April 15, 2019

Hard Rock Hotel, Desaru Coast, JDT - Day 1

Assalamualaikum

Kejadian pada tahun lepas baru sekarang nak abadikan di sini.

Office trip ke sini pada 2-4 Nov 2018. Hard Rock Hotel baru sahaja dibuka sebulan sebelum itu.
Berlepas seawal jam 6 pagi dengan 3 buah bas. Dah macam rombongan sekolah, lawatan sambal belajar pun yer..., nak kata rombongan mak cik bawang tak boleh la pulak cos yang makcik2 seramai 6 orang sahaja. Hahaha...

Pit stop pertama lunch di Desaru Fruit Farm. Puas hati makan kat sini, penuh dengan fruits. Namakan aja nak makan buah apa, taraa dah ada depan mata. Alhamdulillah. Bukan setakat buah buahan, hidangan lunch buffetnya meriah dengan pelbagai lauk pauk.




Akhirnya we are here. Hotel baru, semua baru. Seronok tak terkata makcik2 semua. al-maklum lah nak datang sendiri ke sini, nak hulur duit untuk semalaman bukannya sedikit. Pikir 2 kali jugak lah...bukan kedekut tapi berjimat..hehe



Sessi briefing untuk acara explorace keesokan paginya.
Ini lah biliknya tapi kali ni sebilik bertiga so macam kurang seronok sedikit di situ. Compared Hard Rock Penang aritu sebilik 2 orang jer. Tapi takper lah, dah dapat peluang ke sini banyak songeh pulak yer...



No mineral water. Kena gigih sikit berjalan ke mesin air dan refill dengan botol ni yer...Kalau malas haus lah ko kat situ.



Di mana2 ada gitar.


10 kali sehari timbang berat. hahaha...agak2 la
Pandangan di luar yang mengadap taman2. Pokok2 yang baru ditanam

Boleh santai2 duduk sini sambal minum petang. Jangan malu2, buat jer macam rumah sendiri yer..

Bekalan anak tekak dan perut. Kot2 lapar tengah malam ada la jajan nak kunyah2. Kat sini susah nak dapat, kalau ada pun paham2 sendiri la harganya.

Nice kan...haha...





Dari kejauhan kelihatan waterpark tempat untuk berexplorace dan mandi manda esok. Sedikit teruja  di situ. 
Acara malam Gala Dinner dan BBNU performance night. Layankan juga lah walaupun dah tak sabar nak rebahkan kepala kat bantal cap gitar. Hehee...














No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...