November 26, 2025

Jalan2, makan2 _Muar dan Melaka- October 2025

Assalamualaikum

Trip ke Muar (untuk breakfast) dan Melaka, October lepas. Simpan sini untuk kenangan. 




Pagi2 breakfast sate, suatu hal yang biasa di Muar.

Lontong yang sedap

Mee rebus ke mee Bandung, lupa dah

Sampai sini masih awal pagi mana nak adanya sunset kan, so kita edit la pakai Chatgpt untuk gambo Sunset@Muar. Hahaha...
Masuk aje sini, rezeki ada satu kereta keluar terus dapat parking. Cuaca dah start panas membahang. Kepala pun dah start sakit.


Justice for Zara 





Nak Cendol Kampung Hulu malas pulak nak ke situ dengan cuaca panas lit lit. Ok la juga Siti cendol ni, buat basahkan tekak. Beli satu aje dan share.

Early dinner kat sini. Recommended, asam pedas sedap terutama ikan tenggiri feveret makcik.
 


Jalan-jalan ambik angin malam di Melaka

Saat Gembira, saat duka tak boleh datang sini😊




Melaka River Cruise, makcik tak join. Makcik drive balik hotel kerana sakit kepala yang amat. Dari siang sakit kepala, penangan cuaca panas, selalu pun camtu la...nak kata migraine ke apa, ntah la....tapi tu kadang yang spoilkan mood holiday. Yer la...sakit dari Allah, nak buat camana kan, terima dengan redha.


Esoknya sebelum gerak balik, singgah beli Keria Antarabangsa Hajah Rahmah kat sebelah Masjid tu. Sedap sangat makan panas2, lupa sekejap akan kemanisan yang boleh memudaratkan. Hahaha.... 
Konon nak ke Pantai Klebang untuk coconut shake, lupakan hajat tu cos dah makan kuih keria yang manis. Takkan nak hadap minum manis lagi kan? *kukembali ke pangkal jalan*


Huihh...teringat2 pulak sedap keria ni...haha

































No comments:

Featured Post

Makan @ Kantan, Kota Damansara

 Assalamualaikum. Kantan makanan Kelantan. Walaupun saya bukan orang Kelantan. Simpan sini untuk kenangan. Akhir Ramadan kita tukar selera b...