Assalamualaikum, Salam pagi Isnin, 2 November 2020
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.
Nak cerita satu tempat untuk dapatkan keropok lekor yang sedap bila kerinduan yang melampau pada khepok Ganuku. Rara ni tak asing lagi bagi aku, cos setiap kali ke rumah adik di Bangi akan cuba ke Rara ni di Kajang. Bila Rara bukak di Shah Alam punyalah happy, dekat lah sikit kan kalau tekak teringin nak makan kepok lekor.
Percubaan kali ke3 ke sini, kali pertama dan kedua, kes ke Jakel dan awal sangat waktu tu, ingat Rara ni bukak kol 10am tapi 2 kali pergi tu diorang bukak kol 12. So malas nak menunggu kita chow saje la lagipun masa tu takde la teringin teruk. Hahaha...bila dah PKPB ni macam2 pulak anak tekak nak makan. Nasib baik dari KD ke Shah Alam, tak kena tahan dengan pak Polisi.
Ini bukan promosi berbayar yer, saja share tempat makan yang sedap dan support ekonomi sesama muslim.
Keropok rebus - RM10
Keropok goreng frozen - RM10
Nasi Dagang sedap dan besar potion dia - RM7







