November 26, 2025

Jalan2, makan2 _Muar dan Melaka- October 2025

Assalamualaikum

Trip ke Muar (untuk breakfast) dan Melaka, October lepas. Simpan sini untuk kenangan. 




Pagi2 breakfast sate, suatu hal yang biasa di Muar.

Lontong yang sedap

Mee rebus ke mee Bandung, lupa dah

Sampai sini masih awal pagi mana nak adanya sunset kan, so kita edit la pakai Chatgpt untuk gambo Sunset@Muar. Hahaha...
Masuk aje sini, rezeki ada satu kereta keluar terus dapat parking. Cuaca dah start panas membahang. Kepala pun dah start sakit.


Justice for Zara 





Nak Cendol Kampung Hulu malas pulak nak ke situ dengan cuaca panas lit lit. Ok la juga Siti cendol ni, buat basahkan tekak. Beli satu aje dan share.

Early dinner kat sini. Recommended, asam pedas sedap terutama ikan tenggiri feveret makcik.
 


Jalan-jalan ambik angin malam di Melaka

Saat Gembira, saat duka tak boleh datang sini😊




Melaka River Cruise, makcik tak join. Makcik drive balik hotel kerana sakit kepala yang amat. Dari siang sakit kepala, penangan cuaca panas, selalu pun camtu la...nak kata migraine ke apa, ntah la....tapi tu kadang yang spoilkan mood holiday. Yer la...sakit dari Allah, nak buat camana kan, terima dengan redha.


Esoknya sebelum gerak balik, singgah beli Keria Antarabangsa Hajah Rahmah kat sebelah Masjid tu. Sedap sangat makan panas2, lupa sekejap akan kemanisan yang boleh memudaratkan. Hahaha.... 
Konon nak ke Pantai Klebang untuk coconut shake, lupakan hajat tu cos dah makan kuih keria yang manis. Takkan nak hadap minum manis lagi kan? *kukembali ke pangkal jalan*


Huihh...teringat2 pulak sedap keria ni...haha

































November 12, 2025

Melaka~Oct 2025- DoubleTree by Hilton

 Assalamualaikum w.b.t

Jalan-jalan Melaka lagi, 4-5 Oct. 2025. Pergi Sabtu balik Ahad. Tidur semalaman pun dah memadai, mode holiday ON, no rush, just relax, healing, penat kerja, sesekali cari tilam dan bantal yang lebih empuk, sarapan yang berbagai pilihan dan sedap. Tak perlu jauh pun untuk tenang2 kan hati, cukup dapat spend time dengan anak dan menantu. Relax and recharge, gituu...😁😁

Jom la kita belanja gambar2 DoubleTree by Hilton, Melaka. Hotel pilihan yang disponsor oleh anak soleh. Terimakasih belanja ibu. Jalan-jalan, makan-makan...hishh asyik makan aje kejenya yer...ni bukan paid review yer....hehehe...

Check in, book thru Agoda jer, rupanya harga banyak betul beza, Agoda dengan book dengan Hotel sendiri. Nasib buat keputusan yang bijak pilih Agoda. The best part, 2 kali masuk parking, rezeki dapat parking betul2 depan entrance lift untuk ke Lobby.
Lobby yang luas dan cantik, nice ambience



Dapat free cookies yang masih panas. Sweet tooth.
Bilik untuk 3 orang dan dapat satu extra bed tapi tak guna pun extra bed. Bed yang ada cukup besar untuk muat 2 orang.



Water Closet dia pun luas. Shower room dan toilet seperated dan tempat make-up2 dan bersiap di ruang tengah, memang selesa sangat. 

Crabtree & Evelyn ni wangi betul. Balik tu konon cari la kat Shopee, harga boleh tahan mantap...hahaha...terus tak jadi beli. 







View dari bilik, sunset time. Nice kan Hotel depan tu, lupa dah nama apa. Poolnya boleh nampak dari bilik kitorang.

Swimming pool pun besar. Kalau dapat kat cucu ni mau berendam sakan la ni..



Lepas check in malas nak keluar lunch, so makan kat Hotel je. No good...hehee

Breakfast pada pagi esoknya. Banyak choice, tapi tak boleh la nak isi semua benda. Cari makanan yang biasa makan aje, yang dah biasa di anak tekak. Haha...



Ini RARE. Kat Melaka boleh breakfast nasi dagang Terengganu you...terbaik lah...sedap boleh tahan. Orang Ganu approved!



Kuih muih



Bread butter puding, kesukaan ni. Dah lama tak buat dessert manis macam ni. 

Lepas makan kita singgah kat Fitness jap. Tinjau2 kawasan jer, bukan nak keluarkan peluh pun.


Overall DoubleTree- nice Hotel, nice breakfast. Ada rezeki lebih boleh repeat lagi. Harga boleh tahan mahal untuk 3 Adult. Takper la, dah orang sponsor kan? Gratis kan? Semoga Allah melimpahi rezeki buat anakku. Aaamin yra.
















 









Featured Post

Rezeki Rembayung - Jan 2026

Assalamualaikum. Lamanya tak update Blog. Rasa nak bersara dah dari berblog tapi nak kubuang, terasa sayang. Nak kusimpan, malas nak mengara...