January 8, 2025

Breakfast @TGSK, Bukit Antarbangsa, KL

 Assalamualaikum. 

Tempat viral harus lah dicoba, keinginan nak merasa tempe goreng sambal kicap (TGSK) dia tu, apam Bohor dan laksa Johor. Alhamdulillah semua dapat rasa walaupun terpaksa beratur lama (ibu nye menunggu duduk kat kerusi aje) hehe...

Sampai pun agak awal pagi tapi parking kat dalam dah penuh. RELA kat situ dah tak bagi masuk, terpaksa la parking tepi jalan dan menapak sedikit la ke situ.

Dapat tempat duduk, self-service order dan ambik makanan. Banyak juga pilihan makanan. 

Overall foods ok la, tak la wowww sangat. Laksa Johor sedikit kecewa kerana kuahnya banyak tulang ikan, not sure ikan apa dia guna tapi nyaris tercekik tulang. Makan sikit sahaja dan tolak pinggan ke tepi.

Tempe goreng dan sambal kicap dia juara lah. Memang sedap dan boleh bagi 5*





Teman borak sementara menunggu turn 







Selesai breakfast time to bakar balik lemak2 yang dimakan tadi. Hehe...kita ke Taman Tasik Titiwangsa, Berbasikal santai2 pusing taman. Seronok tapi keadaan lutut tak berapa mengizinkan untuk berlebih-lebihan.





 






No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...