Showing posts with label Raya 2024. Show all posts
Showing posts with label Raya 2024. Show all posts

April 30, 2024

Jom pergi beraya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024
Maaf Zahir Dan Batin





 

Kisah balik Raya 2024 @ Erya, Cherating

Assalamualaikum w.b.t 

Simpan sini untuk kenangan. 
Cerita pulang beraya untuk menyambut Eid Mubarak 1445H. Gerak balik ke Dungun pada petang Ahad, 7 April pukol 5.30 petang dari KD. Sebelum tu siap masak untuk bekalan berbuka di mana2 dan persediaan untuk mengadap jem. Dah sedia mental dan fizikal...hahaha. Bila tengok Waze KL-Karak nampak trafik clear, Alhamdulillah happy masa ni, mungkin semua dah gerak balik awal pada Jumaat dan Sabtu yang jem gile2 tu. 
Dan berkemungkinan juga ada yang plan untuk toll free pada esoknya 8 dan 9 April.

Seperti dijangka traffic smooth sepanjang perjalanan hinggalah stop untuk berbuka puasa dia R&R Temerloh. Syukur. Usai berbuka puasa mengenangkan perjalanan yang masih jauh untuk ke Dungun dan estimated time untuk sampai jam 11 ke atas, siibu mengusulkan utk mencari hotel sebagai persinggahan untuk rehat dan bermalam. Esoknya boleh sambung perjalanan ke Dungun.

Wah macam jauh beno Dungun tu kan. Takper la trip santai2, laju2 kalut nak p mana? hahaha

Kami decide nak cari hotel murah2 je, untuk 3 bed. Browse thru Agoda nampak la Erya, By Suria, Cherating ni. Call them dan Alhamdulilah rezeki kami untuk dapat bed malam tu tapi tak booking direct dengan mereka bcos harga jauh lebih mahal berbanding dengan Agoda. Boleh save banyak book dengan Agoda. Paid and done! so lets jom. 
Bila tengok review2 pun ok je, lagipun  tujuan bukan nak berholiday sakan sekadar nak rehat, tidur janji bilik dan tandas bersih sudah memadai. Selamat sampai ke sini pada jam 10.30pm. Kalau terus ke Dungun tak tahu sampai pukul berapa. Alhamdulillah.

Source-Agoda. Triple sea view room. 
Free breakfast/Sahur. Alhamdulillah berselera makan nasi dengan sup ayam dan sayur kobis. Ada juga mee goreng, cereal dan fruits. Cukup untuk mengalas perut.
Morning view. Lepas sahur tak tidur dah semangat nak tengok Sunrise
Pantai depan Erya macam tak sesuai la kot untuk mandi manda, dah ditambak dengan batu, mungkin sebagai wave breaker, kalau musim tengkujuh ombak mesti kuat, mau ombak masuk ke swimming pool...(teori saya sahaja...hahaha)

Mentari pagi baru nak memunculkan diri...Subhanallah





Check out 10.20am dan terus gerak balik ke Dungun. Kenangan raya 2024.
Sempat lagi dengan panas lit lit, kat Jetty Awana Kijal
Ada orang mancing di hujung sana, dengan panas terik matahari, gigih betul dia

Sekian coretan preEid 2024. 







 

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...