Showing posts with label Simple dinner. Show all posts
Showing posts with label Simple dinner. Show all posts

June 19, 2012

Ketupat Mini Nona dan kuah kacang

Assalamualaikum... Hidangan mata jer la yer...blueberry cheese cake...very small portion, buat sekadar nak menghabiskan balance cream cheese hari tu. So sekejap aje dah yillek dibalun oleh kedua anak bujangku... Looks yummy but high cholestrol...hahaha.. Our dinner last night. Tak payah nak tunggu raya la sangat kalau nak makan nasi himpit ngan kuah kacang ni yer...kalo dah teringin sangat tu, rajin-rajin la ke dapur (cam SH ni...hahaha) dan kerjakan dia, kita buat dia kan...? Since barang2 semua memang dah ada, so tak payah pening-pening kepala...blender ape yang patut dan tumiskan, leburkan jer dalam periuk. Biar mereneh dan pekat....walaaaa...siap terhidang juadah yang simple dan mengenyangkan. ****updated*****Resepi Kuah Kacang yer.... KUAH KACANG by: Dayang Jack 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar) 5 biji bawang merah * 3 ulas bawang putih * 1 batang serai* 1/2 inci halia * 3 cm lengkuas* 1/2 inci belacan bakar* 1 batang serai (diketuk) 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka) 2 sudu makan gula merah/gula melaka garam dan gula pasir (mengikut citarasa) air secukupnya Kisar bahan2 bertanda * Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak. Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa. kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb. untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

April 20, 2012

Puff berinti ayam dan kentang

Assalamualaikum w.b.t Salam pagi Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah dengan segala rahmat dan kurniaan Allah...kurniaan rezeki, umur dan semestinya kesihatan yang baik untuk terus menambahkan amalan disamping keluar bekerja mencari rezeki sambil beribadat kepadaMu...syukur ya Allah... Namun pada insan2 yang kurang ceria hari ini kerana masalah kesihatan dsb...bersabarlah...buat anak buahku, Amin semoga cepat sembuh. Ibu doakan semoga Amin akan kembali senyum dan ceria seperti selalu. InsyaAllah...
Lama jugak rupanya blog aku ni tak berasap...termasuk la dapurku sekali agaknya...hehehe...ni kes kalau dah berdua jer kat rumah so mood nak memasak pun jatuh merundum. Tak berbaloi untuk dua mulut makan nak spend masa berhargaku kat dapur...hahahha....boleh?
Ni masak malam tadi untuk dinner. Kitaorang makan ringan-ringan jer....lately ni konon nak diet la kot....tapi tengok la sampai takat mana...harap2 istiqomah. Niat untuk jaga kesihatan, bukan untuk kurus, slim melim....kalau kurus pun ok gak...satu bonus la tu....yang si abang pun sama, balik dari Redang dia kata dia makan banyak giler....buffet jer manjang so dah boroi perut dia....katanya.....so nak ikut diet la kunun-kunun...;) Aku pun tak tahu nak panggil ape makanan ni. Pastry tu biasa la...pastry ready made jer...pastu inti tu buat sendiri la...buat cam inti karipap la lebih kurang. kentang potong dadu, ayam potong kecik2... bwng merah, putih mayang... serbuk kari daging sikit.. cili blender sikit untuk pedas... tumis bawang merah, putih, masukkan serbuk kari... pastu masukkan ayam dan kentang, masak sampai kering... garam, gula dan serbuk perasa jangan lupa lak... So hasilnya seperti di atas. Alhamdulillah....sedappp sangat...

April 10, 2012

Mushroom soup and garlic bread

Assalamualaikum.... Salam pagi penuh berkat dan rahmat daripada Allah. Dah sarapan? Saya dah, alhamdulillah kenyang...makan lebihan mushroom soup dan garlic bread di atas tu. Maafkan saya (dah jadi cam zizan plak), itu jer la yang kadang2 'siibu bekerja' masakkan untuk dinner anak2... Alhamdulillah, anak2 pulak tak cerewet, lagipun memang soup dan garlic bread ni feveret diorang so ibu mane yang tak suka. Senang dan cepat disedia. Roti tu masukkan dalam oven selama 10 min, sup plak masak jer sampai mendidih. Taraaa...dah boleh makan. Soup campbells tu memang tak asing lagi la...mesti semua orang suka kan? Jauh benar sedapnya daripada sup kat pizza hut tu....cayorr bebeno, rasa pun udoh seghuper ayor paip. Hehehe... Garlic bread original tu keluaran sunshine. Sedappp sangat...tak payah buang masa uli2 tepung, tebar2 tepung...masuk lam oven, sepuluh minit sahaja, wangi bau garlic seantero ruang dapur...so hidangan dinner telah tersedia....Jemput makan... *nasib baik ada lebih boleh buat sarapan lagi*

March 20, 2012

Puree dan kari ayam


Assalamualaikum...

Balik kerja semalam, tak tahu nak masak apa untuk dinner. Dah kekeringan idea dah. Memang hajat di hati tu nak masak kari ayam, dah siap singgah kedai beli kelapa. Tapi kari ayam nak makan dengan apa yer...tertanya2 sendiri....boring sangat asyik nasi aje. Pastu teringat la resepi puree yang aku print dan bawak balik minggu lepas. So ape lagi projek puree pun berjalan dengan jayanya....Alhamdulillah...

Kecik kecik jer aku buat puree ni, menggelembung dengan elok, tengok la keratan rentas puree tu...:P tapi biasa la, ada gak yang tak menjadi...adat la tu..

Puree posing ngan kari...kariku pucat betul. Kali ni rempah kari B takde so pakai la rempah kari A...so itu lah hasilnya....
tapi tetap meletuppp....syukur dengan rezeki malam tadi.

Resepi puree kat bawah ni yer...kredit to tuan empunya resepi. TQVM...

PUREE

(Resepi Asal : Ummizzkitchen)
1/2 kg tepung gandum
200 ml susu segar
3-4 sdb majerin
garam
Cara-cara
Masukkan tepung dalam bekas untuk uli.tambah susu dan garam.Uli perlahan sambil tambah majerin.Uli hingga doh lembut (macam buat kulit karipap tu).
Bahagikan kepada bebola2 kecil (dapat lebih kurang 20 biji)
Simpan dalam bekas.
Bila nk makan...ambil sebiji bebola tadi dan digelek nipis .
Goreng dalam minyak yang panas.
* Mula-mula mungkin puree x menggelembung, bila dah 4-5 kali goreng baru dapat puree yang menggelembung cantik.
*Seeloknya kalau nk makan pagi,bole le buat malam sebelumnya dan simpan dalam peti ais. Bila nk goreng keluarkan dr peti ais dan biar lembut

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...