Assalamualaikum
Salam Jumaat.
Trip ke Bandung ni dah berlalu setahun lepas dah weihh, baru perasan part last masih dalam draft. Hahaa..so publish jugak la kat sini untuk kenangan di hari tua.
Ni kisah last day sebelum terbang balik ke KL, flight sebelah petang tapi delay sampai ke malam.
Last breakfast di Hotel Premier Best Western Bandung. Semua makanan di sini terbaik.
Pastu memulakan pagi ambik grab ke Pasar Baru, projek shopping lace untuk Bid Day anak bujang. Excited nak perabih segala Rupiah yang ada.
Baju sulam ni semua kedai pun RM50 sepasang. Pandai2 pilih sulam yang cantic dan colour yang menarik. Trip kali ni dah tak beli kain sulam cukup lah yang dah sedia ada
Kain batik buat basahan. Rembat jugak 3 helai kerana coraknya yang menarik hati.Lace yang ku idamkan
Nak cari Rose Gold katanya. Tema untuk big day anak bujang
Yang mana satu pilihan hati? Harga boleh tahan jugak mahalnya. Idok la murah bebeno cam orang cakap tu atau aku kah yang kena kencing atau tak pandai tawar menawar?
Luggageku beshe2 jer tiada yang luar biasa. Beranak satu jer pun...hahaha...Back pack tu sianak bujang punya. Balik ke Hotel dahulu untuk Check Out sebelum merayau JJCM. Luggage takde masalah simpan dulu di bilik sebelah reception.
Cross the road ke Bandung Indah Plaza (BIP). Jalan dekat2 aje sementara ke Airport. Makan di kedai Baso, dah nama kedai Baso kita makan la BAKSO. Sedapppp…
Selesai makan otak berfikir nak kemana lagi. Jangan sia2 kan waktu yang masih ada, takkan nak melangut jer kan. So kami decided ambik grab ke Cihampelas Walk.
Pick up grab kat depan BIP. Hotel kami depan tu jer...recommended untuk sesiapa yang nak ke Bandung.
AMARAN KERAS
Jalan2 Cihampelas Walk. Tak banyak yang menarik pun. Beli pisang salai dan Makuta Bandung ni. Boleh tahan gak harga tapi dah nak rasa, kekonon kek must buy kalau ke Bandung kan? So beli jugak la seketul.
Selesai semua gerak ke Airport. Sementara menunggu masuk ke Departure Hall, kita isi perut dulu. Lagi dan lagi
Minum kopi dulu sebelum fly back to KL
Koyok ni anak bujang pernah beli masa kat Jogjakarta. Memang suka sangat tampal ni kalau lenguh2 bahu. Bila ke Bandung ambik peluang borong ni kat Indomaret. Licin rak dikerjakan aku, haha...harga murah dan berbaloi2. Kalau ke Indon, jangan lupa beli ni untuk mereka yang selalu masalah lenguh2 bahu cam ai ni...dah tua almaklum la kan..
Ni jer cenderahati yang kecik2 untuk orang2 terpilih sahaja lah...hehehe...tak shopping banyak pun
END OF Bandung Trip. InsyaAllah ada rezeki lebih nak ke sini lagi. Aamiin...























No comments:
Post a Comment