petangnya. Alhamdulillah kali ni dapat merasa nasi dagang Pak Malau yang cam wajib makan pulak kalau ke Langkawi. Nak gelakkan diri sendiri pun ada, balik Ganu cari nasi dagang, pergi Langkawi pun cari nasi dagang. Alang2 ke sini kan why not cuba kan...

Hari ke 3 ni rasa cam cuak giler masa ni, kalau ikutkan hati memang tak nak ke mana2, masa ni baru tau kes C19 kluster Sungai tu ada ke Langkawi dan pada semalamnya diorg dah buat swab test untuk semua staff HIG. Kami ke HIG Mall tu pada sebelah petang semalamnya tapi waktu tu nampak keadaan ok je cam nothing happened. So i guess diorang buat test tu kat HIG yang kecik tu atau HIG Jetty Wallahualam. Bertambah risau bila dengar diorang stay kat Malibest, tempat kitaorang stay...tapi tawakkal pada Allah, andai ada diorang call suruh test ke apa, kami redha aje la....namun syukur Alhamdulillah tiada apa yang dirisaukan berlaku.

Amboi mak cik tak sabar nak gi makan ker, panjang beno langkah tu...haha


Ayuh posing sekejap 
Sepinggan harga RM10, lauk ikan ke ayam ke, sama jer
Lidah orang Ganu kata OK la, 4*of 5...portion pun just nice la untuk alas perut di waktu pagi tapi price tu mahal skit la kalau compare dengan negeri ambe punya...heee

Pagi ini hujan renyai sekadar showerkan bumi Langkawi dengan rahmat 
takde view sawah padi yang cantik tu


ehhh termatching la pulak baju syayerr dengan kerusi...haha


Rumah Pak Malau 

Price list nasi dagang and lauk pauks

Lepas breakfast apa lagi kami teruskan misi ke Paradise 101. Kalau ikutkan itinerary sepatutnya petang semalam, tapi dek kerana hujan lebat plan bertukar kepada shopping coklat. Pagi ni memang doa sangat jangan lah hujan lebat. Alhamdulillah cuaca kembali cerah selepas itu. 
Cuaca yang sedikit muram pada pagi itu. Semoga hujan tak berlarutan 
Kalau air surut agaknya boleh harung je air laut tu untuk ke situ...agaknya la...hehe
Merenung laut yang suram dan sedikit muram

Flash back gamba tahun 2015. Paradise 101 ni terletak di Pantai Kok. Setiap kali ke Langkawi aku memang suka ke Pantai Kok ni, suka tengok view dia. Gambar atas tu kalau tak silap pada tahun 2015, masa tu duck ride tu dari Cable Car akan turun ke laut di Pantai Kok ni, masa ni kami lepak aje kat sini, takde la join ride tu. 


Lepak2 dulu sementara boat sampai. Per head untuk ke sini adalah RM30. Then boleh la redeem makanan dan minuman di dalam sana. Nak join aktiviti air pun boleh, tapi kami sekadar nak masuk santai2 dan bergambo aje, takde plan nak basahkan badan pun.
tak sampai 5 minit pun nak ke sana tu...so layan je la gambo2 kat sini ye..




Nampak tak The Danna di kejauhan sinun. Berangan suatu hari nanti kalau ada rezeki repeat Langkawi nak stay sini pulak...INSYAALLAH







Lepak dalam sejam lebih jer, pastu rushing ke airport untuk catch flight ke KL. Alhamdulillah first trip dengan anak menantu dan cucu dalam fasa PKPP...SOP kena follow, fask mask kena pakai setiap kali keluar, jaga jarak, tempat crowded kami elakkan dan hand sanitizer standby setiap masa..Semoga Malaysia dan dunia ini akan bebas daripada C19. Amiin ya Allah
 

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...