April 3, 2018

Bandung - Part 2

Assalamualaikum

Sambungan trip Bandung. Day 3 perjalanan agak jauh juga. Kurang lebih 2 jam untuk ke Dusun Bambu dan Lodge Maribaya. Tapi cuaca sejuk dan dingin sepanjang perjalanan.

Day 3 - 29 Jan 2018
  • Breakfast
  • Ke Dusun Bambu
  • Lodge Maribaya
  • Floating Market - Lunch
  • Farmhouse Lembang - cancel tak singgah
  • Rumah Sulam
  • Dinner - McD - jalan kaki ke Bandung Plaza 
Breakfast hari ke 3




Dusun Bambu












Lutong Kesarong



Lodge Maribaya

Nak cerita pasal Lodge Maribaya ni sikit yer...entrance fee untuk semua attraction kat sini IDR20ribu. Contoh Hot Air Ballon, Mountain Swing and Zip Bike. Cam kami aritu naik hot air ballon dan mountain swing sahaja. Ayunan dari Syurga. Gayat memang lah gayat cos kalau tengok ke bawah dalam 4 meter jugak kedalamannya. Memang kita naik buai betul tu yer, bukan pretend duduk dan edit gambo jer (ada yang cakap buai olok2, hangin jer..hehee). Bila dah naik buai tu, photographer dia dah bersedia pada satu sudut yang akan ambik gambar kita. Kita posing jer macam yang photographer tu arahkan. Begitu jugak dengan hot air ballon tu.
So bila waktu nak balik singgah la di kaunter dekat pintu masuk tadi dan pilih lah gambar2 korang tadi. Sekeping soft copy gambar berharga 10 ribu rupiah atau rm3, memang mahal giler. Bila dah pilih tu tengok semua cantik mesti nak ambik semua kan?... Ha kau melayang 170ribu untuk soft copy gambar yang di bluetooth di handphone kita. Soft copy sahaja yer puan2 sekalian. Tapi gambar cantik lah compare dengan yang kita ambik. Tak per lah, no regret. Bukan selalu pergi situ pun kan...



Posing tadah air hujan katanya

Posing tunjuk langit 

Zip bike berdua

Zip bike bertiga

KU lihat hijau...sejuk mata memandang...kalau ke Bandung recommended untuk datang ke sini




Sky Tree


Floating Market Lembang 










Rumah Sulam
Kat sini sila lah menjamu mata dengan kain2 sulam yang bermacam corak dan warna. Sila lah bertabah untuk memilih yer. 



Mc Donald Bandung Plaza

END of Day 3

Day 4 - 30 Jan 2018
  • Final Shoping @ Pasar Baru
  • 12pm checked out
  • Final shoping @ Cihampelas Walk
  • Shoping buah tangan @ Kartika Sari, Jalan Akhbar
  • Off to Airport
  • Flight delay 1 HOUR
  • Reached KLIA2 dah tengah malam
Breakfast Day 4



Pasar Baru Trade Centre



Boleh juling biji mata tengok kain2 lace ni...borong jangan tak borong. Balik Msia tengok harga kat Jakel kan menyesal pulak



Bye bye UTC Hotel 
Saya 2 bag sahaja yer...tidak lah beranak pinak sangat
Kartika Sari Jalan Akhbar








Cihampelas Walk





Bye2 Bandung

 

End of Bandung trip. Overall Alhamdulillah ok. Cuma banyak jugak tempat yang nak pergi tak dapat pergi. Yang nak makan tak dapat makan...terbayang2 camana la rasa murtabak San Francisco. hehee

Repeat dalam masa terdekat - INSYAALLAH ada rezeki lebih kita repeat dan cover tempat yang tak dapat pergi sebelum ini. InsyaAllah...



No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...