June 19, 2020

Ketupat raya PKPB

Assalamualaikum

Lamanya tak bersiaran. Dari musim PKP dah bertukar kepada PKPP. Beraya pulak di musim PKPB dan sekarang dah PKPP boleh lah pulang ke kampung untuk beraya dengan family di sana. Alhamdulillah

Aidilfitri kali ini kami berlima beranak aje beraya di KD. Memang tak de beraya ke mana-mana. Satu rumah pun tak pergi. Takde istilah beraya 20 orang pada hari raya pertama, cuma kami berlima sahaja. hahaha..sejarah betul...
Yang menarik bagi aku raya kali ni adalah pencapaian terbesar berjaya menganyam ketupat  (walaupun hanya ketupat sate) dah title nenek baru nak belajar anyam ketupat, buat malu kat cucu jer...hehe..Tengoklah tu QC tengah cek anyaman lulus ke tidak. Zaman teknologi serba serbi ni nak buat apa susah2 anyam ketupat kan, beli je nasi impit segera.  Ni pun nasib cikgu tak berbayar, cikgu utiub aje, actually takde la payah sangat, nak dengan tidak aje...haha..

Ok la tahun ni dapat merasa makan ketupat daun kelapa. 











February 28, 2020

JJCM- Salai Master Damansara.

Assalamualaikum

Salam Jumaat

Tempat favourite aku dan anak bujang untuk lunch pada hari Sabtu. Tapi bukan la setiap sabtu datang sini, sekali sebulan je. Kalau tiap sabtu botak gak kepala 2 orang makan 30-40 ringgit.

Kita save gambar2 yang diambik tiap kali mai sini. Enjoy!! biar gambar yang melelehkan air liur anda!















Alhamdulillah

February 27, 2020

Mangga Asam Boi - Charity Sale 2020


Assalamualaikum

Kita mulakan tahun baru 2020 dengan sesuatu yang bermanfaat, gituee...akhirnya terhasil la mangga asam boi untuk charity sale kat office. Para Committee seramai 7 orang  bergotong royong di Pantry office pada petang sehari sebelum event. Resepi asam boi ku,...hahaha...
Dapat 54 botol dan laku keras, sekejap aje habis...happy sangat2 berbaloi dengan segala penat lelah di petang itu.

Mangga yang muda2 ranggup giler tu ku kirimkan pada kakak jual buah yang pagi2 pergi ke Chow Kit. Serius terbaik mangga Falan ni fresh from kebun...hehe








Selain daripada mangga asam boi, perkenalkan juga menu2 kami yang lain. Oh yer, customers adalah dikalangan staffs office sahaja dan booth dalam 10 booth. Semua makanan terlajak licin dan laku keras

 My mangga asam boi

Roti jala ni yang win, event belum start lagi dah tinggal 10 je, itupun pasal hold dulu untuk hiasan dalam bakul...hahaha
 Kuih ros/kuih goyang
 Mixed nuts
Banana cup cake

Semua duit hasil jualan disalurkan kepada Pusat Jagaan Kanak2 Istimewa Cerdik. Semoga usaha sekecil ini dirahmati Allah.

**simpan sini untuk kenangan anak cucu cicit* haha

January 30, 2020

Masjid Sri Sendayan, Seremban

Assalamualaikum w.b.t

Dua minggu lepas, ajak anak jalan2 tengok Masjid cantik. Biasa tengok gambar2 orang jer kan so kali ni kita datang tengok sendiri keindahan rumah Allah ini. 

Memang cantik. 
Memang indah.
Terpesona dengan keindahan masjid persis Taj Mahal ini

Semoga ianya bertambah indah dengan kehadiran ummah yang ramai mengimarahkannya 

















Lepas tengok Masjid kita pergi makan nasi Arab kat Damsyik. Dari Sendayan terus ke Damsyik, Jauh tu..hahaha. Alhamdulillah rezeki tak disangka2...orang belanja.

Portion besar untuk 5 orang makan. Siap bungkus lagi. Alhamdulillah

Semoga Allah melipat gandakan lagi rezeki kepada yang belanja. Aamiin..



Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...