Showing posts with label Hotel review. Show all posts
Showing posts with label Hotel review. Show all posts

February 23, 2017

Jom Melaka! Jom Hatten Hotel!

Assalamualaikum

Jom ke Melaka. Trip 2D1N ke Melaka. Trip pada cuti Thaipusam lalu, 9 Feb 2017. Kebetulan pulak 10 Feb was my birthday dan dah 2 tahun ni memang akan ambik Annual Leave pada hari lahirku. Bukan nak celebrate tiup lilin dan potong kek bagai tapi memandangkan hari istimewa bagi diri sendiri (biar bukan pada orang lain) so better treat and pamper myself on this day. Lagi pun ini AL pertama untuk tahun 2017. Asyik orang jer ambik cuti, kita pun nak bercuti jugekk..

Motif utama ke Melaka kali ni bukan nak berjalan dan meround sakan ke tempat2 bersejarah, masuk muzium2 lagi ke, cam last visit 2015, Tidak. Tujuan nak rehat dan JJCM sahaja. Shopping pun not in the list. Rehat, santai2, tidur baring kat hotel jer, bila lapar keluar carik makan. Hatten Hotel ni ada link bridge ke Hatten Square, Dataran Pahlawan Megamall dan kalau tak silap ke Mahkota Parade kot. so senang sangat kalau nak shopping from 10am to 10pm pun silakan. 
Sesampai jer terus meluru ke Coconut Shake Klebang ni, cuaca panas berdenting alangkah nyamannya bila sidia ni masuk ke anak tekak. Nasi lemak bungkus kat sini sambal dia sedap...segala jenis kuih muih pun ada. Boleh la try sesapa yang plan nak ke sini. 
Sampai di Bandar Hilir around 1pm so masuk aje parking kat Hatten Hotel. Mula lah menapak di dalam Mall tu untuk cari lunch.  Berjalan dalam air cond tak la terasa panas dan letih melampau, tiba2 je dah sampai ke hujung Dataran Pahlawan Megamall. Alang2 ajak sibujang menapak ke AFamosa, tempat wajib singgah kalau ke Melaka. Boleh la posing sedas dua...hehe 

Belum pernah try lagi naik beca kalau ke Melaka. Bukan apa, takut beca tu tak bergerak dan kesian pulak pada yang mengayuh tu nanti...hahaha...

Jom ke sana...cuaca panas dan tak ramai orang walaupun hari cuti. Melaka cuti Thaipusam gak kan?

Dataran Pahlawan Megamall

AFamosa

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Usai lunch asam pedas claypot yang cair kat Dataran Pahlawan Mall, kami terus gerak ke Hatten. Masa tu baru jam 2pm. Check in time pukol 3pm tapi cuba aje lah, kot2 boleh check in sejam awal. Rupanya takde masalah pun dan time ni pun orang masih tak ramai, tak payah Q terus je ke kaunter. Semua. OK je dapat bilik kat Tingkat 19. Jom kita ke bilik...(bila p holiday tang ni yang paling suka, excited nak masuk bilik nak tengok rupa bilik camane)...betui dak? Booking thru booking.com RM190. Bila dah dicampur 16% tax dan cukai warisan total semua RM221.00

Kaunter check in check out. Semuanya smooth takde masalah. Staff2 senyuman manis jer semuanya

Lobby yang besar dan cantik. Dah lama tak stay kat Hotel berbintang2 ni, sesekali teruja la jugak. Biasa ambik hotel murah2 sekadar tempat untuk bermalam jer kan.  Lagipun Hatten ni tidak lah mahal sangat dan kali ni punya pasal cari lah hotel yang bukan macam rumah sendiri. hehee...

Lobby lagi

Lobby 

Ni lobby nak ke lift. Lift pun Ok je, takde la lama menunggu. Idak la cam review yang aku baca sampai kena tunggu lif setengah jam. Sekejap aje menunggu dah sampai ke bilik at Level 19.  

Bukak pintu aje nampak sofa ni and TV di depannya. Biasa lah, acara wajib ambik gambo bilik sebelum bilik itu jadi kapal karam. 

Ni pandangan biasa kat Hotel, tiada yang istimewa pun. Lain lah kalau ada free maggi cup ker, chips ke, kacang ker...kannn? hehehe

Toilet bersih kemas. Tuala pun semua cukup. Air laju. Tiada masalah di situ

Semua ada, face towel, berus dan ubat gigi, sewing kit dan lain2

Shower room

Sofa ni lagi, leh sandar2 cam orang have2 sambil tengok TV. 

