Showing posts with label Ganuku. Show all posts
Showing posts with label Ganuku. Show all posts

September 11, 2025

Balik kampung jer, diet ke Laut China Selatan

Assalamualaikum

Normal la tu kan, kalau dah balik kampung mesti hunting for Ganu food, terutama my favourite nasi dagang. Bukan tak boleh dapat kat sini tapi kesedapan yang kat sana itu tiada bandingannya.

Explore cafe-cafe hipster yang menjadi buah mulut netizen jugak...haha...dah lama wujud Cafe2 ni, tapi tiap kali balik pun tak berpeluang ke sini so kali ni tercapai la jugak hasrat hati bawak adik2 makan. Alhamdulillah.

1- Nasi Dagang Pantai, Paka Dungun, Terengganu
2- Aurora Coffee House, Jalan Pantai Sura
3- BUWA Cafe, Jalan Pantai Teluk Lipat
4- Nasi Dagang Kedai 69, Pasar Besar Dungun
5- Kuih muih segala kat Pasar Besar Dungun

Tujuan utama balik kampung selain nak jengok mok ada lah untuk memeriahkan majlis pertunangan anak buah di Kijal, Kemaman. Semoga Allah mudahkan segala urusan sehingga ke jinjang pelamin. Aamin Yarrab


Gerak balik jam 3 pagi, ngam sampai Paka terus ke sini untuk breakfast. Info tanya Pak Cik Google je. 

Staff2 nya peramah belaka



Di sorenya pula, dating dengan adik2, mok dan anak2 buah



Rezeki nak merasa mee kari kat sini, mula2 katanya dah habis, vendor baru nak hantar lagi setengah jam, tengah2 order vendor tu pun sampai. 3.5 out of 5*




Lompat tikam pun sedap
Mango cheese cake pun sedap, makan share2 sikit sorang. Tak elok manis banyak2 nanti gula melimpah.

Menjelang Maghrib ke sini pulak dengan anak dan menantu. Saje nak lepak2 je sementara menunggu maghrib. Tak order apa2 pun untuk myself, tumpang jamah sikit2 je..

Nice kan gelas senget ni, kalau jumpa gelas ni nak beli la jugak..

Sos putih tu sedap lah...
Kedai kat Pasar Dungun, sedap nasi dagang dia, gulai dia tu terbaik. Compare dengan yang Paka tu rasa rempahnya macam pahit sikit. Tapi tu lidah masing2 la ya, ikut selera masing2.


Nasi minyak pada pagi sebelum gerak balik KL. Portion besar tak dapat habiskan. Sedap dan recommended dalam Pasar Besar Dungun juga. Lupa kedai No berapa. 
Kuih boom terbaik. Beli kat deretan kedai makan kat luar Pasar Besar Dungun. 
Dodol ni beli dan tertinggal kat rumah mok. Elok la, dia tak nak bagi melantak benda manis aje..
Tapaukan frozen karipap dan sardin roll ni balik KD. Sardine roll tu sedap teruk. Tapi nak beli banyak takde stok la pulak..
Last but not least, nasi ayam Gepok Top Global....makan bila kat KD la...haha

Lepas masuk perut segala benda, kita tunjuk la tempat menabung kat Pasar Besar Dungun ni. Toilet baru ni, cantik dan bersih...hehehe...


P/S bila la nak sambung travelog Jakarta-Bandung. ermmm..😐😐😐



Latest update, akhirnya terjumpa gelas senget ni kat The Curve....hahaha...tapi makcik beli satu aje...saje la suka2...


 

May 23, 2022

Memandang lautan

Alhamdulillah, ini lah aktiviti yang paling best bila balik kampung. memandang laut dan mendengar deruan ombak menghempas pantai...
Tenang hati seketika









August 6, 2020

Acah2 tourist di negeri sendiri, Ganu kiter



Assalamualaikum

Rentas negeri yang pertama ke kampung halamanku. Alhamdulillah
#koleksigambojanganpandangbelakang😁😁




June 25, 2020

Selera Ganu kita- Nasi dagang dan Laksam

Assalamualaikum 

Dah namanya orang Ganu, maka wajiblah reti masak 2 hidangan negeri Terangganu Darul Iman ni. Kalau tak reti pun idok la menjadi masalah, boleh ajer beli, bersepah dah boleh dapat kat sini, tak perlu jauh2 gi Ganu pun...hehe...

Masak ni pun sekadar nak test aje boleh ke tidak membuatnya. Alhamdulillah, anak bujang kata boleh meniaga dah ibu.  Biar la gambar berbicara. Amacam terliur ke tidak?
Gulai ikan ayer...guna rempah cap bunga rose. 

Siap la hidangan nasi dagang 

Laksam 










Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...