August 14, 2026

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum.

Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera berbuka di luar. 

Food ok, tamak sangat order banyak dan tak habis tapau bawak balik. 

Servis agak slow, semua orang dah habis berbuka dan makan, makanan kami tak jugak smpai2. Dah siap solat maghrib, turun tengok masih jugak tak ada makanan atas meja.

Tapi tak apa, bulan puasa kami faham jer tapi tak repeat dah kot kalau bulan puasa, bukan bulan puasa,  InsyaAllah. Bila rasa nak makan nasi dagang, nasi kerabu, sini la tempatnya. Portion besar, sedap, pasti puas hati. 



















August 12, 2026

Lunch di Banglo 289, Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Berkumpul dan makan bersama anak2, menantu2 dan cucu2 hujung June lalu. Sempena meraikan birthday cucu sulong Nekbu, Noah Adnin yang ke 7 tahun, born date 20 June 2019. Ahamdulillah, precious moment dapat berkumpul dan lunch sama2. 

Ibu ikut aje mana anak2 bawak. Kita ke Banglo 289 ini untuk lunch pada suatu hari Ahad yang indah.


Beraneka jenis kuih muih tradisional Melayu. 


Semua nampak enak-enak belaka



Ini la lauk pauk pilihan, ada tambahan lagi lepas tu tiada dalam gambar

Senyum dari seketul Noah.

Menggoda betul ABC

Semua sedap2 belaka pada anak tekak Nekbu. Masakan melayu mana2 Restoren pun rasanya lebih kurang aje, even masak sendiri pun kalau kena cara lebih kurang sama aje rasanya...haha...

Rezeki Noah hari tu, uncle2 Buskers nyanyikan lagu birthday untuk dia. Happy dia, Daddy buat surprise, belated birthday seminggu lewat dari date sepatutnya. Semoga Noah membesar menjadi anak yang baik, anak soleh penyejuk mata semua orang, abang yang bertanggungjawab pada adik-adik. Cemerlang dalam pelajaran dan berjaya di dunia dan akhirat. Nekbu sayang Noah. Aamin2 yarrabal alamin๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ๐Ÿ™Œ



~end~












Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...