Anak bujang tengok TV depan katil ni. Dah diletak 2 TV so kena la fully utilised. Yer dak..?

Katil yang empok, bantal yang besar dan 2 lak tu. Aku memang particular sangat pasal bantal ni cos aku tak boleh tidur dengan bantal sebiji yakni kepala rendah. Kurang2 2 bijik bantal. Kalau baik hati bagi bantal peluk lagi nyaman. hehee...banyak songeh betul kan

Nice

Layan movie je la kerjanya. Aku layan handphone jer cos WIFI dia laju giler. Seronok weih, 

Pintu ke toilet. 


Semua ada tapi tak guna pun. Iron jer wajib guna kalau tak shawl kedut seribu  

Awal pagi esoknya lepas breakfast baru gi meninjau kawasan. Pool ni kat Level 12. Masa ni pool belum bukak lagi. Boleh la berswafoto sekeping dua. Nice. 

Teringin nak posing atas kerusi kuning tu tapi memang idak la nak basahkan baju semata2 untuk itu. Tengok pun dah cukup lah




Dari atas ni (tingkat 12) boleh nampak area A Famosa tu dengan jelas. NI gambar pandangan zoom. Awal pagi tiada siapa kelihatan di situ, semua masih enak dibuai mimpi

Ni  gambar pandangan sebenar. 
Alhamdulillah tak rugi ambik Hatten ni. Best sangat cam takde lak yang buruknya, yang baik2 jer semua. Buat review pun yang baik2 jer (macam ada share lak kat Hotel ni). Tidakk...benda betul buat apa nak bohong kan? Berbaloi dengan harga yang dibayar. 5* untuk Hatten Hotel. Nanti nak cerita pasal breakfast kat Hatten lak.

p/s...murah atau mahal sesebuah hotel itu tidak bermakna kalau tidur pun tak lena. Quality of sleep and sweet dreams yang diharapkan. So terpulang kepada memasing kalau travel samada nak hotel bajet atau mewah, yang penting dapat rehat dan tidur dengan nyenyak. 






October 6, 2016

Urban Inn, Kulim Kedah

Assalamualaikum w.b.t

Pada 17 Sept lepas, kami ke Kulim lagi. Last pergi pada tahun 2014 kalau tak silap, masa tu anak bujang masih belajar di Kulim. 2 kali anak bujang bertukar rumah sewa tapi ibu tak jugak menjengok sampai la habis belajar June tahun lepas.

4 hari kali ni di Kulim atas urusan Konvokesyen anak bujang. Alhamdulillah, semua Allah permudahkan, mungkin kalau tiada apa2 hal payah dah kaki nak jejak Kulim lepas ni, lain la kalau dapat menantu orang sana...hahaha...

Sebelum ni kalau pergi Kulim suka sangat stay kat Tune Hotel so kali ni bertukar angin ke hotel yang agak baru di Kulim ni, Urban Inn. Booking cam biasa thru booking.com. Bilik agak sempit namun sepadan la dengan harga yang agak murah untuk stay selama 3 malam. Hotel baru dan bersih, hotel budget jangan la expect setanding hotel 5 star. Ye dak? Overall, recommended untuk budget traveller cam kitaorang ni...yang HIGH2 taste tu gi main jauh2...

Simple dan selesa, buat cam bilik rumah sendiri yer..
Simple furniture. TV tiada channel Astro. Mungkin boleh upgrade sikit lepas ni
Pillow tu boleh request pillow extra, blanket extra pun boleh

Arah kiblat ada. Untuk solat yang lebih selesa, katil tu perlulah ditolak ke tepi dinding. Alihkan meja tepi tu ke tempat lain. Kalau tak  agak sempit
Bilik air besar dan luas. Shower tu best 

Lukisan mural bersepah di dinding hotel ni, cantik dan kreatif
Lower your voice tapi bukan semua guest patuhi pun, tengah malam pun masih ada yang duk bersembang kencang, gelak ketawa bagai. Sound proof antara bilik tak berapa bagus...

Mural drawing, nice 






Malam terakhir di sini kami try dinner di Cafe Urban Inn. Masa check in hari tu dapat 3 keping voucher diskaun untuk lunch atau dinner...tengok review ramai yang kata western food dia sedap. Dapat lah 20% less. Food semua sedap, berbaloi untuk total yang tak sampai RM60. Recommended.




Oriental chicken chop

Yang ni makanan tekak melayu


Overall Urban Inn sangat OK. Recommended place to stay kalau ke Kulim. Dekat dengan Tesco dan kedai2 makan pun banyak. Harap membantu. 

Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...