July 2, 2024

Family Trip Langkawi_part 2- Kak Yan nasi campur dan Parasailing di Pantai Chenang

Assalamualaikum 

Sambungan aktiviti hari 2. 

Aktiviti sebelah pagi hari ini adalah untuk warga yang muda belia. Warga emas dan otai iaitu makcik, duduk rehat je kat Villa (haha) sambil baby sit anak dara tu, baru 5 bulan mana boleh nak join aktiviti lasak lagi kan. Nekbu kasi can kat Mummy dan abang Noah, kesian juga, let them enjoy the adventures. Untuk aktiviti kat Langkawi Adventure and Extreme Parak dan SkyATV, kerana Nekbu tak join so No picture.

Lunch time tunggu diorang pick up then ke Kak Yan Nasi campur. Sampai pun dah agak lambat, lauk pun dah tak banyak yang tinggal tapi kerabu Bronok kat bawah tu masih banyak lagi. Nekbu tak makan Bronok ni sekadar ambik gambar sahaja. Overall lauk pauk sedap dan harga tak tahu berpatutan atau tidak kerana Cik penaja yang bayarkan. 

 
Kerabu Bronok

Jam 5.30 gerak ke Pantai Chenang untuk Sunset view dan Parasailing. Most of them join the Parasailing. Makcik duduk santai2 je menghayati alam indah bumi Langkawi, udara laut yang segar, tengok sunset, Subhanallah indahnya, destinasi wajib dan tak pernah puas ke sini kalau datang ke Langkawi. 










Aktiviti Parasailing ended pukul 8 malam lebih jugak. Kalau ikutkan pukul 7 dah kena habiskan semua aktiviti tapi memandangkan ramai sangat yang join, group kami pun dah ramai, parasailing operator tu (lupa nama) masih lagi ambik outsiders lain bersama dengan group kitaorang. So end up yang last sekali dari group kami kecewa giler, naik atas tak nampak apa pasal hari dah malam.  Frust betul dia, nak buat camana dah itu rezeki dia tapi kesian juga. Patut operator tu lebih arif timing sorang2 fly atas tu dan budget masa. 

Dinner malam ni ditapau sahaja dan dimakan di Villa. Balik dah kepenatan tapi masih ada yang terjun kolam. Haha...ini yang best duduk Villa Abadi ni, pool open sampai pukol 11 malam dan depan bilik aje. Sila lah buat macam rumah sendiri.

~end of day 2~






 

No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...